Undang-Undang dan Masyarakat

SALLEH BUANG adalah bekas Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara dan mantan Profesor Tamu di Universiti Teknologi Malaysia.

DBP (Cetakan Pertama, 2021)
364 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM50.00

Only 1 left in stock

Undang-Undang dan Masyarakat merupakan kesinambungan karya Salleh Buang dalam genre yang sama, iaitu koleksi makalah undang-undang untuk bacaan umum yang pernah diterbitkan dalam beberapa akhbar dan portal tempatan. Buku ini merupakan kompilasi keempat karya penulis yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, selepas kompilasi pertama diterbitkan pada tahun 1997, kompilasi kedua dan ketiga diterbitkan pada tahun 2007 bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-50 tahun negara kita.

Kompilasi terbaharu ini mengandungi 78 makalah disusun dalam tujuh bahagian, iaitu masyarakat celik undang-undang, masyarakat dan mahkamah, masyarakat dan jenayah, masyarakat dan politik, masyarakat dan ekonomi, masyarakat dan kemanusiaan, dan masyarakat dan hubungan antarabangsa. Secara inti pati, apa-apa yang ditulis dalam buku ini memaparkan senario semasa pergolakan dan pembangunan masyarakat Malaysia dari pelbagai dimensi, yang ditinjau daripada perspektif undang-undang.

Undang-undang merupakan sesuatu bidang disiplin yang kompleks dan rumit, serta sukar difahami oleh mereka yang tidak mempunyai latar belakang atau pendedahan undang-undang. Buku undang-undang yang ada dalam pasaran lazimnya sesuai untuk bacaan golongan pelajar universiti, pengamal undang-undang dan ahli perniagaan, warga pentadbiran atau ahli politik. Jarang-jarang sekali buku undang-undang diterbitkan dalam kategori bacaan ringan yang sesuai untuk orang awam.

SENARAI KES
SENARAI STATUT
PRAKATA
PENDAHULUAN

BAHAGIAN I: MASYARAKAT CELIK UNDANG-UNDANG

1. Ahli Parlimen Mesti Arif Undang-undang
2. Isu Syiah: Siapa Tanggung Beban Bukti?
3. Kenapa Pengamal Media Berbohong?
4. Masa Depan Sistem Undang-undang Negara
5. Melindungi Penyiar Semula Fitnah
6. Pengajaran Peristiwa di Sedili Resort
7. Perkembangan Terkini Undang-undang Privasi
8. Remaja Perlu Celik Undang-undang
9. Ubah Undang-undang Usang

BAHAGIAN II: MASYARAKAT DAN MAHKAMAH

10. Ikat Jamin: Kenapa Mahkamah Berbeza Pendapat?
11. Pengajaran Kes Alvin
12. Apabila Mahkamah Menzalimi Rakyat
13. Kejutan Kes Altantuya Berulang. Di Mana Silapnya?
14. Kes Anwar: Apabila Hakim Bicara Salah Arah Diri
15. Kudus Dipenjara: Perjalanan Mahkamah yang Terlalu Lama
16. Masa Depan Mahkamah Syariah Negara
17. Saman Media: Pengajaran untuk Figura Awam
18. Saman Media: Perkembangan di Luar Negara
19. Tun Arifin Jawab Tohmahan Pembangkang

BAHAGIAN III: MASYARAKAT DAN JENAYAH

20. Akta Pencegahan Jenayah Bukan ISA Versi Baharu
21. Flashmob Cabar Tindak Balas PDRM
22. Jemaah Umrah Tertipu
23. Pakej Umrah: Pecah Kontrak atau Penipuan?
24. Jenayah Tembak Mati Gugat Keselamatan Awam
25. Kenapa Berlaku Kegagalan Pendakwaan?
26. Kes Kugan: Kejutan untuk PDRM
27. Akta 792 Lindungi Kanak-kanak daripada Jenayah Seksual
28. Mensabitkan Kesalahan Menghina Raja
29. Menunggu Akta Pencegahan Jenayah Baharu
30. Menyelamatkan Mangsa Jenayah Pemerdagangan Orang
31. Moratorium Hukuman Mati bagi Pengedar Dadah
32. Ugutan Anarki: Bagaimana Tindakan PDRM?

BAHAGIAN IV: MASYARAKAT DAN POLITIK

33. Adakah Ahli UMNO Akan Mendengar Nasihat Tun Mahathir?
34. Hak Beza Pendapat: Bukan Lesen Anarki
35. Hindraf dalam Kerajaan: Eksperimen yang Gagal
36. Mencari Penyelesaian Isu Royalti Minyak bagi Kelantan
37. Pemilihan UMNO: Jangan Kitar Semula Muka Lama
38. Pengertian Kes Tian Chua
39. Politik Kotor Muncul Kembali
40. PRK Kajang 2014: Azizah lwn Chew
41. Protes Remaja Baju Hitam: Apa Kata Undang-undang?
42. Sarkas Anwar Gagal
43. Satira Tidak Kebal Undang-undang
44. UMNO Perlu Dibersihkan
45. UMNO Tidak Kebal: Memahami Realiti Baru
46. Akta Hasutan – Dilema untuk Putrajaya
47. Usaha Terbaharu LGE Timbulkan Tanda Tanya

BAHAGIAN V: MASYARAKAT DAN EKONOMI

48. Agenda Transformasi Kanun Tanah Negara Masih Lesu
49. Apabila MYCC Mula Bersuara
50. Balak Oh Balak: Cerita Sedih dari Kelantan
51. Bencana Korek Pasir Laut
52. Enakmen TRM: Kenapa Sukar Sangat Dipinda?
53. Kejutan untuk Pejabat Tanah
54. Kenapa Pertikai Agenda Perkasa Ekonomi Bumiputera?
55. MAS Umpama Lembu Betina
56. Masa Depan Langkawi antara Kekhuatiran dengan Harapan
57. Pemaju Rakus PBT Lemas
58. Pembatalan Projek Mersing Laguna
59. Tempias Projek Hub Minyak dan Gas di Pengerang
60. Terowong Dasar Laut Mengundang Kontroversi

BAHAGIAN VI: MASYARAKAT DAN KEMANUSIAAN

61. Sisters in Islam Cabar Fatwa
62. Krisis Kejujuran Melanda Negara
63. Lelaki Berpakaian Wanita: Mahkamah Rayuan Buat Kejutan
64. Kriteria Bandar Diraja
65. Masa Depan Kampung Melayu di Tanjung
66. Peluang Kedua bagi Warga Muflis
67. Pendekatan Lain Atasi Pelacuran
68. Perginya Seorang Sahabat

BAHAGIAN VII: MASYARAKAT DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

69. Episod Berdarah di Sabah
70. Teringat Ayat 54 Surah Ali ‘Imran
71. Kuasa Proksi Perintah Dunia
72. Menentang Naratif Keganasan
73. Mahkamah Sweden Penjarakan Ibu bapa Malaysia
74. Media Barat Cuba Burukkan Keadaan?
75. Menunggu Ledakan Litigasi MH370
76. Serangan Drone Adalah Jenayah Perang
77. Tekanan Petanda Permulaan Perang

GLOSARI
BIBLIOGRAFI
INDEKS

Weight0.491 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.