Islam dan Dinamika Masyarakat Sivil di Malaysia

Disunting oleh MAKMOR TUMIN, SHARIFAH HAYAATI SYED ISMAIL, dan MAZLAN CHE SOH

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2021)
263 halaman termasuk Indeks

RM68.00

Only 1 left in stock

Islam dan Dinamika Masyarakat Sivil di Malaysia memuatkan perbincangan tentang konsep masyarakat sivil dan diikuti dengan penerangan tentang peranan masyarakat sivil dan perkembangan ilmu masyarakat sivil dalam Islam sebelum disudahi dengan beberapa contoh kegiatan yang dianjurkan oleh kumpulan masyarakat sivil. Tumpuan perbincangan buku ini adalah kepada dua perkara penting, iaitu memahami makna masyarakat sivil dari kaca mata Islam dan huraian terhadap peranan dan aktiviti organisasi masyarakat sivil di Malaysia. Pembaca akan mendapati bahawa terdapatnya perbezaan yang fundamental dalam memahami masyarakat sivil dari perspektif Islam berbanding dengan pandangan Barat. Pembaca juga akan mengetahui bagaimana pelbagai isu di negara ini seperti hak asasi, alam sekitar, perubahan budaya politik dan pengaruh pilihan raya melibatkan peranan penting masyarakat sivil.

Perbincangan dalam buku ini dapat menunjukkan bahawa konsep masyarakat sivil Islam atau konsep masyarakat madani membawa bersamanya konotasi kerohanian manakala masyarakat sivil dalam kerangka konvensional lebih tertumpu kepada persoalan yang berkaitan dengan rasionaliti bagi faedah manusia, untuk kehidupan di dunia yang fana’ ini.

Buku ini berjaya mengetengahkan banyak isu penting dalam masyarakat menurut kedua-dua perspektif konvensional dan perspektif Islam. Isu-isu yang dimaksudkan itu termasuklah yang berkaitan dengan hak asasi, alam sekitar, penjagaan kesihatan, orang kurang upaya dan beberapa isu yang lain. Sekularisasi ilmu telah melahirkan cendekiawan yang jarang dapat berfikir di luar kotak, melewati batas kerangka ilmu yang menguasai mindanya sepanjang pengajian di menara gading hingga meraih ijazah yang diidam-idamkan dan bergelar ilmuwan. Buku ini menongkah arus dengan menjambatani jurang antara kerangka konvensional dengan kerangka Islam. Sama ada eksperimen ini berhasil atau tidak, terpulang kepada pembaca-pembaca budiman untuk menilainya.

Buku ini dapat membantu pembaca memahami istilah-istilah penting yang berkaitan dengan konsep masyarakat sivil, baik dari perspektif Islam mahupun perspektif konvensional itu. Sebagai contoh, bahagian Prolog dan beberapa bahagian Epilog buku ini mengetengahkan perbahasan tentang bagaimana konsep masyarakat madani berkembang dalam kesarjanaan Islam dan bagaimana konsep masyarakat sivil sering dirujuk dalam kesarjanaan Barat dari abad ke-17 ketika pengaruh liberal mula berkembang melalui penulisan sarjana seperti John Locke, Jean-Jacques Rousseau dan John Stuart Mill sehinggalah ke era kontemporari. Bahagian akhir buku ini pula dapat membantu pembaca memahami paradigma-paradigma tertentu, misalnya metafizik dan pascametafizik dalam membantu memahami konsep masyarakat sivil yang sentiasa berkembang.

Senarai Penyumbang
Kata Pengantar
Penghargaan
Prolog

1. Memahami Masyarakat Sivil dari Perspektif Islam
Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy

2. Masyarakat Madani Menurut Islam dalam Konteks Al-Ta’ayush di Malaysia
Mohd Herzali Muhammad Haled

3. Peranan Prinsip Rukun Negara dalam Pembentukan Bangsa Malaysia
Khairul Azhar Meerangani, Abdul Qayuum Abdul Razak dan Muaz Mohd Noor

4. Kemunculan Masyarakat Sivil: Kesan Terhadap Transformasi Budaya Politik Melayu di Malaysia
Ilyas Abdullah dan Mohammad Tawfik Yaakub

5. Peranan CENTHRA dalam Perjuangan Hak Asasi Manusia
Azril Mohd Amin dan Makmor Tumin

6. Peranan Masyarakat Sivil dalam Mengekalkan Kelestarian Alam Sekitar dan Alam Bina Malaysia: Panduan daripada Fiqh Al-Umran / Fiqh Alam Bina
Mohd Dani Muhammad dan Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah

7. Peranan Kaunter-Hegemoni Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan
Mazlan Che Soh dan Makmor Tumin

8. Pengaruh Masyarakat Sivil Terhadap Kerjasama Politik Melayu-Islam di Malaysia Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14
Mohammad Tawfik Yaakub, Ilyas Abdullah dan Rashid Ating

9. Partisipasi Wanita dalam Kesukarelawan Terhadap Masyarakat Sivil: Isu dan Cabaran
Amiratul Munirah Yahaya, Noorul Huda Sahari dan Shofiyyah Moidin

10. Komitmen Malaysia Terhadap Inisiatif Antarabangsa Berkaitan OKU dan Peranan Organisasi Masyarakat Sivil OKU
Sarune Beh, Alias Abd Aziz dan Makmor Tumin

Epilog
Indeks

Weight0.455 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.6 cm
Author(s)

, , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.