Out of stock

Komuniti Samah-Bajau di Bandar

GUSNI SAAT adalah pensyarah di Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2003)
170 halaman termasuk Rujukan dan Bibliografi

RM25.00

Out of stock

Komuniti Samah-Bajau di Bandar cuba memahami adaptasi dan penyertaan komuniti terbandar dalam lingkungan bandar yang sedang berkembang. Persoalan utama yang diteliti dalam kajian ini ialah: apakah realiti sosial komuniti penelitian ini serta hubungkaitnya dengan sistem nilai budaya yang mengikat dan mendasari hubungan sosial di kalangan warga komuniti yang dikaji?

Realiti sosial dalam kajian ini merujuk kepada pencapaian sebenar komuniti yang dikaji dalam bidang ekonomi dan sosiobudaya. Dalam kajian ini, ekonomi dilihat dari tiga sudut; pemilikan harta dan pendapatan. Sementara sosiobudaya pula dilihat dari sudut kekeluargaan, pendidikan, keagamaan dan politik. Sistem nilai budaya pula, sama ada pada amalan atau ideanya, merujuk kepada peraturan, nilai dan norma yang menentukan hubungan-hubungan sosial dalam komuniti yang dikaji. Kaedah utama yang digunakan bagi mengutip data adalah pendekatan sejarah hayat.

Pendekatan ini memerlukan pengkaji mengenal pasti salasilah keturunan komuniti yang dikaji. Berdasarkan salah-silah itu, barulah ditentukan ketua-ketua keluarga yang dianggap utama dalam komuniti berkenaan. Ketua-ketua keluarga utama dikaji secara mendalam bagi mendapatkan segala data yang diperlukan. Mereka menjadi pemaklum utama, iaitu golongan yang mempunyai autoriti tentang komunitinya. Di samping pemaklum utama, soal selidik juga dilakukan ke atas 90 peratus ketua keluarga dalam komuniti kajian (termasuk pemaklum utama).

Selain itu, maklumat juga diperolehi daripada dokumen atau rekod negeri, yang tersimpan di Jabatan Tanah dan Ukur dan Jabatan Arkib negeri Sabah. Kajian ini bermula dari bulan Februari 1994 sehingga bulan September 1994, iaitu selama lapan bulan. Semua data dalam kajian ini dianalisis secara kualitatif.

Samah-Bajau, seperti komuniti bumiputera lain yang berada di bandar menghadapi beberapa persoalan besar. Apakah status sosial mereka mencerminkan penyertaan kaum bumiputera secara keseluruhannya dalam sektor bandar? Bagaimana masa depan mereka dalam konteks pembangunan bandar? Apakah pula implikasi dasar persoalan pembangunan komuniti ini?

Pada hakikatnya status sosial Samah-Bajau bersama bumiputera lain di Kota Kinabalu belum lagi membayangkan bahawa mereka adalah sebahagian daripada warga bandar itu. Keperluan asas seperti perparitan, pembentungan, perkhidmatan pos, khidmat buang sampah belum lagi dinikmati sepenuhnya oleh mereka. Petunjuk urbanisasi dari segi kemudaham awam-belum lagi dipenuhi. Apabila berada di bandar, mereka seharusnya memperlihatkan kejayaan berbanding sanak saudara mereka di luar bandar yang lebih besar jumlahnya. Ini kerana bandar dianggap pusat perubahan dan pembangunan sesebuah bangsa.

Salah satu strategi DEB ialah dengan membandarkan kaum bumiputera. Ini termasuklah melalui pembangunan bandar baru dengan penyertaan bumiputera. Satu lagi cara ialah penempatan semula penduduk kawasan mundur ke rancangan pembangunan tanah. DEB mensasarkan empat puluh peratus bumiputera dibandarkan. Malangnya, status sosial, komuniti-komuniti bumiputera di Kota Kinabalu lebih menampilkan imej kemunduran bandar. Persoalan penting lain yang bakal menentukan kemandirian mereka di bandar ialah tentang status petempatan. Akta tanah tidak pula menjamin pengekalan mereka di bandar.

Program pembangunan yang dianggap penting boleh saja pada bila-bila masa memansuhkan taraf penempatan bumiputera yang mereka miliki. Mereka sama ada dipindahkan ke kawasan baru, atau ditawarkan rumah secara sewa beli. Bermakna mereka akan secara berterusan dialihkan daripada kawasan yang dianggap strategik ke kawasan yang tidak berguna untuk pembangunan.

Weight0.289 kg
Dimensions22.7 × 15.3 × 1.1 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.