Sangeetha mengisahkan mengenai seorang wanita tua berbangsa India, berusia 80 tahun yang jatuh cinta dengan Derus, lelaki tua berbangsa Melayu yang berusia 70 tahun. Derus tidak pernah berkahwin, seorang bekas posmen pencen, membantu Viralal untuk membersihkan rumah, kereta moris minor, menjaga burung merbuk dan halaman rumah Viralal dan Sangeetha. Hubungan mereka terlalu baik. Manakala Sangeetha seorang wanita kaya, setelah kematian Viraral, dia menjadi janda kaya, hartawan dan dermawan terkenal di merata dunia hasil dari sumbangannya untuk pelbagai pertubuhan dan anak-anak miskin. Setelah kematian Viralal dalam keadaan ia memeluk agama Islam, disaksikan pula oleh Derus dan jururawat dalam ambulan, Sangeehta tiada berasa sesuatu yang pelik atau marah atau tidak suka dengan Derus. Karya Azizi Haji Abdullah ini akan membawa pembaca ke dunia mereka yang penuh kesunyian. Inilah kisah cinta dan simpati antara dua budaya berbeza yang disatukan dengan kehadiran muzik tradisional.
Sangeetha
AZIZI HAJI ABDULLAH adalah penerima S.E.A. Write Award 1988.
DBP (Cetakan Kedua, 2022)
484 halaman
RM50.00
In stock
Weight | 0.391 kg |
---|---|
Dimensions | 18.4 × 11.5 × 2.3 cm |
Author(s) | |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Year Published |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet