Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian, Kaedah dan Pensejarahan

Oleh: Mohd Yusof Ibrahim

DBP (Edisi Kedua Cetakan Pertama 2013)
452 halaman

RM40.00RM50.00

Clear
Product ID: 534 SKU: N/A Categories: , Tags: , , , , ,

Buku Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian, Kaedah dan Pensejarahan merupakan edisi baharu yang disemak dan diperluas daripada buku sebelum ini yang berjudul Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah.

Pada asasnya, buku ini masih membicarakan perkara yang berkaitan teori, pengertian dan kaedah sejarah, namun perbincangannya telah diperluas. Pertambahan sama ada daripada maklumat mahupun penghujahan telah dilakukan dengan memuatkannya dalam pelbagai bab yang asal.

Antaranya kemunculan konsep dan golongan pascamodenisme dan cabarannya terhadap sejarah dan ilmu sejarah termasuklah cemuhan Francis Fukuyama bahawa sejarah sudah tamat, pengukuhan tentang kedudukan dan kepentingan sejarah sebagai ilmu berautonomi dan pengukuhan sejarah dari sudut agama, terutamanya Islam.

Dalam pada itu, penulis telah memuatkan satu bahagian Pengenalan yang bertujuan menerangkan senario sejak perkembangan, keadaan terkini hala tuju ilmu sejarah itu secara amnya dan juga keadaan yang agak malap di Malaysia.

Mudah-mudahan dengan gambaran yang seimbas itu akan dapat menyedarkan lagi masyarakat kita, terutama dalam kalangan sejarawannya, agar berusaha lebih lagi untuk memartabatkan sejarah dan ilmu sejarah itu.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.850 kg
Dimensions 15.2 × 2.4 × 22.8 cm
Edition

,

Format

ISBN

9789834612788, 9789834612795

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian, Kaedah dan Pensejarahan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.