Out of stock

Hikayat Salim Adil: Sebuah Autobiografi Intelektual

MOHD AFFANDI HASSAN adalah pelopor Gagasan Persuratan Baru.

Wadi al-Irfan (Cetakan Kedua, 2018)
155 halaman

RM25.00

Out of stock

Product ID: 24184 Subject: Sub-subjects: , ,

Hikayat Salim Adil: Sebuah Autobiografi Intelektual seluruhnya berasaskan wacana pemikiran, bukannya berasaskan peristiwa yang berbentuk cerita seperti autobiografi biasa. Karya ini digarap dengan konsep dan teknik “stylization of ideas” yang diperkenalkan oleh Gagasan Persuratan Baru. Walau bagaimanapun, peristiwa terpilih yang sesuai masih tetap dimasukkan untuk membantu pembaca memahami perkembangan peribadi seorang penulis yang serius. Adapun yang penting di sini bukan peristiwa, tetapi isu dan persoalan penting yang menjadi tunjang kepada perkembangan intelektual dalam persuratan Melayu, sama ada yang berbentuk kreatif mahupun yang berbentuk kritikan sastera.

Dalam perkembangan sastera Melayu moden, terlalu banyak mitos direka-reka untuk menjadikan golongan tertentu sebagai pencetus sastera Melayu moden. Pada mulanya mitos itu diterima, maka muncullah gelaran “sasterawan negara“. Kini mitos itu dimusnahkan oleh pembina mitos itu sendiri apabila ternyata mereka adalah pencetus penyelewengan sejarah intelektual dalam kebudayaan Melayu. Kini gelaran sasterawan negara menjadi ejekan setelah karya para sasterawan negara itu sebenarnya tidak bermutu, tetapi dijadikan ‘bermutu’ oleh Panel Anugerah Sastera Negara yang telah mereka-reka alasan palsu untuk membolehkan para sasterawan negara itu dilanuk.

Setiap orang di antara mereka diberi ukuran yang sesuai dengan karya mereka; oleh itu tidak ada ukuran yang piawai. Inilah pembohongan kritikan sastera yang dicipta oleh Panel Anugerah Sastera Negara supaya setiap orang yang dilantik itu mempunyai ukuran peribadi mereka sendiri yang dianugerahkan oleh Panel Anugerah Sastera Negara kepada mereka. Kaedah kritikan seperti ini diterima baik oleh para sarjana (ciritan) dan para sasterawan (picisan).

Hikayat Salim Adil membawa beberapa isu dan persoalan penting khususnya dalam perkembangan sastera Melayu moden yang berterusan sejak ASAS 50 menguasai sastera Melayu melalui kegiatan kewartawanan tempat mereka bekerja. Karya ini adalah jenis karya baru yang belum wujud sehinggalah lahirnya teknik “stylization of ideas“. Supaya persoalan ini boleh difahami dengan mudah, untuk membantu sesiapa juga yang mahu menggunakan teknik “stylization of ideas” dalam penulisan kreatif, anda perlu membaca dengan kritis penjelasan yang agak terperinci tentang perkara ini dalam Gagasan Persuratan Baru, Edisi Kedua (2014), di bawah tajuk “Persuratan Baru dan Stylization of Ideas”.

Weight0.273 kg
Dimensions21.6 × 13.7 × 1 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.