Kota Yang Mencabar adalah terjemahan karya Francisco Sionil José yang berjudul Mass: A Novel, mengisahkan perjalanan hidup anak laki Antonio Samson, protagonis dalam novel yang lebih awal, The Pretenders. Kini Pepe Samson sudah pun dewasa dan dia berjaya melepaskan diri daripada kongkongan hidup di kampung Cabugawan dan berhijrah ke Manila. Di Kota kosmopolitan ini Pepe tinggal di Tondo, kawasan setinggan yang sangat luas dan sesak.
Di sinilah dia mengenal erti hidup yang sebenar, hidup dengan penuh pancaroba, korupsi, penindasan, dan terlibat dalam kancah dunia politik dan kuasa yang menjijikan.
Kisah ini juga adalah kisah hidup beribu-ribu anak muda Filipina yang akhirnya menemui makna kehidupan. Tetapi kisah ini bukan setakat kisah penemuan tetapi ia mengukuhkan keyakinan terhadap masa depan sebagaimana yang dimimpikan oleh golongan anak muda Filipina yang sangat dedikasi.
Reviews
There are no reviews yet