Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Januari dan Julai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Terbitan pertama bermula pada bulan Jun 2003. Walau bagaimanapun jurnal ini pernah dihentikan penerbitannya pada 2007 hingga 2012. Jurnal ini kembali diterbitkan pada Januari 2013 sehingga kini.
Jurnal ini membicarakan isu dan pemikiran dalam pelbagai bidang dalam Dunia Melayu berdasarkan penyelidikan akademik bagi merakamkan pelbagai sudut tamadun, budaya, pemikiran, kesenian dan kearifan Melayu umumnya. Makalah dalam jurnal ini ditulis dalam bahasa Melayu (untuk kebanyakan makalah) dan dibenarkan juga dalam bahasa Inggeris.
Peranan dan Penglibatan Orang Laut Johor-Riau semasa Era Kerajaan Melayu Tradisional
Roziah Mohamad Ali, Khairi Ariffin
Konflik Antara Sultan Mahmud Syah dengan Bendahara Seri Maharaja Tun Muzahir dan Kejatuhan Kota Melaka 1511
Azmi Arifin
Bahasa dan Identiti Penan Muslim di Kampung Tanjong Belipat, Niah: Satu Tinjauan Awal
Chong Shin
Sejarah, Adat dan Warisan Orang Asli Jahut di Pahang
Nur Faaizah Md Adam, Mohd Sharifudin Yusop
Bekalan Air Domestik Negeri Kedah dalam Rancangan Malaya Kedua 1960-1965
Mohd Firdaus Abdullah, Arba’iyah Mohd Noor
Logik Buddha Zaman Srivijaya dan Dampaknya dalam Pantun Melayu
Tee Boon Chuan
Cabaran Pelestarian Bahasa Melayu Menjelang Revolusi Industri Keempat
Arndt Graf
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet