Out of stock

Shahnon Ahmad dalam Kenangan: Apabila Nyawa di Hujung Julai

Diselenggara oleh SOHAIMI ABDUL AZIZ

ITBM (Cetakan Pertama, 2019)
229 halaman termasuk Rujukan

RM35.00

Out of stock

Shahnon Ahmad dalam Kenangan: Apabila Nyawa di Hujung Julai mengemukakan perspektif Shahnon pada masa-masa terakhirnya sebagai manusia sebelum pergi menghadap Penciptanya. Shahnon telah meninggal dunia pada 26 Disember 2017 pada usia 84 tahun. Beliau menderita penyakit pneumonia dan pada ketika umurnya memasuki gerbang senja, fokusnya adalah tentang kematian dan kemanusiaan. Kerana itu, beliau telah melahirkan karya-karya yang membincangkan fasa terakhir kehidupan manusia; dan tajuk buku ini “Apabila Nyawa di Hujung Julai” menjelaskan suatu hakikat kehidupan manusia yang akan dilalui apabila hayatnya panjang.

Dalam hal ini, sepanjang menanggung penderitaan, beliau masih mengarang dan menghasilkan karya-karyanya. Perspektif baharu ini terdapat dalam Bab 1, Bab 2, dan Bab 3. Tajuk kecil “Di Hujung Nyawa” jelas memperkatakan Shahnon sebagai manusia yang berada di hujung usianya yang sentiasa mengingati kematian dan Tuhannya. Oleh sebab tidak banyak karya Shahnon yang membincangkan tema dan persoalan menjelang kematian, maka perspektif baharu ini terhad tetapi belum pernah diperkatakan dalam buku seperti ini. Satu lagi perspektif baharu yang cuba diketengahkan ialah kajian bandingan dan dimensi pelancongan sastera dan media baharu seperti dalam Bab 8 hingga Bab 13.

Shahnon Ahmad dinobatkan sebagai Sasterawan Negara kerana sumbangannya yang besar terhadap perkembangan Kesusasteraan Melayu. Dua genre sastera yang digelumangi beliau talah novel dan cerpen. Novel Rentong (1965) dan Terdedah (1965) merupakan dua novelnya yang awal. Novelnya yang paling terkenal ialah Ranjau Sepanjang Jalan (1966) dan novel ini sinonim dengan pengarangnya. Semenjak menghasilkan Rentong, Shahnon terus menulis novel, cerpen, dan beberapa genre lain seperti memoir dan autobiografi. Novel-novelnya yang lain termasuk Menteri (1967), Srengenge (1973), Tok Guru (1988), Tunggul-tunggul Gerigis (1989), Patriarch (1991), TIVI (1995), dan Sutan Baginda (1997), manakala kumpulan-kumpulan cerpennya termasuk Anjing-anjing (1964), Seketul Hati Seorang Pemimpin (1989), dan Debu Merah (1965). Antara karya beliau yang terbaharu termasuk Revolusi yang Ditangguhkan (2009) dan Kembara Seorang Hamba (2010).

Hubungan antara karya sastera dengan persekitarannya sangat erat, seperti nyawa dengan badan. Shahnon telah menempuh dan mengalami pelbagai peristiwa yang memberikan kesan kepada proses kreatifnya. Persekitaran yang silih berganti telah membawa perubahan kepada dirinya dan karya yang dihasilkannya. Perubahan umur juga memberikan kesan psikologi terhadap karya yang dihasilkannya. Maka, kemunculan karya-karya Shahnon pasti ada yang menarik untuk diteliti seperti Revolusi yang Ditangguhkan yang merupakan suatu memoir politik yang sarat dengan nuansa Islam.

Kehidupan desa begitu sinonim dengan Shahnon kerana beliau berasal dan sebuah desa yang terpencil lagi miskin. Kehidupan kedesaan ini bukan sahaja mempengaruhi beliau dalam penghasilan fiksyennya, malah turut membentuk beliau menjadi manusia yang peka akan kehidupan hijau yang mewarnai dan menghiasi ruang desa tempat beliau dilahirkan dan dibesarkan, iaitu Kampung Banggol Derdap, di Sik, Kedah. Sehubungan dengan itu, karya-karya beliau memperlihatkan kecenderungannya untuk mendekat alam sebagai seorang pencinta alam sekitar. Terdapat beberapa buah novel beliau yang memperlihatkan kecenderungan ini, seperti Srengenge dan memoir beliau yang bertajuk Detik-detik Diri di Daerah Daif.

Prakata

Pengenalan

DI HUJUNG NYAWA

Bab 1 — “Durian DI Hujung Julat” dalam Kembara Seorang Hamba: Satu Kajian Strategi Naratif

Bab 2 — Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi: Satu Kajian Berdasarkan Teori Autobiografi

Bab 3 — Revolusi Yang Ditangguhkan: Shahnon Ahmad Beruzlah

Bab 4 — Rahsia Penghasilan Karya-Karya Shahnon di balik Setitis Embun Semarak Api

Bab 5 — Antara Tuntutan Sunah dengan Runtunan Nafsu: Wacana Poligami dalam Novel Tok Guru

Bab 6 — Refleksi Agama dalam Novel Detik-Detik Diri di Daerah Daif

Bab 7 — Srengenge Membina Hegemoni Sosiobudaya Melayu

PERSPEKTIF BANDINGAN

Bab 8 — “Jeha Tidak Gila”: Sebuah Filem Adaptasi Setia Arahan Jamil Sulong

Bab 9 — Novel Kepada Filem: Analisis Terhadap Anjakan Adaptasi dalam Ranjau Sepanjang Jalan

Bab 10 — Srengenge: Satu Kajian Adaptasi Karya Sastera kepada Telefilem

Bab i1 — Penyakit dalam Perjalanan Hidup: Kajian Perbandingan Novel Mahabbah dengan Anthima Kaalam (Kala Senja)

DIMENSI BAHARU

Bab 12 — Antara Sik Dengan Kota Tinggi: Kelestarian Pengiktirafan Terhadap Shahnon Ahmad dan Usman Awang

Bab 13 — Ranjau Sepanjang Jalan: Buku Langka Shahnon Ahmad di Pasar-Pasar Buku Borong dan Pasar-Pasar Buku dalam Talian

Weight0.374 kg
Dimensions23 × 15.2 × 1.4 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.