Raja Ali Haji: Pemikir Ulung Alam Melayu Abad ke-19

Senarai penulis:
SIDDIQ FADZIL
AHMAD ZAKI ABDUL LATIFF
FAIRUZAH BASRI
KHALIF MUAMMAR A. HARRIS
WAZZAINAB ISMAIL
HAFIDA MOHAMED NORDIN
ARBA’IYAH MOHD. NOOR
AYU NOR AZILAH MOHAMAD
ABU HASSAN SHAM
TATIANA A. DENISOVA
NORFAZILA AB. HAMID
ROHAINI AMIN
ZURINA ABDULLAH

DBP (Cetakan Kedua, 2017)
228 halaman termasuk Indeks

RM28.00

In stock

Raja Ali Haji: Pemikir Ulung Alam Melayu Abad ke-19 mengandungi himpunan sembilan hasil kajian yang diusahakan oleh kalangan sarjana dan peneliti persuratan Melayu. Ketokohan dan sumbangan kepengarangan Raja Ali Haji dalam pelbagai genre telah dikupas dengan mendalam daripada pelbagai tanggapan dan pendekatan. Inti pati pemikiran dan estetika susastera Raja Ali Haji dalam membina dan memantapkan sahsiah ummah dan bangsa Melayu telah dapat disingkap. Buku ini bermanfaat sebagai rujukan penting warisan peradaban persuratan Melayu khususnya untuk mengenali tokoh dan karya-karya pujangga silam.

Sumbangan Raja Ali Haji (1808-1873) sebagai seorang pujangga tersohor di rantau Nusantara dengan sejumlah 12 buah karya persuratan dan susastera yang dihasilkannya dalam pelbagai bidang ilmu, sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Dalam usaha untuk menghargai dan mendalami pemikiran tokoh Nusantara ini, maka kajian terhadap kepengarangannya dan karyakarya yang dihasilkan sewajarnya dilaksanakan. Dengan hasrat yang sedemikian, Dewan Bahasa dan Pustaka mengusahakan sebuah penerbitan sebagai menghargai sumbangan besar tokoh tersebut. Hasil kajian ini dapat mengupas dan menganalisis sumbangan pemikiran tokoh Raja Ali Haji menerusi karya-karya yang dihasilkan untuk memberikan manfaat kepada khalayak mendalami inti pati pemikirannya.

Naskhah-naskhah Persuratan Melayu lama merupakan karya pelbagai genre telah menyebabkan penduduk tempatan turut menghasilkan karya dalam pelbagai genre. Mereka menggunakan pendekatan prosa riwayat ataupun puisi untuk membicarakan tentang pelbagai aspek seperti aspek agama, politik, ketatanegaraan, perundangan, sejarah, kesusasteraan dan sebagainya. Tidak terkecuali juga, Raja Ali Haji yang telah merintis ketokohan ayahnya, Raja Ahmad dan beberapa pengarang yang lain, telah menghasilkan beberapa buah karyanya seperti Tuhfat al-Nafis, Silsilah Melayu dan Bugis, Bustan al-Katibin, Muqaddimah fi Intizam al-Wazaif al-Muluk, Kitab Pengetahuan Bahasa, Thamarat al-Muhimmah, Sinar Gemala Mestika Alam, Syair Abdul Muluk, Suluh Pegawai, Syair Hukum Nikah, Syair Siti Sianah dan Gurindam Dua Belas.

Dalam menghasilkan karya, Raja Ali Haji telah menggunakan khidmat daripada beberapa jurutulis yang mahir dalam penulisan manuskrip. Bagi membezakan diri beliau dengan Raja Ali yang lain, perkataan Haji diletakkan di hujung perkataan Ali dan ini menjadikan namanya begitu unik berbanding pengarang lain.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong Raja Ali Haji mahupun beberapa pengarang lain untuk terus mengarang karya-karya Melayu. Pertama, kegiatan keagamaan di Pulau Penyengat pada abad ke-19 begitu pesat sehingga menjadi faktor pendorong kepada perkembangan kegiatan kesusasteraan Melayu. Pada ketika ini, ajaran tasawuf telah berkembang luas di Pulau Penyengat dengan kehadiran ramai ulama sufi dan fikah. Misalnya Syeikh Ismail dari Jawa, Syeikh Ahmad Jibrati, Tuan Syahab al-Din, Tuan Haji Abd al-Wahab dan sebagainya. Malah tarekat Naqsyabandiyah yang dipegang oleh mereka turut dinaungi oleh beberapa tokoh Riau seperti YDM Raja Ali, YDM Raja Haji Abdullah yang turut dikenali sebagai Marhum Mursyid dan YDM Raja Muhammad Yusuf. Pada zaman YDM Raja Muhammad Yusuf, pembimbing tarekat ini ialah Muhammad Shalih al-Zawawi yang bukan sekadar mengajar raja-raja malah turut membimbing ahli keluarga diraja seperti Raja Ali Haji dan para pembesar yang lain.

Weight0.303 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.3 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Rafizal Ali (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.