Sejarah Sarawak

BUYONG ADIL adalah sejarawan dan guru yang bertugas di Maktab Perguruan Sultan Idris sekitar tahun 1930-an. Beliau menghasilkan Sejarah Alam Melayu Penggal IV dan Penggal V, dan menjadi buku teks di sekolah-sekolah Melayu sebelum merdeka.

DBP (Cetakan Kedua, 2022)
161 halaman termasuk Indeks

RM20.00

Only 1 left in stock

Product ID: 31603 Subject: Sub-subjects: , ,

Sejarah Sarawak diceritakan sejak Zaman Batu (Stone Age) sehinggalah ke zaman sekarang ini. Buku ini mengandungi sejarah Sarawak mula didiami oleh orang Cina; bumiputera asli di Sarawak; Orang Melayu mula datang ke Sarawak; Pengeran Mahkota seorang pegawai dari kerajaan Brunei datang membuka bandar Kuching (Sarawak) lalu memerintah di situ; pergaduhan antara orang Melayu yang telah sedia ada di Sarawak diketuai oleh Datu Patinggi Ali, dengan orang besar-besar Brunei yang ada di Sarawak diketuai oleh Pengeran Mahkota dan Pengeran Muda Hasyim; James Brooke datang ke Sarawak lalu bersahabat baik dengan Pengeran Muda Hasyim; James Brooke jadi Raja Sarawak yang pertama diangkat oleh Pengeran Muda Hasyim; Sultan Brunei menyerahkan negeri Sarawak kepada James Brooke; James Brooke menentang beberapa orang panglima Sarawak dan bumiputera Sarawak, terutama orang Iban, yang tidak suka orang putih memerintah di Sarawak; pemerintah British mendirikan beberapa buah kota di seluruh Sarawak bagi melawan penentangan bumiputera Sarawak terhadap British; Charles Brooke anak saudara James Brooke jadi Raja Sarawak yang kedua, dan bumiputera Sarawak terus juga melawan pemerintahan British di Sarawak; Charles Vyner Brooke anak Charles Brooke jadi Raja Sarawak yang ketiga, dan dialah keluarga Brooke yang akhir jadi Raja Sarawak; Tentera Jepun datang ke Sarawak; Sarawak dijadikan jajahan Crown Colony British, dan akhirnya Sarawak bersekutu dalam Malaysia.

Dalam buku ini tidak juga ketinggalan disebutkan nama-nama tokoh di Sarawak yang telah jadi Ketua Negeri (Gabenor) dan Ketua Menteri di Sarawak sejak Sarawak bersekutu dalam Malaysia, kerana tokoh-tokoh itulah yang telah bertungkus lumus memajukan Sarawak sehingga Sarawak jadi seperti yang didapati sekarang ini.

Kata Pengantar
Prakata

Bahagian 1
SARAWAK PADA ZAMAN DAHULU KALA

Bahagian 2
BUMIPUTERA ASLI DI SARAWAK

Bahagian 3
PEMERINTAHAN DI SARAWAK SEBELUM DIDATANGI OLEH JAMES BROOKE

Bahagian 4
JAMES BROOKE MULA DATANG KE SARAWAK

Bahagian 5
JAMES BROOKE JADI RAJA SARAWAK YANG PERTAMA DAN HAL EHWAL DI SARAWAK PADA MASA PEMERINTAHANNYA 1840-1868

Bahagian 6
SARAWAK DALAM PEMERINTAHAN CHARLES BROOKE, RAJA SARAWAK YANG KEDUA (1868-1917)

Bahagian 7
SARAWAK DALAM PEMERINTAHAN CHARLES VYNER BROOKE, RAJA SARAWAK YANG KETIGA (1917-1946)

Bahagian 8
SARAWAK JADI CROWN COLONY DAN KEMUDIANNYA BERSEKUTU DALAM MALAYSIA

Indeks

Weight0.21 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.