Sesayup Jalan

ZURINAH HASSAN adalah penerima Anugerah Sastera Negara 2016 dan S.E.A Write Award 2004.

Penerbit USM (Cetakan Semula, 2023)
71 halaman

RM20.00

Only 1 left in stock

Product ID: 34501 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Sesayup Jalan merupakan sebuah kumpulan puisi pertama Zurinah Hassan yang ditulis dari tahun 1967 sehingga 1973. Tahun 1967 merupakan tahun yang penting dalam riwayat pengkaryaan penulis. Pada tahun tersebut sajak-sajak penulis telah mula menembusi akhbar-akhbar mingguan iaitu Utusan Zaman, Warta Mingguan, Berita Minggu, serta majalah bulanan seperti Mastika, Dewan Masyarakat dan Dewan Sastera. Tahun 1967 bukanlah tahun penulis mula berkarya. Penulis berkarya sejak tahun 1962 iaitu seawal usia 12 tahun dan menghantar sajak, pantun, coretan-coretan kecil ke rancangan kegemarannya, iaitu rancangan Taman Kanak-Kanak yang dikelolai oleh Siti Hawa Zain di Radio Malaya yang dipancarkan dari Singapura.

Jumlah sajak yang penulis hasilkan dan terbitkan dari tahun 1967 hingga 1973 lebih daripada jumlah yang dimuatkan dalam Sesayup Jalan. Penulis tidak memasukkan semuanya ke dalam kumpulan ini kerana sebagai karya awal penulis merasa ada yang tidak layak dibukukan. Pada keseluruhannya sajak-sajak ini merupakan suara hati seorang anak muda, dan dibahagikan kepada tiga tema terbesar. Bahagian Pertama dimulakan dengan sajak-sajak tentang USM yang menyatakan keindahan kampus dan misi sebuah universiti. Sajak-sajak di Bahagian Kedua adalah perjalanan diri yang resah mencari erti kehidupan dan Bahagian Ketiga bertema kemasyarakatan khasnya penderitaan rakyat yang dilalui di dalam negara dan di serata dunia.

Kata Pengantar
Prakata
Surat Mesra dari Saya

Bahagian Pertama
1. Sayu Mata Memandang
2. Buat C.P. yang Mengilhamkan
3. Di Minden

Bahagian Kedua
4. Bersama Debu Maya
5. Di Sini Tiada Perhentian
6. Clockwise
7. Di Padang Pasir Yang Penuh Manusia
8. Laut Subuh Hari
9. Ombak Di Kaki Ombak Di Hati
10. Suara Dalam Hujan
11. Lagu Pantai Cinta Berahi
12. Dalam Perjalanan
13. Bahawa Aku Pernah Hidup
14. Seketika, Terkenang Padamu Mama
15. Pulang
16. Orang-Orang Pelarian
17. 1971
18. Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang
19. Ranting
20. Jalan Kecintaan
21. Dari Mimpi ke Mimpi
22. Pantai Seribu Tafsiran

Bahagian Ketiga
23. Sungai Tiang
24. Anak-Anak Rambutan Putik
25. Tanjung Dawai
26. Terlantar
27. Sampai Kini
28. Pelukis Aku dan Pantai
29. Kawan
30. Sampai Bila
31. Jalan ke Paris
32. Hari Jahanam
33. Darul Aman
34. Pada Janji Para Saintis
35. Pertemuan di Daerah Luka
36. Pemilik Kuasa
37. Revolusi

Weight0.128 kg
Dimensions21 × 14.8 × 0.7 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.