Out of stock

Suatu Perjalanan Hidup: Menghayati Dakapan Masyarakat

DENISON JAYASOORIA adalah Felo Penyelidik Utama di Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

ROSE CHANGE JAYASOORIA adalah isteri kepada Denison.

KITA (Cetakan Pertama, 2018)
307 halaman

RM25.00

Out of stock

ISBN: 9789670741451 Product ID: 25327 Category: Sub-subjects: , ,

Suatu Perjalanan Hidup: Menghayati Dakapan Masyarakat merupakan suatu naratif molek mengenai perjalanan hidup Denison Jayasooria yang penuh dengan cabaran, sedih-gembira, suka-duka, jaya-gagal yang diterimanya sebagai asam garam hidup dalam usaha advokasi awamnya yang cukup cemerlang pencapaiannya. Buku ini mempunyai manfaat yang besar bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga para penyelidik dan mereka yang terlibat dengan advokasi awam di Malaysia atau di mana saja di dunia.

Ramai teman penulis gembira membaca kisah hidupnya terutama peranan penulis dalam advokasi awam dan khidmat masyarakat. Ramai yang menggalakkan penulis untuk menterjemahkan kerja dalam Bahasa Melayu untuk khalayak yang lebih luas terutama generasi muda yang tidak biasa dengan hak asasi manusia dan advokasi awam terutama yang memberi input kepada perancangan pembangunan.

Autobigrafi dibahagikan kepada sebelas bab. Bab-bab ini menggarap kisah kelahiran penulis hingga ke hari ini serta naik dan turun dalam hidup penulis. Ia merangkumi pelbagai peranan penulis dalam masyarakat, termasuk sumbangan utama dalam jawatan awam. Apabila penulis merenung kembali enam puluh empat tahun lalu, penulis sangat bersyukur kepada Tuhan atas pencapaian dan kemakmuran hubungan di peringkat keluarga dan komuniti. Perjuangan dan konflik juga mematangkan hidup kita. Tetapi yang paling penting, ini adalah tahun-tahun di mana penulis berusaha untuk melakukan yang terbaik, bersama dengan yang lain, dalam mewujudkan Malaysia yang lebih baik untuk semua.

Tajuk buku ini, Suatu Perjalanan Hidup: Menghayati Dakapan Masyarakat, di mana kepercayaan dalam masyarakat adalah teras dan memiliki makna ganda. Maksud pertama adalah bagaimana iman penulis telah memberi inspirasi dan menggerakkan beliau untuk berkhidmat dalam masyarakat. Ia mengambil pengalaman iman penulis untuk memberi inspirasi kepada orang lain untuk melihat Tuhan dan membawa kebaikan Tuhan kepada sesama manusia dalam kehidupan sehari-hari. Iman dan pembentukan nilai adalah komponen penting dalam pembentukan watak. Ia adalah iman yang hidup, hasil daripada cinta, belas kasihan dan keadilan Tuhan dalam kalangan masyarakat di akar umbi. Iman kepada Tuhan itulah yang telah menopang penulis melalui perjalanan hidup selama 64 tahun yang lalu. Ini adalah satu aspek kehidupan penulis yang akan menolong beliau melewati usia 60 tahun untuk masuk ke 80, dengan izinnya.

Maksud kedua adalah keyakinan atau keimanan penulis terhadap masyarakat. Penulis percaya bahawa majoriti rakyat Malaysia adalah orang yang munasabah dan penuh belas kasihan. Sebagai rakyat Malaysia, kita mahu melihat Malaysia yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kepelbagaian etnik, agama, budaya, bahasa, jantina, seksualiti, lokasi geografi, kelas, umur dan kelainan upaya. Masyarakat kita akan tertarik kepada kebaikan Tuhan dalam sesama manusia, dan bahawa kita, dengan rasa keimanan dalam hati, akan melakukan hal yang adil, saksama dan benar untuk semua manusia.

Renungan ini mewujudkan anjakan yang jelas dari keprihatinan etnik ke arah perlindungan hak asasi manusia untuk semua berdasarkan keadilan, kesaksamaan dan kesamarataan yang merupakan pasak kepada Perlembagaan Persekutuan dan juga Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat termasuk Matlamat Pembangunan Lestari agar ‘tiada yang terpinggir’.

Melewati helaian-helaian buku ini, pembaca akan mengesan perkembangan pemikiran penulis mengenai beberapa tema utama yang beliau hadapi, berkaitan dengan hak asasi manusia, demokrasi, tadbir urus yang baik, dan pembangunan inklusif dan lestari. Penulis cuba menyusunnya berdasarkan kronologi peristiwa, tetapi kadang-kala terdapat pertindihan pada tema dan tempoh tertentu. Ini difahami kerana terdapat pertindihan dalam kehidupan dalam pelbagai peringkat dan tempoh kehidupan.

Senarai Akronim
Kata Pengantar
Pengenalan
Denison Sepanjang Dekad

Bab 1 Membesar di Banting

Bab 2 Pengajian Sarjana Muda Teologi di Yeotmal, Pengalaman India

Bab 3 Pengalaman Perkhidmatan Paderi

Bab 4 Hari-Hari Di Malaysian Care

Bab 5 Yayasan Kajian Pembangunan Dan Masyarakat (YKPM)

Bab 6 Pengajian Pascasiswazah: Pengalaman Oxford

Bab 7 Perjalanan Yayasan Strategik Sosial (YSS)

Bab 8 Hak Asasi Manusia

Bab 9 Perpaduan Negara dan Agenda Kesepaduan Sosial

Bab 10 Minat Komuniti Yang Lain

Bab 11 Visi Untuk Malaysia

Weight 0.408 kg
Dimensions 21 × 15 × 1.6 cm
Author(s)

,

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Suatu Perjalanan Hidup: Menghayati Dakapan Masyarakat”

Your email address will not be published. Required fields are marked *