Seketul Hati Seorang Pemimpin

Shahnon Ahmad (13 Januari 1933 – 26 Disember 2017) adalah seorang penulis Malaysia yang mendapat gelaran Sasterawan Negara pada 1982 serta merupakan bekas Ahli Parlimen. Beliau juga merupakan seorang Profesor Emeritus di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

DBP (Cetakan Keempat 2010)
296 halaman

RM25.00

In stock

Product ID: 704 SKU: 9789836209696 Categories: , , Tags: , ,

Seketul Hati Seorang Pemimpin menghimpunkan 15 buah cerpen Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang terilham daripada penekanan yang mengharu dan menggelisahkan jiwa serta elemen-elemen yang berkembang sebelumnya. Hal ini boleh terjadi melalui iklim politik kebadutan, kenangan-kenangan silam, keyakinan akan kekuasaan Tuhan dan sebagainya. Di samping itu, bagi Shahnon, sejarah adalah guru yang baik hati. “Kita banyak belajar darinya. Kita memarahinya tapi kita juga menyayanginya. Dengan sejarah kita menangis dan insaf … juga memperjelaskan sejarah kita siapa yang benar-benar berkuasa di alam raya ini …”

“Kemenangan perjuangan yang sebenar-benarya sebagai khalifah Allah, sebagai Da’i bukan boleh diperhitungkan dengan bilangan jari. Bukan dengan bisingnya sorak-sorai, banyaknya bunga manggar atau banyaknya beras kunyit ditabur atas permaidani. Bukan dengan kekayaan dan pujian. Dalam kesepian pun ada kemenangan. Dalam kemiskinan pun ada kekayaan. Dalam kebisuan pun kita berkata. Dalam kekalahan pun kita menang.”

An teringat kembali dalam detik kesepian itu untuk menebus kelemahan hatinya. Ini ucapan yang dibuat oleh ulama yang terkenal dalam satu majlis usrah yang diaturkan oleh para sahabatnya dahulu. Ucapan itu begitu panjang menyentuh kebalikan nilai yang telah sebati kini dan ulama cuba mengubah nilai itu satu per satu. Ada kekalahan dalam kemenangan dan sebaliknya. Ada kekayaan dalam kemiskinan dan sebaliknya. Ada kepapaan dan keruntuhan dalam pembangunan dan sebaliknya. Ada kecantikan dalam kehodohan dan sebaliknya. Ada kesepian dalam sorak-sorai dan sebaliknya. Ada kekotoran yang melengket dalam kebersihan yang putih melepak dan sebaliknya.

An masih ingat. Seorang sahabat yang duduk di belakang mencuit pinggangnya. Tersentak dia dibuatnya. Sahabat itu berbisik. Ada iblis dalam serban. Ada syaitan dalam jubah. Ada maksiat dalam pondok. Ada riak dalam ketayap pak lebai.

(ms. 49)

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.285 kg
Dimensions 11.5 × 1.8 × 18.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789836209696

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Seketul Hati Seorang Pemimpin”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.