Ideologi (Sebuah Memoir) Zin Mahmud

ZIN MAHMUD ialah bekas pengarang kanan Utusan Malaysia dengan pengalaman lebih tiga dekad sebagai wartawan.

Gerakbudaya & Republik Buku (Cetakan Pertama, 2020)
173 halaman

RM28.00

In stock

Product ID: 21943 Subject: Sub-subjects: , , , ,

Ideologi (Sebuah Memoir) Zin Mahmud adalah catatan Zin Mahmud—bekas wartawan, penerbit dan penyunting yang tidak asing dalam dunia kewartawanan Melayu. Memoir ini menjelajahi bukan sahaja zaman awal beliau, tetapi juga idea-idea, ideologi dan iklim politik nasional dan antarabangsa yang telah mempengaruhi pemikiran beliau. Berlatarbelakangkan sejarah politik Malaysia dan konflik antara sayap kiri dan kanan, kehidupan beliau penuh dengan pedoman untuk zaman post-truth ini.

Menurut penulis, Ideologi (Sebuah Memoir) Zin Mahmud adalah sebuah memoir. Ia bukan biografi atau autobiografi. Biografi adalah kisah hidup yang ditulis oleh seseorang mengenai seseorang yang lain. Autobiografi ditulis oleh seseorang mengenai diri sendiri. Memoir adalah autobiografi yang bergantung pada ingatan semata-mata.

Buku ini ditulis dengan bergantung pada ingatan penulis semata-mata. Seboleh-bolehnya begitulah harapannya. Maknanya penulis mengakui yang beliau tidak melakukan semakan atau rujukan pada apa-apa sumber lain bagi mengesahkan butiran-butiran ingatan tersebut. Walaupun ingatan manusia bukanlah boleh dipercayai secara mutlak. Namun penulis mahu memoir ini menjadi tulen dengan bergantung pada ingatan saja.

Sungguhpun begitu, penulis menyemak tarikh dan nama-nama apabila menulis. Ini supaya ketepatan dari segi tarikh dan nama tidak boleh ditolak ansur dengan bergantung pada ingatan semata-mata. Dalam menulis memoir ini, seboleh-bolehnya, menurut penulis, beliau menulisnya secara jujur, maknanya tidak ada perkara-perkara yang sengaja diada-adakan. Ini juga untuk memelihara ketulenan memoir sebagai satu rakaman terhadap kehidupan seseorang manusia.

Untuk fokus, tumpuan memoir ini adalah satu perkara, iaitu ketika penulis berpegang pada fahaman sosialisme, iaitu dari segi tarikh, ia bermula dari tahun 1973 hingga tahun 1977. Ketika itu penulis berusia 14 tahun hingga 18 tahun, iaitu dari masa tingkatan dua sampai tingkatan enam rendah. Ia meliputi tiga sekolah iaitu High School Batu Pahat, St John’s Institution dan Sekolah Menengah Sains Selangor.

Permulaannya ialah selepas penulis membaca Merintis Jalan ke Puncak oleh Ahmad Boestamam hinggalah buku The Millenium Postponed oleh Edward Hyams. Maka tajuk buku ini ialah Ideologi. Catatan di dalamnya hanya berkisar pada perjalanan minda penulis berhubungan dengan fahaman politik sosialisme, tidak lebih daripada itu. Ia bukan satu rakaman sejarah. Ia juga bukan usaha untuk menceritakan mengenai diri penulis. Ia cuma satu kegiatan seni daripada penulis bernama Zin Mahmud.

Weight0.193 kg
Dimensions18.9 × 12.9 × 1.4 cm
Format

Class

Language

Publisher

,

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.