Out of stock

Mantera Melayu: Analisis Pemikiran

HARON DAUD adalah Profesor di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Penerbit USM (Cetakan Semula, 2007)
348 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM45.00

Out of stock

Mantera Melayu: Analisis Pemikiran adalah satu kajian dalam bidang Sosiologi Sastera yang memberi penumpuan ke atas mantera yang dikumpul dari beberapa tempat dalam sctiap negeri di Semenanjung Malaysia. Mantera dipilih sebagai bahan kajian, bertolak daripada tanggapan bahawa mantera merupakan dokumen sosiobudaya masyarakat Melayu. Mantera-mantera itu dianalisis dengan menumpukan perhatian kepada corak pemikiran masyarakat Melayu. Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang mantera; pemikiran masyarakat Melayu yang terpancar melaluinya, dan kedudukan mantera itu sendiri dalam masyarakat, buku ini dipecahkan kepada tujuh bab.

Bab 1 merupakan pengenalan kepada keseluruhan isi penulisan ini. Bab 2 menekankan kedudukan mantera sebagai karya sastera. Penganalisisan dalam bab 3 tertumpu kepada jenis dan fungsi mantera dalam masyarakat yang melibatkan hampir semua aspek hidup dan peringkat umur anggota masyarakat, terutama pada zaman dahulu. Bab 4 hingga 6 merupakan inti perbincangan dan penganalisisan kerana ia berkaitan dengan kedudukan mantera dalam masyarakat sehingga menjadikannya sebagai dokumen sosiobudaya. Perbincangan dalam bab 4, antaranya mengenai pencrimaan masyarakat terhadap mantera. Bab 5 khusus membicarakan penggunaan simbol dalam mantera, manakala corak pemikiran masyarakat Melayu dianalisis dalam bab 6. Segala persoalan pokok dalam buku ini dirumuskan dalam bab terakhir yang juga memuatkan beberapa kesimpulan.

Sastera merupakan satu cabang Ilmu Sains Sosial. Sebagai satu bidang ilmu, sastera secara khusus adalah merujuk kepada karya yang dihasilkan oleh pengarang dan disampaikan kepada khalayak sama ada secara lisan atau tulisan. Menurut Wellek dan Warren, pengarang, teks dan khalayak merupakan tiga unsur sosial yang penting di dalam dunia sastera. Mereka menjelaskan bahawa pengarang sebagai salah seorang anggota masyarakat, mengungkapkan hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat di dalam karya yang dihasilkan sehingga karya itu dapat digolongkan sebagai dokumen sosial. Khalayak pula sebagai anggota masyarakat mendengar atau membaca karya pengarang sehingga menjadikan pengarang dan khalayak dua unsur sosial yang saling perlu-memerlukan. Karya pengarang tidak akan disebarkan sekiranya tidak dapat memberikan hiburan dengan serta-merta.

Situasi itu mencerminkan khalayak yang merupakan anggota masyarakat yang terbesar dapat mempengaruhi pengarang. Namun begitu, pengarang juga dapat mempengaruhi khalayak apabila watak atau cara hidup yang diketengahkan pengarang di dalam karyanya melalui watak wira dan wirawati menjadi ikutan atau tiruan khalayak. Teks sastera dapat dikaji daripada berbagai-bagai aspek. Sebelum tahun 1980-an para pengkaji di Malaysia lebih berminat meneliti sesebuah teks sebagai karya sastera semata-mata. Kini kecenderungan itu telah berubah. Para pengkaji meluaskan tinjauan, antara lain meliputi aspek sejarah, politik, psikologi dan sosiologi dengan menggunakan pelbagai pendekatan atau disiplin ilmu.

Di dalam Mantera Melayu: Analisis Pemikiran, penulis menggunakan mantera sebagai bahan sastera untuk mengenal pasti corak pemikiran masyarakat Melayu. Pemilihan mantera ini dirasakan wajar memandangkan mantera adalah warisan daripada kehidupan masyarakat sederhana pada zaman purba atau prasejarah yang terus dikekalkan, ditambah, diperkembangkan dan diamalkan hingga hari ini. Lagipun pertumbuhan budaya Melayu bukan sahaja dapat didasarkan kepada bahan sejarah yang ditemui oleh ahli Arkeologi di Gua Cha, Kelantan; Gua Tongkat dan Gua Orang Bertapa di Pahang dan lain-lain tetapi juga daripada kesan peninggalan dalam bentuk /folklore atau budaya rakyat dan adat istiadat.

Tumpuan hanya diberikan kepada mantera Melayu, iaitu mantera yang diamalkan oleh orang Melayu dan dituturkan dalam bahasa Melayu sama ada bahasa baku (standard) atau loghat daerah. Orang Melayu dalam konteks ini meliputi semua kelompok Melayu seperti yang ditakrifkan oleh Perlembagaan Persekutuan (Malaysia). Mengikut Perlembagaan itu ‘Melayu’ bererti seseorang yang menganut agama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan berwarganegara Malaysia. Sebelum merdeka, pada umumnya orang Melayu terbahagi kepada dua.

Pertama, “orang tempatan”, yang terdiri daripada anak negeri seperti Kedah, Kelantan, Pahang dan lain-lain. Kedua, “orang dagang” yang terdiri daripada mereka yang datang dari beberapa tempat di Nusantara termasuklah orang Jawa dari Pulau Jawa orang Aceh dari Sumatera Utara, orang Banjar dari Banjarmasin, Mendaliling dari Sumatera Tengah, orang Boyan dari Bawean dan lain-lain Setiap suku Melayu dagang itu mempunyai bahasa mereka sendiri yang tidak difahami antara satu sama lain. Namun sebaik sahaja mereka memilih untuk menetap di Malaya dan ‘masuk’ Melayu, mereka mempelajari bahasa Melayu yang merupakan lingua franca negara, untuk berinteraksi dengan orang tempatan dan apabila mereka sudah menguasai bahasa Melayu, maka taraf ‘dagang’ itu hilang dan mereka, sebagaimana orang tempatan, dikenali dengan orang Melayu, Semua mantera adalah yang belum dibukukan atau diterbitkan dan tidak termasuk mantera yang dituturkan dalam bahasa sukuan seperti Jawa, Banjar, Minangkabau dan sebagainya.

Mantera telah dikumpul dari semua negeri di daerah atau tempat yang dipilih secara rambang di Semenanjung. Namun begitu, dari segi geografi tempat atau daerah itu dipecahkan kepada tiga, iaitu kawasan kepulauan dan pinggir pantai, kawasan daratan, dan kawasan pedalaman. Kawasan pulau dan pinggir pantai meliputi Pulau Redang dan Chendering di Terengganu, Pulau Tioman di Pahang, Semerak dan Semut Api di Kelantan, dan Sedili serta Pontian di Johor.

Kawasan daratan dalam konteks ini merupakan tempat yang letaknya lebih daripada tiga batu dari pantai tetapi tidak sampai ke kawasan pedalaman. Ini biasanya meliputi kawasan pertanian seperti Sungai Besar di Selangor; Pasir Putih, Tanah Merah dan Pasir Mas di Kelantan; Bagan Serai dan Taiping di Perak; Alor Gajah di Melaka; Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan serta Kangar di Perlis.

Manakala kawasan pedalaman meliputi tempat yang belum dimajukan, bilangan penduduknya sedikit dan mereka bergantung hidup kepada sumber hutan. Tempat itu termasuklah kawasan pedalaman di daerah Temerloh dan Kuala Lipis, Pahang; kawasan Sik di Kedah; Hulu Terengganu di Terengganu dan Gua Musang di Kelantan. Pembahagian kawasan sedemikian dibuat berdasarkan tanggapan bahawa keadaan alam keliling turut mempengaruhi gaya hidup dar corak pemikiran masyarakat. Penduduk di kawasan pinggir pantai dan kepulauan yang banyak bergantung hidup kepada sumber laut memperlihatkan pemikiran dan kepercayaan mereka berkaitan dengan makhluk halus yang ada di laut seperti hantu laut. Kawasan daratan yang kebanyakan penduduknya tertumpu kepada sektor pertanian menampakkan terdapat kepercayaan dan pemikiran yang antara lain adalah berkaitan dengan semangat tanah dan pokok. Manakala kawasan pedalaman mempengaruhi pemikiran dan kepercayaan masyarakat kepads penunggu hutan dan jembalang binatang.

Hasil usaha pengumpulan bahan untuk buku ini penulis telah berjays memperolehi 2,670 buah mantera yang terdiri daripada berbagai-bagai jenis. Setelah meneliti semua mantera itu, penulis mengambil keputusan untuk memilih sepuluh peratus sahaja daripada jumlah itu. Ini bermakna hanya 267 buah mantera yang terpilih, dalam kajian Mantera Melayu: Analisis Pemikiran.

Weight0.608 kg
Dimensions24 × 16.5 × 2.2 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.