Sastera Rakyat Pahang

Penyelenggara:
HASHIM AWANG
MADIAWATI MAMAT @ MUSTAFFA
ROHAYATI JUNAIDI
TENGKU INTAN MARLINA TENGKU MOHD ALI

Penerbit UPM (Cetakan Pertama, 2019)
362 halaman termasuk Bibliografi

RM58.00

In stock

Sastera Rakyat Pahang mengandungi 15 buah cerita rakyat yang merangkumi pelbagai tema dan persoalan yang menepati ciri-ciri sastera rakyat yang sedia ada. Tema sastera rakyat Pahang ini antaranya berkisarkan pengembaraan, peperangan, percintaan, peranan unsur luar biasa dan kesaktian. Cerita ini disalin semula dengan mengekalkan dialek tempatan agar keaslian cerita dapat dikekalkan.

Tema dan persoalan cerita yang diterbitkan dalam buku ini luas, iaitu merangkumi tema percintaan, kesaktian, pengembaraan, pendidikan, kritikan dan kisah kemasyarakatan. Kisah-kisah yang dipaparkan bukan sahaia berkisarkan tentang anak-anak raja, tetapi juga watak rakyat biasa. Rakyat biasa digambarkan mengalami kesusahan hidup dan mengembara untuk menyelesaikan masalah mereka. Selain itu, terdapat iuga cerita-cerita yang menunjukkan hubungan antara watak yang terdiri daripada manusia dengan watak-watak binatang. Watak-watak binatang diperlihatkan boleh bertutur dan mempunyai kesaktian yang tertentu sebagaimana ciriciri sebuah cerita rakyat, iaitu sebuah cerita hiburan yang memaparkan pemikiran masyarakat sesebuah zaman.

Pengumpulan dan dokumentasi cerita lisan perlu dilakukan agar cerita yang dituturkan secara lisan oleh tukang cerita dapat dicetak, diteliti dan dikaii oleh pelbagai pihak. Sebagaimana yang diketahui, sastera rakyat merupakan sastera awal yang memaparkan tatacara hidup, kepercayaan, seiarah dan sosio budaya sesebuah masyarakat. Justeru itu, pelbagai pemikiran, gerak laku dan kebiiaksanaan masyarakat dahulu terielma dalam penceritaan sastera rakyat. Hal yang sama iuga terkandung dalam sastera rakyat Pahang yang telah dikumpul dan ditranskripsi.

Pada peringkat awal, pengumpulan sastera rakyat Pahang ditumpukan kepada pengumpulan dan pendokumentasian sastera rakyat koleksi Zakaria Hitam (Pak Zek), yang merupakan tokoh budayawan negeri Pahang. Sebanyak 71 buah cerita lisan Pahang telah beriaya dikumpul daripada pelbagai tema. Namun sebagai langkah permulaan, hanya 15 buoh cerita daripada pelbagai diterbitkan dalam buku ini. Cerita-cerita ini didokumentasikan dengan ilustrasi menarik yang disesuaikan dengan penceritaannya.

Cerita-cerita ini ditranskripsi dengan mengekalkan dialek tempatan bagi memperlihatkan kesan keaslian cerita masyarakat Pantai Timur, khususnya di negeri Pahang. Bagi tujuan pemahaman, buku ini juga menyediakan glosari ringkas bagi menjelaskan maksud kata dialek yang tidak difahami oleh pembaca.

Weight0.618 kg
Dimensions24.1 × 16.4 × 1.9 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.