Buku Islam Dan Cabaran Ekonomi tulisan M. Umer Chapra cuba untuk menjawab tiga soalan asas ekonomi yang tidak asing lagi, iaitu apa, bagaimana, dan untuk siapa dikeluarkan: berapa banyakkah alternatif barangan dan perkhidmatan harus dihasilkan, siapa yang akan menghasilkannya, apakah kombinasi pelbagai sumber dan teknologi yang digunakan dan siapa yang akan menikmati barangan serta perkhidmatan yang dihasilkan. Jawapan kepada persoalan ini bukan sahaja menentukan peruntukan sumber dalam ekonomi tetapi juga pengagihan di kalangan individu dan antara yang ada sekarang (penggunaan masa kini) dengan masa depan (simpanan/tabungan dan pelaburan). Peruntukan dan pengagihan meliputi bahagian utama ekonomi dan akhirnya menentukan sama ada keperluan setiap individu telah dipenuhi, matlamat sosioekonomi yang lain dapat direalisasi dan sama ada orang ramai mendapat galakan yang mencukupi untuk memberi pencapaian yang terbaik bagi mereka. Ujian penting yang akan memberikan keputusan untuk sistem ekonomi ditentukan bukan melalui matlamat yang diperakui tetapi lebih tepat lagi melalui realisasi mereka.
Ianya terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian yang pertama merangkumi kegagalan pelbagai sistem-sistem yang mesti dielakkan oleh negara umat Islam jika ingin merealisasikan matlamat sosioekonomi mereka. Tiga bab yang pertama dalam bahagian ini menganalisis pandangan dunia dan strategi sistem yang ada sekarang, bukan hanya bertujuan untuk mengkritik, tetapi untuk mengenal pasti pelbagai sebab mengapa ianya terjadi, kesan semula jadi implikasi yang timbul daripada percanggahan antara matlamat mereka dengan pandangan dunia dan strategi mereka. Oleh itu pembaca akan menghargai mengapa kepincangan keharmonian menyebabkan kegagalan dan akan terus menggagalkan usaha negara-negara yang mengikuti sistem ini, bagi merealisasikan kecekapan dan keadilan dalam keadaan peruntukan pelbagai sumber yang serba kekurangan. Ia juga membolehkan pembaca mengikuti perbincangan Bab 4 tentang mengapa pembentukan pelbagai polisi dalam perspektif sistem yang ada sekarang telah membawa kepada ketidaktekalan dalam dasar ekonomi yang diburu oleh negara-negara membangun, dan telah memburukkan lagi masalah mereka bukan hanya mengutamakan makroekonomi dan ketidakseimbangan luaran tetapi telah mengecewakan matlamat mereka iaitu mencapai keadilan.
Bahagian kedua mengandungi tujuh bab yang membincangkan respons Islam. Bab 5 iaitu bab yang pertama dalam bahagian ini menunjukkan pandangan dunia dan strategi Islam, dan ketekalan yang wujud dalam perkara ini dengan maqasid. Bab 6 pula disebabkan oleh pelbagai keadaan dunia Islam yang membimbangkan, ia telah menyediakan rangka kerja untuk perbincangan lima dimensi polisi berlainan, yang sepatutnya dilaksanakan oleh negara umat Islam. Ia mestilah dalam lingkungan ajaran Islam demi memperoleh maqasid tanpa melanjutkan lagi keadaan ketidakseimbangan. Tiap-tiap dimensi polisi ini diterangkan dalam bab yang berasingan. Bab 7 membincangkan cara untuk menguatkan faktor kemanusiaan yang secara amnya adalah sangat penting dan besar maknanya dalam satu-satu sistem. Ia menjadikan manusia sebagai pangsi (pivot) dalam semua reformasi sosioekonomi dan usaha untuk merealisasi kecekapan dan keadilan. Bab 8 pula membincangkan pelbagai cara untuk mengurangkan kekayaan yang diperlukan untuk merealisasikan keadilan sosioekonomi dan Islam pula memberi penumpuan maksimum dan sistemnya. Bab 9 dan 10 menyatakan jenis penyusunan semula kewangan dan ekonomi yang diperlukan untuk merealisasikan matlamat sosioekonomi Islam. Bab 11 pula menerangkan secara ringkas perancangan dasar strategi yang diperlukan untuk melaksanakan dasar implikasi ajaran Islam secara berkesan.
Bab kesimpulan merumuskan perbincangan kesemua sebelas bab yang terdapat dalam buku ini. Ini membolehkan pembaca membuat kajian semula tentang inti pati keseluruhan analisis ini. Oleh sebab buku ini hanya membincangkan masalah ekonomi, ia tidak meliputi aspek rohani falah dan hayat tayyibah kecuali apabila ia berhubung secara langsung dengan masalah ekonomi.
Kawah Buku (store manager) –
“Pencarian untuk satu penyelesaian dalam rundingan kita dengan pelbagai negara ekonomi maju, secara praktikalnya telah terhenti. Para Perwakilan Dunia Ketiga berhadapan dengan tugas yang melemahkan semangat, mencari pelbagai idea baru untuk menarik keluar negara miskin daripada hutang yang bertimbun”—Dr.Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia (Arab News, 2 Mac 1988)