Out of stock

Mabuk Mistikal: Semiotik Metafizik dalam Kuda Kepang Mabuk

MOHD KIPLI ABDUL RAHMAN adalah pensyarah kanan di Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia.

Penerbit USM (Cetakan Pertama, 2009)
165 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

Out of stock

Product ID: 33047 Subject: Sub-subjects: , ,

Mabuk Mistikal: Semiotik Metafizik dalam Kuda Kepang Mabuk membincangkan aplikasi teori semiotik dan gabungan bidang metafizik dalam menganalisis persembahan Kuda Kepang Mabuk. Tujuannya adalah untuk berkongsi dengan khalayak tentang satu teori alternatif yang dapat diaplikasikan dalam menganalisis mahupun menonton sebuah persembahan berbentuk ritual keagamaan, terutamanya bagi peminat serta pengkaji persembahan tradisional yang berbentuk ritual keagamaan. Perlu diakui, penulisan tentang kesenian tradisional secara teoretikal, kritikal dan analitikal pada masa kini masih lagi kurang. Kebanyakan penulis cenderung menghasilkan penulisan secara deskriptif dan penerokaan. Peringkat penulisan ini terdiri daripada beberapa tahap yang bertujuan meneroka hubungan penyampai, penanda dan petanda dalam persembahan Kuda Kepang Mabuk. Fokus utama adalah terhadap fenomena mabuk yang dialami oleh pemain sewaktu persembahan berlangsung. Turut juga ditinjau adalah sejauh mana peranan alam ghaib mempengaruhi pemilihan, penyediaan dan penyusunan kod semiotik dalam persembahan Kuda Kepang Mabuk sehingga memungkinkan berlakunya fenomena mabuk.

Tahap pertama ialah perlaksanaan pendekatan terhadap kewujudan persembahan ritual (teks persembahan), iaitu Kuda Kepang Mabuk dengan mencatatkan keseluruhan persembahan ritual yang menjadi objek perbincangan. Tahap kedua ialah merakam dan membuat transkripsi tentang perlaksanaan persembahan ritual. Tahap ketiga ialah analisis terhadap teks persembahan tersebut berasaskan teori semiotik secara analitikal dengan mengaplikasikan dua kaedah yang relevan, iaitu Sistem Komunikasi Teater dan Sistem Tanda Teater. Di samping itu, teori resepsi juga turut diaplikasikan untuk menterjemahkan makna kod persembahan Kuda Kepang Mabuk. Sumber utama penulisan diperoleh daripada pemerhatian persembahan secara langsung, penyertaan bersama masyarakat pemain, temu bual dengan pemain, ahli kumpulan serta khalayak Kuda Kepang Mabuk. Sumber kedua ialah bahan-bahan bercetak seperti buku rujukan, artikel, keratan akhbar dan majalah yang didapati daripada perpustakaan, internet, muzium dan arkib. Pemerhatian dan penganalisisan secara langsung serta rakaman video persembahan Kuda Kepang Mabuk juga turut dilakukan.

Prakata
Penghargaan

1. Pengenalan
2. Sejarah Asal Usul
3. Sistem Tanda dan Komunikasi Teater dalam Permainan Kuda Kepang Mabuk
4. Kod Bersyarat, Kod Separuh Bersyarat dan Kod Bebas dalam Permainan Kuda Kepang Mabuk
5. Penyampai, Penanda dan Petanda: Hubungan Khalayak dan Teks Persembahan Kuda Kepang Mabuk
6. Falsafah Kewujudan Fizikal, Metafizik dan Kosmologi: Kaitannya dengan Kuda Kepang Mabuk dan Nilai Melayu-Jawa
7. Peranan Alam Ghaib dalam Pembentukan Kod Semiotik Metafizik dalam Kuda Kepang Mabuk dan Kesannya Terhadap Fenomena Mabuk
8. Kesimpulan

Glosari
Rujukan
Indeks

Weight0.308 kg
Dimensions24.1 × 16.5 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.