Panglima Salleh Selempang Merah

ZAHARAH NAWAWI adalah penerima S.E.A. Write Award 1996.

DBP (Cetakan Keempat, 2018)
521 halaman

RM35.00

In stock

Panglima Salleh Selempang Merah mengisahkan tentang Salleh Abdul Karim, atau lebih dikenali Panglima Salleh Selempang Merah mengetuai kumpulan orang kampung untuk menentang kekejaman komunis. Nama Panglima Salleh terukir dalam sejarah tanah air kerana kepahlawanan menentang pasukan komunis yang bermaharajalela di kawasan selatan tanah air khususnya di Johor. Peristiwa berdarah yang tragik ini berlaku di sekitar penghujung zaman Perang Dunia Kedua. Nama Panglima Salleh telah menjadi “sinonim” dengan selempang merah kerana di situlah lambang kegagahan dan kepahlawanan beliau. Novel sejarah ini membawa kembali kenang-kenangan kegemilangan dan kepahlawanan bangsa Melayu masa lalu.

Dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan amalan Ayat Empat, Haji Mohd Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Ayer Kuning, Bakri, Muar. Pasukan pejuang di bawah pimpinan Haji Mohd Salleh terkenal dengan gelaran tentera parang panjang dan Selempang Merah iaitu sejenis kain selendang berwarna merah yang dibekalkan kepada setiap orang ketika menghadapi atau berhadapan dengan musuh.

Terdapat pelbagai kisah mengenai kehebatan ilmu kebatinan Haji Mohd Salleh dan pengkutnya mendakwa ramai Askar Bintang Tiga melihat beribu-ribu pejuang yang tinggi menggalah menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa mereka, sedangkan yang datang itu hanyalah Panglima Salleh dan pasukanya yang dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja. Walau apapun yang sebenarnya berlaku, yang jelas adalah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim berjaya menyekat kegiatan Askar Bintang Tiga pada masa itu secara berkesan sehinggalah pihak British kembali menjajah Tanah Melayu.

Weight0.527 kg
Dimensions20.2 × 13.2 × 2.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Shukri bin Zakaria (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.