Islam dan Sosialisme

SYED HUSSEIN ALATAS (1928–2007) adalah bapa sosiologi Malaysia, pengasas Parti GERAKAN, dan bekas Naib Canselor Universiti Malaya sekitar tahun 1980-an.

Gerakbudaya (Edisi Baru, 2020)
119 halaman termasuk Daftar Buku-Buku

RM25.00

In stock

Islam dan Sosialisme, karya Syed Hussein Alatas diterbitkan pada tahun 1976 dengan judul asal Islam dan Sosialisma. Walaupun sebuah naskah yang nipis, idea-idea beliau merangkumi persoalan yang besar dan penting, termasuk kaitan antara agama dan teori sosialis, jenis-jenis sosialisme yang berlainan serta kegelisahan rakyat awam tentang persamaan dan perbezaan antara sosialisme dan komunisme. Paling penting, beliau menyeru masyarakat untuk melawan sistem kapitalis yang mencangkumi ekonomi dan pemikiran rakyat Malaysia. Lebih daripada 40 tahun selepas penerbitan asalnya, pemikiran Profesor Alatas masih relevan hari ini.

Islam tidak menentukan sistem atau aturan ekonomi politik yang seharusnya diamalkan umatnya. Yang ditentukan dan digalakkan Islam adalah suatu sistem adab dan akhlak yang seharusnya menggarisbawahi mana-mana dan setiap sistem ekonomi politik yang didirikan oleh masyarakat Muslim. Dalam sejarah Islam, telah wujud pelbagai sistem ekonomi politik dari zaman Rasulullah Muhammad hingga sekarang. Pada awal perkembangan masyarakat Islam di Mekah dan Madinah, sistem ekonomi politiknya terdiri daripada sekurang-kurangnya dua jenis, iaitu, sistem atau ragam pengeluaran komoditi skala kecil (petty commodity mode of production) dan ragam pengeluaran pengembara pastoral (pastoral nomadic mode of production).

Pada zaman Khilafah Uthmaniyah, Empayar Safawiyah dan Kesultanan Melaka pada zaman pra-moden, sistem ekonomi politiknya dicirikan. pada umumnya, oleh ragam pengeluaran perlungguhan (prebendal feudal made of production). Pada zaman sekarang pula, kebanyakan negara Islam mengamalkan sistem kapitalisme atau ragam pengeluaran kapitalis.

Pada zaman moden, sesetengah sarjana dan pemikir Muslim mempunyai kecenderungan terhadap sosialisme yang mereka menganggap jauh lebih sehaluan dengan nilai-nilai Islam berbanding dengan kapitalisme. Dalam Islam dan Sosialisme, Syed Hussein Alatas mengungkapkan pendapat bahawa sosialisme itu sudah ada dalam Islam, dalam erti bahawa Islam sememangnya bersifat sosialis. Pada umumnya, tiada pertentangan antara Islam dan sosialisme. Yang ditentang Islam ialah jenis-jenis sosialisme tertentu. Di sini kita perlu membezakan antara sosialisme beragama dan sosialisme yang tidak beragama seperti yang dilakukan oleh tokoh Jawa terkenal, Haji Omar Said Tjokroaminoto, dalam karya beliau yang juga berjudul Islam dan Sosialisme.

Syed Hussein Alatas mengatakan bahawa orang Islam tidak seharusnya menyangkal pandangan materialisme dialektik secara keseluruhan, tetapi hanya segi-segi tertentu yang bertentangan dengan agama seperti fahaman materialisme dialektik mengenai asal-usul dan peranan agama, relativisme akhlak dan sebagainya.

Kita dapat tambah di sini bahawa sosialisme itu tidak seharusnya ditolak oleh sebab kaitannya dengan Karl Marx, pencipta materialisme dialektik. Ramai individu dan golongan masyarakat takut dengan gagasan-gagasan Marx dan Marxisme. Padahal, bukan segala pemikiran Marx bertentangan dengan Islam malah banyak gagasan penting telah dihasilkan oleh Marxisme yang dapat membantu kemajuan masyarakat kita.

Ekploitasi, keterasingan dan rasuah merupakan masalah utama kebanyakan negara Muslim pada zaman moden ini. Gagasan-gagasan Marx dan para sosialis selainnya mengetengahkan masalah-masalah ini. Syed Hussein Alatas menunjukkan dalam buku ini bahawa sebahagian daripada kerisauan para sosialis tidak lain daripada kerisauan tokoh-tokoh Islam zaman dahulu juga. Beliau menyeru masyarakat Islam supaya bersungguh-sungguh memikirkan dan menggiatkan nilai-nilai sosialisme demi mencapai keadilan sosial.

Weight0.148 kg
Dimensions19 × 13 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 2 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
Showing 2 of 2 reviews (5 star). See all 2 reviews
  1. Ahmad Ridhwan Abd Rani (Verified Reader)

    (0) (0)
  2. Mohd zain Kosnan (Verified Reader)

    Good material to open our mind

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.