Teungku Muhammad Dawud Beureu-èh: Ulama, Pemimpin dan Tokoh Pembaharuan

HASANUDDIN YUSUF ADAN adalah pensyarah di Fakultas Syari’ah, Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh, Indonesia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama 2005)
179 halaman

RM40.00

In stock

Penulisan biografi Teungku Muhammad Dawud Beureu-èh: Ulama, Pemimpin dan Tokoh Pembaharuan bertujuan mengenal pasti latar belakang kehidupan Teungku Muhammad Dawud Beureu-èh, mencungkil sejarah perjuangan jihadnya, sejarah perjuangan pembaharuannya, sejarah perjuangan dakwahnya dan sejarah perjuangan pendidikannya. Kajian ini juga melihat sejumlah aktiviti lain yang pernah beliau lakukan selama hidupnya, dan menilai pengaruh perjuangan beliau terhadap masyarakat sama ada pada masa hidupnya mahupun setelah beliau tiada.

Teungku Muhammad Dawud Beureu-èh berasal daripada sebuah keluarga sederhana yang sangat terikat dengan nilai-nilai Islam. Semasa kecil beliau mendapat ilmu pengetahuan di pendidikan pondok di Aceh. Walaupun tidak pernah belajar di pusat pendidikan formal dan moden dan institusi pengajian tinggi namun beliau memperlihatkan kemampuan yang luar biasa. Pendidikan yang sedikit itu mampu menjadikannya seorang guru, pendakwah, ulama dan pemimpin dengan membangunkan dayah dan madrasah sebagai tempat beliau mendidik umat di Aceh.

Berhadapan dengan cabaran daripada berbagai-bagai jenis manusia menjadikan beliau seorang ulama dan pemimpin besar yang matang dan mempunyai wawasan ke hadapan. Latar belakang inilah yang membuat pengaruh beliau semakin tersebar di seluruh tanah air dan merentasi sempadan antarabangsa. Beliau telah menjernihkan tauhid dan akidah umat daripada kesesatan yang datangnya bukan hanya daripada pihak luaran tetapi juga daripada pihak dalaman.

Melalui dakwahnya, beliau berjaya menyatukan ummat menjadi satu jamaah yang kuat dan berkemampuan serta sanggup melahirkan pembaharuan di merata tempat dan mampu pula memerangi kaum penjajah bagi mewujudkan sebuah negara yang ditadbir berdasarkan undang-undang Islam. Kejayaannya memimpin rakyat Aceh mengusir Belanda menghadapi kebuntuan apabila terpaksa pula tunduk kepada kawalan Pemerintah Pusat di jakarta selepas Republik Indonesia mendapat kemerdekaan.

Nama Teungku Muhammad Dawud Beureu-èh tidak boleh dipisahkan dengan arena politik dan sejarah Aceh. Usaha beliau untuk mewujudkan suatu suasana baru di Aceh telah berjaya dengan baiknya pada masa-masa dahulu. Dengan usaha beliaulah maka negara yang disebut Republik Indonesia hari ini wujud dalam peta dunia. Dengan usaha beliau pulalah mereka yang duduk di tampuk kerajaan hari ini boleh bersenang-senang.

Beliau memiliki beberapa sifat yang istimewa yang terasa jarang-jarang dimiliki oleh ulama atau pemimpin lain, sama ada pada masa dahulu atau pada hari ini. Selain kemampuan otaknya yang sungguh luar biasa, keberanian beliau dalam bertindak pun susah dicari tandingan. Perkara-perkara seperti inilah yang antara lain, membuat penulis tertarik untuk mengkaji sejarah perjuangan dan pembaharuan beliau.

Memandangkan sedikitnya kajian yang telah dilakukan terhadap perjuangan beliau, maka perlulah diperbanyak penulisan berkenaan sejarah hidupnya. Ini perlu diusahakan mengingatkan Teungku Muhammad Dawud Beureu-èh adalah seorang pejuang dan mempunyai pengaruh yang besar kepada umat dari dahulu hingga ke hari ini. Selain itu, kepemimpinan beliau betul-betul mencirikan dan dekat kepada kepemimpinan rasul Allah SAW yang sangat mementingkan persoalan umat dan masyarakat daripada kepentingan peribadi dan keluarga.

Keutamaannya yang berpegang sepenuhnya kepada firman Allah dan sunnah rasul-Nya susah ditandingi oleh ulama tradisional yang sampai hari ini masih sangat terikat dengan doktrin guru mereka.

Mengingatkan kurangnya rujukan berbentuk buku atau bahan-bahan bertulis lain, maka selain merujuk sejumlah bahan yang sedia ada dapat penulis kumpulkan, penulis juga mengadakan temu bual dengan orang yang mempunyai kaitan langsung dengan Teungku Muhammad Dawud Beureu-èh. Diharapkan tulisan ini akan dapat membantu menambahkan bahan rujukan tentang ulama di rantau ini.

Penulisan Teungku Muhammad Dawud Beureu-èh: Ulama, Pemimpin dan Tokoh Pembaharuan menggunakan kajian perpustakaan dan temu bual. Penulis telah mengumpul setiap data yang ada hubungan dengan penulisan sama ada daripada buku, majalah, akhbar mahupun bahan tulisan lainnya. Penulis juga telah menemui dan menemubual sejumlah responden yang mengenal keperibadian Teungku Muhammad Dawud Beureu-èh. Responden terdiri daripada keluarga beliau, rakan seperjuangan beliau, bekas murid beliau dan para ilmuan yang faham matang sepak terajang beliau.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.435 kg
Dimensions 15.2 × 1.5 × 22.8 cm
Edition

Format

ISBN

9789679426861

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Teungku Muhammad Dawud Beureu-èh: Ulama, Pemimpin dan Tokoh Pembaharuan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You may also like…