Transformasi Struktur Ruang Awam: Suatu Penyelidikan ke Atas Sebuah Kategori Masyarakat Borjuis

JÜRGEN HABERMAS (b. 1929) is a German sociologist and philosopher in the tradition of critical theory and pragmatism. He is perhaps best known for his theories on communicative rationality and the public sphere. Associated with the Frankfurt School, Habermas’s work focuses on the foundations of social theory and epistemology, the analysis of advanced capitalism and democracy, the rule of law in a critical social-evolutionary context, and contemporary politics, particularly German politics.

ABDUL MUEIN ABADI, Pensyarah Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik, dan Strategi, UKM Bangi. Kini, beliau meneruskan penyelidikan dalam bidang Teori Politik, Pentadbiran, Keselamatan Negara, dan Geopolitik.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2016)
337 halaman

RM40.00

In stock

Transformasi Struktur Ruang Awam: Suatu Penyelidikan ke Atas Sebuah Kategori Masyarakat Borjuis merupakan terjemahan daripada The Structural Transformation of the Public Sphere: An Inquiry into a Category of Bourgeois Society (Strukturwandel der Öffentlichkeit. Untersuchungen zu einer Kategorie der bürgerlichen Gesellschaft) karya Jürgen Habermas yang diterbitkan pada tahun 1962. Ianya merupakan karya sejarah-sosiologi yang paling utuh oleh Jürgen Habermas dan ia merupakan salah satu daripada sumbangan yang paling agung dalam pemikiran politik era pasca-perang. la menyumbang kepada kefahaman bagi mereka yang hanya mengenali Habermas menerusi penulisan teoretikal beliau.

Transformasi Struktur Ruang Awam: Suatu Penyelidikan ke Atas Sebuah Kategori Masyarakat Borjuis melatari kecenderungan beliau yang terkemudian dalam permasalahan yang berkaitan dengan pengabsahan dan komunikasi yang ditandai oleh kajian tentang asal-usul. sifat, serta evolusi pendapat awam dalam masyarakat demokratik Dalam karya ini, evolusi interaksi ruang awam dan ruang peribadi ditelusuri dari zaman Greek hinggalah ke era Barat moden—dengan fokus utama di Great Britain, Perancis, Jerman. dan Amerika Syarikat. Menerusi medium kesusasteraan borjuis, ruang awam politik yang mencabar monopoli autoriti mutlak telah dipesatkan oleh dorongan perkembangan ekonomi kapitalis di semua negara ini.

Setiap struktur sosial yang membentuk ruang awam politik di keempat-empat negara dianalisis secara spesifik—masyarakat sivil, dunia persuratan, kelab-kelab, akhbar-akhbar, dan juga autoriti politik. Fungsi politik ruang awam yang ditafsirkan menerusi metod induktif ini kemudiannya dihuraikan dari perspektif perundangan dan ekonomi politik Kelahiran kelas-kelas membaca yang baharu dalam masyarakat borjuis telah membawa kepada kebangkitan khalayak kritis yang menuntut keakuran dasar-dasar awam kepada hasil perdebatan mereka. Pandangan-pandangan sarjana utama seperti Immanuel Kant, Georg Wilhelm Friedrich Hegel, Karl Marx, John Stuart Mill, dan Alexis de Tocqueville disintesis dalam menanggapi posisi pendapat awam dalam dialektika ruang awam dan ruang peribadi.

Transformasi struktur sosial ruang awam akibat kebangkitan negara berkebajikan sosial menggantikan negara berperlembagaan Liberal turut dimuatkan dalam kronologi transformasi fungsi politik ruang awam. Industri media massa, publisiti, dan pengiklanan telah dinilai sebagai memberi impak signifikan ke atas perubahan budaya massa yang kritis menjadi massa pengguna, lalu mempengaruhi pola tingkah laku penyertaan politik dan pengundian. Budaya kepenggunaan telah diposisikan sebagai peluang dan juga dalam masa yang sama sebagai ancaman terhadap sifat kritis massa.

Transformasi Struktur Ruang Awam: Suatu Penyelidikan ke Atas Sebuah Kategori Masyarakat Borjuis berusaha untuk menganalisis jenis “ruang awam borjuis” (bürgerliche Öffentlichkeit). Pertama-tamanya, pendekatan yang khusus adalah diperlukan disebabkan oleh kesukaran yang dimiliki oleh objek terbabit yang mana kerumitannya yang istimewa telah menghindarkan sebarang pergantungan pada kaedah-kaedah yang mengkhusus daripada mana-mana lapangan disiplin. Sebaliknya, kategori “ruang awam” ini mesti diselidiki dalam sebuah lapangan yang luas yang dahulunya dicerminkan dalam perspektif sains “politik” yang tradisional. Apabila ditanggapi dalam sempadan-sempadan disiplin sains sosial yang tertentu, objek ini terurai. Masalah yang terhasil daripada usaha menggabungkan aspek-aspek sosiologi dan ekonomi, undang-undang perlembagaan dan sains politik, serta sejarah sosial dan sejarah intelektual adalah jelas: berdasarkan keadaan pembezaan serta pengkhususan semasa dalam sains sosial, adalah sukar bagi sesiapa sahaja untuk menguasai beberapa, apatah lagi kesemua, disiplin ini.

Satu lagi keunikan Transformasi Struktur Ruang Awam: Suatu Penyelidikan ke Atas Sebuah Kategori Masyarakat Borjuis ialah dari segi metodologi, yang terhasil akibat daripada keperluannya untuk dijalankan menerusi metodologi sosiologi dan sejarah secara serentak. Habermas menggagaskan ruang awam borjuis sebagai sebuah kategori yang khusus pada zamannya. Ia tidak boleh dipisahkan daripada sejarah perkembangan “masyarakat sivil” (bürgerliche Gesellschaft) yang bersusur-galur pada Zaman Pertengahan Tinggi Eropah; tidak juga ia boleh dipindahkan, digeneralisasikan secara jenis unggul (ideal-typically), ke sebarang situasi bersejarah yang mewakili secara formalnya gugusan-gugusan yang serupa.

Sebagai contoh, sebagaimana yang cuba Habermas tunjukkan, bahawa seseorang boleh menyebut mengenai pendapat awam dalam erti kata yang tepat hanya dalam hubungan dengan Great Britain penghujung abad ketujuh belas dan Perancis abad kelapan belas, di mana Habermas tanggapi ruang awam secara umumnya sebagai sebuah kategori sejarah. Berkenaan hal ini prosedur yang Habermas gunakan adalah dibezakan secara a limine berbanding pendekatan sosiologi formal yang mana bentuknya yang paling maju kini adalah diwakili oleh apa yang dikenali sebagai teori fungsi struktur.

Penyelidikan sosiologi ke atas trend pensejarahan berlangsung pada tahap umum di mana proses-proses serta peristiwa-peristiwa yang unik hanya boleh dirujuk sebagai contoh yakni, sebagai kes-kes yang boleh ditafsirkan sebagai contoh-contoh kepada perkembangan sosial yang lebih umum. Prosedur sosiologikal ini berbeza daripada amalan historiografi dalam erti kata yang sebenarnya di mana ia kelihatan kurang terikat pada material pensejarahan yang khusus, sebaliknya ia memperhatikan kriterianya sendiri yang tidak kurang ketatnya untuk analisis struktur berkenaan hubungan kesalingbergantungan pada tahap masyarakat secara keseluruhannya.

Selepas prosedur kedua-dua buah metodologi ini, Habermas turut ingin merakamkan sedikit perhatian berkenaan perkara pokok kajian ini sendiri. Penyelidikan penulis adalah terbatas pada struktur dan fungsi model ruang awam borjuis liberal, iaitu kemunculan serta transformasinya. Oleh hal yang demikian, ia merujuk pada ciri-ciri gugusan pensejarahan yang mendapatkan dominasi serta mengetepikan ruang awam plebeian sebagai sebuah kelainan yang mana pada sesuatu tahap telah ditahan dalam proses pensejarahan.

Sewaktu berlangsungnya Revolusi Perancis yang dikaitkan dengan Robespierre, untuk sementara waktu sahaja, sebuah ruang awam yang mendedahkan pakaian kesusastraannya telah mulai berfungsi subjeknya bukan lagi “strata yang berpendidikan” tetapi “rakyat” yang tidak berpendidikan. Namun demikian, bahkan ruang awam plebeian ini, yang mana kewujudannya masih berterusan tetapi terbenam, telah memanifestasikan dirinya dalam Gerakan Chartist dan terutama sekali dalam tradisi anarkis gerakan pekerja di tanah besar Eropah, dan kekal diorientasikan terhadap matlamat-matlamat ruang awam borjuis.

Dalam perspektif sejarah intelektual, ruang awam borjuis juga, sebagaimana ruang awam plebeian, adalah merupakan kelahiran abad kelapan belas. Setepatnya disebabkan oleh hal ini, ia perlu secara tegasnya dibezakan daripada bentuk keakuran penuh—plebisitari ruang awam yang direjimenkan yang mencirikan kediktatoran dalam masyarakat perindustrian yang sangat maju.

Secara formalnya kedua-dua ruang ini adalah memiliki ciri tertentu yang dikongsi bersama: akan tetapi setiap satunya berbeza dengan cara yang tersendiri daripada ciri kesusasteraan sebuah ruang awam yang dibentuk oleh orang-orang persendirian yang menggunakan penaakulan mereka satunya adalah buta huruf, manakala yang satu lagi agak celik huruf. Persamaan dengan sesetengah aspek bentuk plebisit tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa kedua-dua buah variasi ruang awam masyarakat borjuis ini (yang mana dalam konteks penyelidikan semasa akan turut diabaikan) telah juga disabitkan dengan beberapa fungsi politik, setiap satunya pada tahap perkembangan sosial yang tertentu.

Penyelidikan Habermas mempersembahkan sebuah gambaran ruang awam borjuis yang diolah dalam gaya elemen liberal dan transformasi mereka dalam negara berkebajikan sosial.

Weight0.488 kg
Dimensions22.5 × 15 × 1.5 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.