Out of stock

Sabah dalam Persekutuan Malaysia: MA63 sebagai Kontrak Sosial

ARMIZAN MOHD ALI adalah Setiausaha Eksekutif BERSATU Sabah.

ITBM (Cetakan Pertama, 2020)
166 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM30.00

Out of stock

Sabah dalam Persekutuan Malaysia: MA63 sebagai Kontrak Sosial merupakan satu usaha pendokumentasian fakta dan sejarah bersandarkan teori dan dapatan kajian dengan kaedah yang difikirkan perlu. Banyak tumpuan diberikan kepa bahan-bahan yang menyentuh huraian berhubung kontrak sosial, latar belakang dan proses pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan selanjutnya Persekutuan Malaysia, dokumen-dokumen penting seperti Memorandum 20 Perkara, Memorandum MSCC, Laporan IGC, Perjanjian Malaysia 1963, Rang Undang-undang Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan. Dapatan ini ialah sandaran bagi mengukuhkan hujah yang dibentangkan di dalam buku ini.

perbincangan di dalam buku ini telah meletakkan landasan untuk menjawab permasalahan berhubung kepelbagaian naratif dalam diskusi berhubung isu hak, status dan kedudukan Sabah dalam Persekutuan Malaysia, yang telah membawa kepada kekeliruan dan polemik berpanjangan. Diskusi berhubung isu tersebut perlu bersandarkan kepada naratif yang tepat supaya ia tidak dianggap bersifat kenegerian (state-centric), yang menjadikannya hanya relevan untuk masyarakat Sabah dan hanya penting bagi satu pihak, iaitu negeri Sabah serta tidak signifikan untuk pihak lain khususnya Kerajaan Persekutuan.

Membincangkan dan sekali gus memperjuangkan isu hak, status dan kedudukan Sabah dalam kerangka naratif kontrak sosial antara wilayah akan meletakkan isu ini sebagai satu agenda nasional, yang perlu diiktiraf oleh semua pihak. Hal ini sekali gus meletakkan tanggungjawab kepada semua pihak berkepentingan untuk memperakui hak istimewa dan kedudukan khas Sabah serta mematuhi dan melaksanakan kewajipan yang telah dipersetujui bersama, sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang tertinggi negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan dan ikatan kontrak antara wilayah dalam MA63.

Pada masa yang sama, kesemua elemen penting teori kontrak sosial yang dikenal pasti tersebut telah menjadi asas dan kerangka dalam perbincangan di setiap bab. Selain memahami aplikasi lima teras elemen penting teori kontrak sosial yang dikenal pasti relevan, bab-bab seterusnya juga telah menyentuh berkenaan penelitian latar belakang dan sejarah pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Kupasan berkenaan elemen sifat semula jadi dan senario semasa wilayah-wilayah yang kemudiannya telah membentuk Malaysia dengan fokus kepada faktor Borneo Utara turut diperluas di dalam buku ini. Sifat semula jadi dan senario semasa di Borneo Utara dan wilayah-wilayah berkaitan telah menjadi pendorong kepada persetujuan untuk membentuk kontrak sosial dan sekali gus bergabung membentuk Persekutuan Malaysia. Antaranya, kehendak umum untuk merdeka dan hasrat menikmati pembangunan ekonomi, sosial dan pendidikan serta ancaman Indonesia dan Filipina telah mendorong penduduk Sabah memilih untuk bersama membentuk Malaysia.

Di pihak Persekutuan Tanah Melayu, isu keselamatan seperti ancaman komunis dan keseimbangan kaum telah menjadi antara faktor utama merintis gagasan Malaysia. Gelombang dan trend penyahjajahan serta beban kewangan yang ditanggung, sama ada pada peringkat domestik dan wilayah-wilayah jajahan yang perlu dipulihkan pasca-Perang Dunia Kedua, telah membuatkan British menyokong dan menggerakkan idea Malaysia.

Sementara itu, perihal berkaitan elemen perundingan dan kehendak umum serta permuafakatan dan perjanjian turut dibincangkan. Perbincangan tersebut merangkumi latar belakang dan proses pembentukan Malaysia yang melibatkan pelbagai platform siri rundingan dan kehendak umum yang dikenal pasti, dibentuk dan dicapai dalam peristiwa-peristiwa dan dokumen-dokumen berkaitan. Hal ini termasuklah CPA, MSCC, Suruhanjaya Cobbold, Memorandum 20 Perkara dan IGC. Kupasan telah menunjukkan kesinambungan di antara setiap platform perundingan sebagai satu proses yang saling melengkapi.

Setiap platform juga merintis kehendak umum semua pemegang taruh untuk membina Malaysia. Proses perundingan melibatkan pernyataan hasrat, kebimbangan, kehendak dan elemen tawar-menawar yang akhirnya dapat diharmonikan melalui kompromi, toleransi dan jaminan perlindungan. Semua proses awal ini akhirnya membawa kepada permuafakatan yang berbentuk komitmen dan persetujuan untuk merealisasikan pembentukan Malaysia, yang kemudiannya termaktub dalam bentuk sebuah perjanjian.

Selain huraian yang melengkapkan fasa akhir sejarah pembentukan Malaysia, di dalam bab akhir Sabah dalam Persekutuan Malaysia: MA63 sebagai Kontrak Sosial penulis memberikan fokus kepada kepentingan dan kedudukan MA63 dalam pembentukan Malaysia yang merupakan objektif kedua kepada kajian ini. MA63 merupakan sijil lahir kepada Malaysia, dengan mengambil kira kedudukannya sebagai dokumen yang telah membawa lima pihak (British, Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura) menandatangani perjanjian untuk memuktamadkan gagasan pembentukan Malaysia. Perjanjian ini juga telah menjadi teras dan penghubung di antara proses awal dan proses pelengkap di fasa akhir. Proses awal melibatkan siri perundingan, pembentukan kehendak umum dan permuafakatan.

MA63 sebagai sebuah dokumen perjanjian yang bersifat triti pada peringkat antarabangsa dan selanjutnya menjadi pemangkin kepada berlangsungnya proses pelengkap dan pengakhiran dalam penubuhan Malaysia iaitu penetapan bentuk kerajaan dan sistem pemerintahan serta penggubalan undang-undang, yang kedua-duanya juga merupakan elemen utama dalam teori kontrak sosial. Signifikansi MA63 ini telah menentukan kedudukannya sebagai teras kontrak sosial dalam pembentukan Persekutuan Malaysia dan semangat serta prinsipnya akan terus relevan dalam proses pengisian pembinaan Malaysia pasca pembentukan, hari ini dan masa depan.

Kata Pengantar
Prakata
Penghargaan
Senarai Singkatan

1. Sabah dan Idea Penubuhan Persekutuan Malaysia
Isu Legasi
Status dan kedudukan Sabah dalam Pembentukan Persekutuan Malaysia
— Teori Kontrak Sosial
— Perlembagaan Persekutuan, MA63 dan Kontrak Sosial
— Perjanjian Malaysia 1963 dan Kedudukan Khas Sabah

2. Kontrak Sosial dan Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
Latar Belakang Teori Kontrak Sosial
Elemen-elemen Kontrak Sosial dalam Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
— Sifat Semula Jadi (State of Nature) dan Senario Semasa
— Perundingan dan Kehendak Umum (General Will)
— Permuafakatan dan Perjanjian
— Penetapan Bentuk Kerajaan/ Sistem Pemerintahan
— Pengubalan Undang-undang
Rumusan

3. Sabah Sebelum Pembentukan Malaysia
Pemerintahan Kesultanan Brunei dan Sulu di Borneo Utara
Pendudukan Kuasa-kuasa Barat di Borneo Utara
Pendudukan Jepun di Borneo Utara
Borneo Utara sebagai Koloni Jajahan Mahkota British (British Crown Colony)
Rumusan

4. Pembentukan Malaysia
Idea dan Cadangan Awal Pembentukan Persekutuan Malaysia
Faktor-faktor Utama Mempengaruhi Kemunculan Idea Pembentukan Persekutuan Malaysia 1963
Reaksi Awal Borneo Utara terhadap Idea Penubuhan Persekutuan Malaysia
Proses Pembentukan Persekutuan Malaysia
— Persidangan Persatuan Parlimen Komanwel (CPA)
— Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (MSCC)
— Suruhanjaya Cobbold
— Memorandum 20 Perkara
— Jawatankuasa antara Kerajaan (IGC)
Rumusan

5. Kepentingan dan Kedudukan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)
Latar Belakang Perjanjian Malaysia 1963
Inti Pati Perjanjian Malaysia 1963
MA63 sebagai Kontrak Sosial
Rumusan

Nota Hujung
Bibliografi
Indeks
Biodata Pengarang

Weight 0.247 kg
Dimensions 21 × 14 × 1 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sabah dalam Persekutuan Malaysia: MA63 sebagai Kontrak Sosial”

Your email address will not be published. Required fields are marked *