Out of stock

Isu Kotemporari Bahasa Minoriti Bugis di Malaysia

Disunting oleh SHARIFAH RAIHAN SYED JAAFAR

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2021)
122 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM25.00

Out of stock

Isu Kotemporari Bahasa Minoriti Bugis di Malaysia membincangkan bahasa Bugis, iaitu salah sebuah bahasa komuniti minoriti di Malaysia yang kini semakin kurang digunakan dalam komunikasi seharian komuniti Bugis. Lebih membimbangkan lagi generasi muda tidak tahu berbahasa Bugis manakala generasi tua pula yang lebih menguasai bahasa Bugis kebanyakannya sudah tiada. Bilangan penutur natif yang semakin berkurangan boleh mengakibatkan bahasa ini dilanda kepupusan kelak. Bahasa Bugis merupakan salah satu bahasa minoriti yang dikategorikan sebagai terancam. Ini kerana, bahasa Bugis sudah kurang digunakan sebagai bahasa komunikasi oleh masyarakat Bugis. Majoriti masyarakat Bugis di Johor berumur 13-29 tahun tidak berkemampuan untuk menuturkan atau mempelajari bahasa Bugis. Ini menunjukkan bahawa status bahasa Bugis berada pada tahap moribund, iaitu bahasa tersebut sudah tidak diturunkan lagi kepada generasi berikutnya.

Pelbagai faktor mempengaruhi peralihan bahasa Bugis kepada bahasa Melayu di Malaysia. Pertama ialah faktor modenisasi yang merupakan faktor umum berlakunya peralihan bahasa. Masyarakat Bugis di Malaysia perlu meningkatkan diri dalam bidang ekonomi serta taraf sosial. Untuk mencapai perkara tersebut, masyarakat Bugis menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa antarabangsa yang lebih berprestij kerana bahasa tersebut mendukung fungsi sebagai bahasa perhubungan dalam bidang pendidikan, pentadbiran dan perdagangan. Seterusnya, faktor kedua peralihan bahasa berlaku dalam kalangan masyarakat Bugis adalah disebabkan asimilasi budaya yang diterapkan di kawasan penempatan mereka.

Asimilasi budaya merujuk kepada satu budaya yang dipengaruhi oleh suatu budaya yang lebih dominan dan akan kehilangan ciri-cirinya akibat daripada penerimaan nilai budaya baru oleh penuturnya. Hal ini terjadi melalui beberapa perkara tetapi bagi masyarakat Bugis di Malaysia, kehadiran orang luar yang bermigrasi ke kawasan penempatan mereka merupakan punca utama timbulnya pelbagai budaya baharu. Ini boleh dilihat di kawasan penempatan Bugis di Johor mempunyai pelbagai etnik lain seperti Melayu dan Jawa menyebabkan pelbagai budaya baharu muncul di kawasan penempatan mereka. Perkara ini mempengaruh kehidupan masyarakat Bugis kerana mereka perlu menyesuaikan dir dengan persekitaran tersebut dan salah satu perkara yang perlu diambil kira adalah pemilihan bahasa yang sesuai untuk berkomunikasi dengat masyarakat setempat.

Faktor pemilihan bahasa dalam sesuatu komuniti perlu mengambil kira pengaruh serta dominasi sesuatu bahasa. Oleh itu, bahasa kebangsaan atau bahasa Melayu merupakan bahasa yang dipilih untuk digunakan dalam komunikasi harian oleh masyarakat Bugis kerana dominasi serta pengaruh bahasa Melayu yang luas di kawasan penempatan masyarakat Bugis itu sendiri. Disebabkan status bahasa Bugis yang menjadi semakin terancam, langkah pemeliharaan bahasa perlu dilakukan sebelum bahasa Bugis menjadi pupus. Oleh itu, kaedah pendokumentasian bahasa merupakan satu usaha yang wajar dilakukan dalam memelihara bahasa Bugis daripada menjadi pupus. Tujuan utama pendokumentasian bahasa adalah untuk memastikan data bahasa sentiasa wujud untuk kajian pada masa hadapan terutama melibatkan bahasa terancam . Bagi mendokumentasikan bahasa Bugis, satu sistem repositori telah dibina bagi menyimpan data leksikal bahasa Bugis.

Senarai Jadual & Rajah
Prakata

BAB 1 Pendahuluan
Sharifah Raihan Syed Jaafar

BAB 2 Pemeliharaan Bahasa Terancam Bugis Melalui Sistem Repositori Leksikal
Shazmel Ismail & Sharifah Raihan Syed Jaafar

BAB 3 Pemilihan Bahasa Masyarakat Bugis
Aliah Afiqah Anuardin & Sharifah Raihan Syed Jaafar

BAB 4 Pengekalan dan Peralihan Bahasa Bugis di Johor dan Selangor
Nur Fatin Nadhirah Zaihan & Sharifah Raihan Syed Jaafar

BAB 5 Adaptasi Kata Pinjaman dalam Bahasa Bugis
Muhammad Firdaus Mohd Sah & Sharifah Raihan Syed Jaafar

BAB 6 Proses Fonologi dalam Bahasa Bugis
Mohd Haziq Zainal Abiden & Sharifah Raihan Syed Jaafar

BAB 7 Imbuhan Awalan Kata Kerja Bahasa Bugis
Nur Fatin Aziz & Sharifah Raihan Syed Jaafar

BAB 8 Fenomena Geminasi dalam Bahasa Bugis
Mohamad Firdaus Shamsuddin & Sharifah Raihan Syed Jaafar

BAB 9 Hentian Glotis Bahasa Bugis
Muhammad Zawawie Mohd Noor & Sharifah Raihan Syed Jaafar

Rujukan
Senarai Penyumbang
Indeks

Weight0.195 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 0.7 cm
Author(s)

, , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.