Hikayat Si Miskin

Diselenggara oleh ABU BAKAR HAMID

DBP (Ulang Cetak, 2016)
115 halaman termasuk Glosari

RM12.00

Only 1 left in stock

Hikayat Si Miskin yang juga dikenal dengan nama Hikayat Marakarmah tergolong sebagai salah satu daripada sastera hikayat. M.G. Emeis menggolongkannya sebagai ‘hikayat Melayu (roman)’ dan menyebutnya sebagai sebuah hikayat roman yang baik. Dalam naskhah Hikayat Si Miskin kita dapati, seperti dalam karya-karya sastera lama yang lain, cerita dimulai dengan wabihi nastainu billahi dan diakhiri dengan wallahuaklam bissawab, wailaihil marjiuwal maab. Di samping itu, digunakan pula kata-kata seperti ALLAH dan Syah Alam. Pada bahagian akhir cerita ini, Maharaja Marakarmah disebut sebagai Sultan Maharaja Marakarmah. Ini merupakan unsur-unsur Islam yang terdapat dalam cerita in1.

Sebahagian besar daripada nama yang digunakan dalam cerita ini, baik nama tempat mahupun nama orang, merupakan nama-nama Hindu. Nama-nama seperti Maharaja Indera Dewa, Maharaja Puspa Indera dan Puteri Nila Kesuma ialah nama-nama Hindu yang sering terdapat dalam sastera Melayu lama. Selain itu, cerita ini juga ada menyebut tentang dewa-dewa seperti ketika peristiwa Si Miskin disumpah Betara Indera. Demikianlah unsur-unsur Hindu dalam cerita ini.

Suatu hal yang menarik dalam Hikayat Si Miskin ialah ia mempunyai dua nama. Satu nama Hindu, Marakarmah dap satu lagi nama Islam, Si Miskin. Ada beberapa sastera hikayat yang mempunyai dua nama seperti ini. Antaranya ialah Hikayat Serengga Bayu yang disebut juga dengan nama Hikayat Ahmad Muhammad dan Hikayat Indera Jaya yang dikenali juga dengan nama Hikayat Syahi Mardan.

Winstedt mengatakan bahawa sastera yang mempunyai dua nama sepefti ini dihasilkan pada zaman peralihan antara zaman Hindu dan zaman Islam. Karya sastera tersebut tidak mungkin ditulis dalam zaman Hindu kerana sudah terdapat di dalamnya unsur-unsur Islam. Tidak mungkin pula ia ditulis pada waktu kekuasaan Islam sudah sampai di puncak kekuatannya kerana sastera yang kuat berbau Hindu tidak dapat diterima oleh masyarakat, yang pada waktu itu sudah kuat mendapat pengaruh Islam.

Pendapat ini mungkin benar. Akan tetapi, ini bukan satu-satunya kemungkinan. Masih ada kemungkinan lain. Hasil-hasil sastera zaman Hindu masih dapat diterima oleh masyarakat yang kuat pengaruh Islamnya. Kedatangan Islam mungkin telah membawa perubahan sedikit sebanyak kepada naskhah ini. Pengaruh inilah yang barangkali telah memberikan nama Si Miskin dalam hikayat ini dan memberi gelar Sultan kepada Maharaja Marakarmah. Kedatangan Islam tidak mesti mengikis bersih segala pengaruh Hindu dalam sastera. Hingga sekarang ini pun dapat kita saksikan bahawa pengaruh Hindu dalam masyarakat Melayu tidak dapat dihapuskan sama sekali baik oleh kedatangan Islam mahupun oleh pengaruh Barat.

Lagi pula sastera hikayat mengenai pahlawarn-pahlawan dan raja-raja seperti Hikayat Si Miskin bersifat universal. Hampir semua bangsa mempunyai sastera pahlawannya. Sebagai sesuatu yang universal, kemungkinannya untuk dapat diterima oleh semua golongan tanpa memikirkan pengaruh yang dibawanya, besar sekali.

Demikianlah tidak dapat hendak dikatakan bahawa hasil-hasil sastera seperti Hikayat Si Miskin khususnya penghasilan pada zaman peralihan antara Hindu dan Islam. Mungkin seperti pendapat M.G. Emeis, bahawa Hikayat Si Miskin adalah hikayat Melayu asli yang telah menerima pengaruh Hindu dan Islam akibat pertemuannya dengan kebudayaan-kebudayaan tersebut dari zaman ke zaman.

Hikayat Si Miskin menceritakan pengembaraan Marakarmah dari mula ia diusir oleh ibu bapanya hingga ia menjadi sultan dj negara Mercu Indera. Si Miskin ialah ayah kepada Marakarmah yang kemudiannya menjadi raja di negeri Puspa Sari. Watak utama cerita ini ialah Marakarmah. Ditinjau dari sudut ini, tajuk Hindunya lebih sesuai daripada tajuk Islamnya.

Dalam cerita ini Anta Beranta disebut sebagai nama negeri di mana Si Miskin melarikan diri sesudah ia disumpah oleh Betara Indera. Menurut cerita rakyat di Perak, Anta Beranta itu letaknya di Kuala Sungai Beruas di Perak. Marakarmah kononnya ada mendirikan sebuah benteng di kuala sungai tersebut.

Cerita kegagahan Marakarmah yang penuh dengan peristiwa-peristiwa sedih dan peperangan ini disisipi juga dengan lelucon. Leluconnya, bersifat sederhana sekali dan terdapat apabila beberapa orang tokoh termasuk Marakarmah menyakat Nenek Kebayan. Nenek Kebayan merupakan nama yang tidak asing lagi, baik dalam cerita rakyat mahupun dalam sastera Melayu lama. Nama yang sama tetapi dengan watak yang berbeza sedikit, terdapat juga dalam cerita rakyat di daerah Pasundan, Jawa Barat. Di sana Si Kebayan merupakan watak seorang lelaki yang pandai.

Seperti juga pada karya sastera Melayu lama lain, dalam Hikayat Si Miskin ini kita lihat ada unsur-unsur kuasa ghaib. Marakarmah adalah seorang yang sangat sakti. Ia bukan sahaja dapat menipu gergasi dan masuk ke dalam perut ‘ikan nun’ tetapi mempunyai ‘kemala hikmat’ hingga dapat mencipta negeri.

Gaya bahasa Hikayat Si Miskin sederhana sekali; tidak begitu banyak terdapat klise-klise seperti dalam sastera lama yang lain. Terdapat pula beberapa rangkap pantun dalam cerita ini. Pembayang pantun-pantun ini kebanyakannya mengambil nama-nama tempat di Jawa dan Sumatera.

Weight0.153 kg
Dimensions21.5 × 14 × 0.7 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.