Out of stock

Ukiran Kayu Melayu Tradisi

ABDUL HALIM NASIR adalah kakitangan Muzium Negara. Beliau banyak menulis tentang sejarah, kebudayaan dan seni tempatan. Di dalam semua penulisan beliau, mahupun rencana atauun buku, beliau telah berjaya menggabungkan pengalaman luas beliau dalam sejarah dan tamadun Melayu dan dengan kemahiran beliau di dalam bidang fotografi untuk menghasilkan bahan-bahan bacaan yang baik lagi bermutu.

DBP (Cetakan Kedua 2016)
150 halaman

RM60.00

Out of stock

Ukiran Kayu Melayu Tradisi merupakan tinjauan ringkas tentang seni ukiran kayu Melayu tradisi dan mengandungi penerangan yang jelas untuk membolehkan pembaca memahami dan menghayati seni ukiran kayu Melayu tradisi. Lima belas tahun lalu ketika penulis menjalankan kajian dan penyelidikan tentang tempat-tempat bersejarah kerana menerbitkan siri buku tempat-tempat bersejarah di negeri-negeri dalam Malaysia, penulis telah berpeluang melawat ke seluruh pelosok tanahair. Peluang tersebut telah membolehkan penulis melihat dengan jelas rumah-rumah orang Melayu, terutama sekali rumah-rumah di perkampungan yang alam persekitarannya masih belum banyak terjejas oleh arus pembangunan.

Apa yang menarik perhatian dan minat penulis tentang seni bina rumah-rumah Melayu terutama rumah bentuk tradisi yang kebanyakannya sudah berusia tua, iaitu seni ukirannya. Penulis dapati rumah-rumah Melayu terutamanya yang berusia tua, sering terhias dengan ukiran-ukiran yang sangat menarik dan tinggi mutu kerjanya. Mutu ukiran-ukiran yang dihasilkan oleh pengukir-pengukir Melayu itu tiada tolok bandingnya dengan ukiran-ukiran oleh pengukir-pengukir dewasa ini.

Masa akan menentukan betapa setiap yang tua dan lama akan beredar serta dilupakan. Begitu jugalah dengan seni ukiran kayu tradisi yang terdapat pada rumah-rumah Melayu tradisi yang kebanyakannya telah berusia tua itu. Sebahagian besar daripada seni ukiran yang menarik dan unik ini telah musnah atau terbiar tanpa diberi perhatian yang sewajarnya. Oleh itu jika sesuatu usaha tidak diambil untuk memeliharanya satu lagi bentuk kesenian orang-orang Melayu akan hilang tanpa kuburnya.

Maka atas kesedaran dan tanggungjawab itulah penulis menghasilkan buku Ukiran Kayu Melayu Tradisi bagi memperingatkan semula bahawa seni ukiran kayu Melayu tradisi perlu dipelihara dan diperkembangkan. Sekurang-kurangnya buku Ukiran Kayu Melayu Tradisi akan dapat menimbulkan kesedaran, memberikan contoh serta dorongan kepada kita untuk menghidupkan semula satu bentuk seni yang kehalusan dan ketinggian mutunya begitu dikagumi oleh pelancong-pelancong asing.

Di Semenanjung Malaysia seni ukiran tidak dapat dipisahkan daripada seni rupa kerana ia merupakan satu bentuk seni dalam bidang yang sama. Bidang ini pula tidak dapat dipisahkan daripada kebudayaan Melayu yang berterusan sepanjang zaman. Jika disorot kembali masa-masa yang lampau dengan mengambil titik permulaan dari peralihan zaman prasejarah ke era zaman sejarah, terdapat satu zaman yang penuh mencabar bagi bangsa Melayu, iaitu zaman yang digelar Zaman Kebudayaan Batu Hidup atau Megalitik. Pada zaman itu manusia Melayu telah mula mendirikan tugu-tugu batu yang mempunyai nilai-nilai spiritual berhubung dengan kepercayaan yang berbentuk anemisme dan pemujaan leluhur yang mereka anuti ketika itu.

Zaman yang telah ditinggalkan beribu-ribu tahun lampau itu masih mampu memperlihatkan kesan-kesan peninggalan monumen kepada generasi pada masa ini. Contoh-contoh ini menunjukkan bahawa mereka juga sudah menghayati apa yang dikatakan seni ukiran dan seni rupa, walaupun mereka sendiri mungkin tidak pernah terfikir atau menerima ilmu yang berhubung dengan estetik dan artistik iaitu ilmu yang mengutamakan keindahan dan penciptaan keindahan baik daripada sudut falsafah sosial mahupun daripada sudut sosiobudaya.

Seni ukiran kayu adalah seni kerajinan tangan dan ia telah lama wujud dalam masyarakat Melayu. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama juga dengan seni ukiran yang terdapat pada batu, tanah dan lain-lain bahan logam. Cuma yang dapat dibezakan ialah cara dan teknik pengukirannya sahaja.

Kayu adalah bahan alamiah yang sangat sesuai dan baik untuk diukir atau dijadikan struktur bangunan. Namun begitu bahan ini juga mudah terbakar dan reput jika tidak diawasi dengan baik, lebih-lebih lagi jika sering terdedah kepada hujan dan panas. Oleh itu ukiran-ukiran kayu tidak pernah dapat bertahan lama seperti ukiran-ukiran pada batu atau lain-lain logam.

Walau bagaimanapun ada juga ukiran-ukiran yang dapat bertahan sehingga beratus-ratus tahun sekiranya ukiran-ukiran tersebut diperbuat daripada kayu jenis terbaik dan tahan seperti kayu jenis cengal, merbau, kempas, penak, bacang hutan dan lain-lain jenis kayu terbaik yang terdapat di negara kita ini. Dengan menggunakan kayu-kayu jenis terbaik ini dalam kerja-kerja kreatif mereka, pengukir-pengukir itu bukan sahaja dapat memelihara ketahanan ukiran-ukiran tersebut tetapi dapat juga menjaga mutunya.

Ukiran-ukiran bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat juga pada istana-istana raja, masjid, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat pemujaan dan perbomohan, alat-alat muzik tradisi, alat-alat perabot, alat-alat pertukangan, alat-alat pertanian, alat-alat senjata pendek, alat-alat memasak, alat-alat pakaian, perahu tradisional dan pada kenderaan yang lain seperti kereta kuda, pedati, kereta lembu dan berbagai-bagai lagi.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.610 kg
Dimensions 17 × 1.4 × 24.9 cm
Edition

Format

ISBN

9789834903527

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Ukiran Kayu Melayu Tradisi”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.