Out of stock

Warisan Seni Bina Johor

MOHD TAJUDDIN MOHD RASDI is a Professor of Architecture at the School of Architecture and Built Environment, UCSI University.

DBP (Cetakan Pertama, 2020)
102 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM40.00

Out of stock

Warisan Seni Bina Johor mendokumentasikan sebahagian daripada warisan seni bina yang terdapat di Johor. Bangunan warisan yang terpilih memperlihatkan pengaruh budaya Melayu, Cina, India, Bugis, Jambi, dan warisan seni bina kolonial Inggeris. Pendidikan tentang adaptasi, resam dan kebudayaan setiap kaum dalam seni bina di negara ini sememangnya perlu disajikan agar pemuliharaan dan penggunaan semula bangunan tersebut dapat dijiwai bagi mengekalkan identiti negara bangsa. Dokumentasi bangunan warisan seperti yang terdapat dalam buku ini bukan sahaja penting bagi pembaca untuk mengetahui tentang selok-belok binaan dan bangunan tetapi juga merupakan suatu refleksi adaptasi dan kepercayaan sesuatu kaum atau bangsa dalam dunia Melayu yang lama.

Dalam buku ini terkandung lima buah rumah Melayu tradisional yang menunjukkan rupa bentuk dan perancangan ruang yang berbeza daripada rumah Melayu di Kedah, Kelantan dan Perak. Pengaruh Inggeris dalam reka bentuk rumah berpanggung rendah amat ketara dalam kadaran bentuk badan rumah. Rumah Melayu Ini menjadi bukti percampuran budaya Bugis, Melayu, Inggeris dan sebagainya.

Warisan Seni Bina Johor juga mempamerkan dua reka bentuk masjid yang berbeza bahasa seni binanya. Masjid Pasir Pelangi mempamerkan bahasa seni bina kolonial Inggeris yang melebihkan pengaruh neo-klasik Barat, manakala, Masjid Tanjung Semberung merupakan gabungan bahasa seni bina India dan pengaruh penjajah. Seni bina sekolah yang diperbuat daripada kayu, iaitu Sekolah Kebangsaan (P) Bandar Tinggi mempamerkan keunikan bentuk dan ekspresi kolonial yang diadaptasi daripada reka bentuk tropika. Dewan Perniagaan Tiong Hwa dimuatkan bagi menjadi manifestasi kepelbagaian masyarakat majmuk dalam mendirikan “negara bangsa“. Bangunan Askar Timbalan Setia Negeri Johor, iaitu bangunan rejimen yang taat hanya kepada Sultan Johor memberikan gambaran seni bina ketenteraan zaman silam.

Foto dan rajah dalam buku ini sebahagian besarnya sudah tiada lagi dalam simpanan. Untuk mengekalkan status buku ini sebagai manuskrip lama secara konsisten, foto dan rajah yang ada perlu digunakan walaupun kualiti resolusinya rendah.

Senarai Foto
Senarai Rajah
Prakata

1. Rumah Haji Daeng Dahlan
2. Rumah Daeng Mat Diew
3. Rumah Haji Mahmud
4. Rumah Puan Mendek
5. Rumah Engku Haji Abdul Kadir
6. Masjid Pasir Pelangi
7. Masjid Tanjung Semberung
8. Sekolah Kebangsaan (P) Bandar Tinggi
9. Dewan Perniagaan Tiong Hwa
10. Bangunan Askar Timbalan Setia Negeri Johor

Bibliografi
Indeks

Weight0.35 kg
Dimensions25.4 × 25.4 × 0.7 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.