Pendidikan Cina Malaysia Kontemporari: Cabaran dan Peluang

Disunting oleh THOCK KER PONG dan TAI LAY KENG

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2022)
312 halaman termasuk Indeks

RM68.00

In stock

Pendidikan Cina Malaysia Kontemporari: Cabaran dan Peluang membincangkan selok-belok dan gejolak perkembangan pendidikan Cina di Malaysia serta peluang dan cabaran yang dihadapi pendidikan Cina natijah kewujudan dua fenomena tersebut. Dari segi skop, pendidikan Cina yang dibincangkan merangkumi peringkat rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi yang dikupas melalui perspektif sejarah, sosial dan politik. Karya ini adalah penting untuk memahami latar belakang, kekuatan dan masalah pendidikan Cina di Malaysia dan kandungannya dapat mencetus idea untuk permasalahan kajian bagi seseorang penyelidik. Pendidikan Cina merupakan tonggak penting dalam pembentukan dan pengekalan identiti masyarakat Cina Malaysia, maka institusi pendidikan Cina sudah wujud dalam komuniti imigran Cina sejak mereka berhijrah ke Tanah Melayu untuk mencari nafkah dalam abad ke-19. Sekolah Cina yang terawal ialah Wufu Shuyuan yang ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1819. Semenjak pengasasan sekolah tersebut, pelbagai jenis sekolah Cina pada masa kini telah mengalami perjalanan getir dalam sejarah perkembangannya yang melangkaui 200 tahun. Sekolah Rendah Cina (SJKC) menawarkan pendidikan asas kepada kanak-kanak Cina. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJK) dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) pula membekalkan pendidikan menengah. Manakala di peringkat pendidikan tinggi, masyarakat Cina pula menubuhkan Kolej Universiti Selatan, Kolej Universiti New Era dan Kolej Universiti Komunikasi Han Jiang yang bertaraf tidak berkeuntungan (non-profit).

Sekolah-sekolah Cina di Malaysia sebenarnya memiliki cerita pahit di sebalik perkembangannya. Hal ini kerana institusi-institusi pendidikan Cina terpaksa bergantung pada sokongan dan derma dari masyarakat Cina setempat untuk membangun dan membina kemudahan fizikal sekolah. Umpamanya, walaupun SJKC dan SMJK merupakan sekolah kerajaan, namun segala perbelanjaan dalam pembinaan prasarana sekolah ditanggung oleh pihak Lembaga Pengurus sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah berkenaan. Kecenderungan ini memperlihatkan realiti kemandirian sekolah-sekolah . Cina ini bergantung pada sumbangan dan dukungan masyarakat Cina. Mereka berpegang kepada falsafah “kemiskinan tidak harus mengekang pelajaran anak-anak,” menyebabkan mereka bermurah hati dalam memberi derma kepada sekolah Cina. Selain membuat dermaan, usahawan-usahawan dan para pemimpin Cina yang menerajui persatuan-persatuan Cina tempatan juga berperanan sebagai pemimpin kepada Lembaga Pengurus sekolah dan PIBG sekolah Cina. Di peringkat nasional pula, beberapa persatuan peneraju Cina terutamanya Dong Jiao Zong memainkan peranan yang aktif dalam membela dan mempertahankan pendidikan Cina sejak tahun 1951. Pada tahun 1951, Laporan Barnes diumumkan dan laporan ini mengesyorkan pemansuhan aliran pendidikan vernakular oleh pihak penjajah British, Para guru dan aktivis pendidikan Cina khuatir sekolah-sekolah Cina bakal dibubarkan menyebabkan mereka menentang Laporan Barnes, Semenjak itu, lahir satu gerakan sosial masyarakat Cina yang dikenali sebagai gerakan pendidikan Cina yang masih bergerak cergas hingga masa kini.

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, para pendukung dan aktivis gerakan pendidikan Cina memilih pendidikan bahasa ibunda sebagai wahana aktivisme mereka. Landasan gerakan yang berteraskan multilingualisme ini bertentangan dengan pegangan Malaysia yang bertunjangkan monolingualisme. Maka pendidikan Cina sering dianggap oleh pemerintah sebagai elemen yang menyumbang kepada pemisahan dan perpecahan dalam masyarakat majmuk. Hal yang demikian menyebabkan sekolah-sekolah Cina kurang menerima layanan yang adil daripada kerajaan dan mendepani pelbagai kekangan akibat pelaksanaan dasar-dasar pendidikan negara. Sungguhpun demikian, pendidikan Cina didapati berkembang dengan baik di Malaysia malah melalui usaha gigih pelbagai pihak, sekolah-sekolah Cina turut menyumbang kepada penjanaan modal insan kepada negara. Sekolah Cina di pelbagai peringkat telah memperoleh sokongan yang memberangsangkan dari masyarakat Cina. Contohnya data Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2012 menunjukkan 96 peratus ibu bapa keturunan Cina menyekolahkan anak-anak mereka di SJKC. Malah sekolah-sekolah Cina ini turut diterima baik oleh ibu bapa bukan Cina. Kecenderungan ini menunjukkan sekolah-sekolah Cina memiliki kelebihan berbanding dengan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) ataupun Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Kelebihan ini perlu diteliti dan diselidik agar sekolah-sekolah kerajaan yang lain dapat memperoleh manfaat yang sama dengan sekolah Cina.

Prakata

1. Perkembangan Sekolah Cina dalam Era Globalisasi dan Penyebaran Bahasa Inggeris
Tan Yao Sua

2. Pertambahan Murid Bukan Cina di SJKC: Masalah Pembelajaran dan Cabaran kepada Pentadbiran Sekolah
Thock Ker Pong & Chew Fong Peng

3. Murid Melayu di SJKC: Kajian di Kelantan
Julia Tan Yin Yin

4. Kecemerlangan Akademik SJKC: Kajian Amalan Kepemimpinan Instruksional Guru Besar Cemerlang
Tai Lay Keng

5. Kompetensi, Orientasi dan Sikap Guru-Guru Pelatih Melayu dalam Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Bahasa Cina
Tan Chor Ter

6. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Cina di Sekolah Kebangsaan: Cabaran Guru Bukan Penutur Jati
Tai Lay Keng

7. Dilema Dwipeminggiran Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK)
Cheong Yuen Keong

8. Sekolah Menengah Persendirian Cina: Sejarah Perkembangan dan Keunikan Model Pendidikan
Thock Ker Pong & Wang Xiaomei

9. Institusi Pengajian Tinggi Swasta Komuniti Cina: Gerakan Penubuhan dan Cabaran
Cheong Yuen Keong

10. Dilema Pendidikan Cina di Malaysia, 1957-2018: Ranjau Sepanjang Jalan
Thock Ker Pong

11. Peneraju Perkembangan Pendidikan Cina Malaysia: Kajian Kes Dong Jiao Zong
Thock Ker Pong

12. Cabaran Gerakan Pendidikan Cina Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14
Cheong Yuen Keong

Indeks

Weight0.494 kg
Dimensions22.7 × 15.1 × 1.8 cm
Author(s)

, , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.