Zaman Prasejarah Terengganu

RASHID HAMAT adalah Kurator merangkap Ketua Sektor Pameran dan Pendidikan, Muzium Negeri Terengganu.

DBP (Cetakan pertama, 2019)
210 halaman

RM28.00

In stock

Buku Zaman Prasejarah Terengganu merupakan rangkuman beberapa kertas kerja yang pernah dibentangkan dalam beberapa seminar yang telah diadakan di Terengganu, Selangor dan Pulau Pinang, memerihalkan kronologi zaman prasejarah di Terengganu bermula sejak zaman Hoabinhian atau zaman Batu Mesolitik. Kajian yang dibuat menunjukkan manusia yang tinggal di Hulu Terengganu, terutamanya di Gua Bewah ialah manusia yang paling awal membina tamadun mereka. Bukti ini diperoleh berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sarjana-sarjana di gua tersebut pada tahun 1996, 2007, 2009, 2010, 2011 dan 2012.

Selepas Zaman Hoabinhian, berlaku pula Zaman Neolitik yang menampakkan tahap pemikiran manusia zaman ini bertambah maju dan lebih berinovasi. Hal ini berdasarkan hasil ciptaan mereka yang lebih halus, sempurna dan kualiti yang agak baik. Tapak zaman ini dikesan di Gua Tuk Bidan, Hulu Terengganu melalui kerja-kerja ekskavasi dan di Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu menerusi jumpaan secara tidak sengaja. Apabila berakhirnya Zaman Neolitik, wujud pula Zaman Logam. Pada zaman ini, peralatan yang diperbuat daripada logam mula dikeluarkan, seperti gendang Dongson dan alat besi bersoket yang dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Kajian yang dilakukan oleh penulis menunjukkan tapak arkeologi prasejarah di Terengganu, seperti juga di tempat lain terbahagi kepada dua bahagian, iaitu tapak terbuka dan tapak di gua.

Penulis mendapati tapak arkeologi terbuka banyak menyumbang kepada penemuan secara tidak sengaja, seperti penemuan kapak batu di Bukit Besi, Dungun; Kerteh, Kemaman dan Kampung Bukit Jong, Kuala Terengganu; penemuan penerap batu atau alat pemukul kulit kayu, kapak batu, beliung batu di Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu; gendang Dongson, tembikar tanah, manik, emas dan peralatan besi bersoket di Kampung Batu Buruk, Kuala Terengganu dan di Kampung Gaung, Jerteh, Besut; tempayan tanah, emas, manik dan peralatan besi bersoket di Kampung Seberang Limbongan, Besut; tempayan tanah bersama-sama peralatan besi bersoket di Kampung Pantai Ali, Hulu Terengganu dan tempayan tanah di Kampung Banggol, Setiu oleh penduduk kampung yang menjalankan aktiviti harian mereka. Banyak artifak tersebut musnah sebelum sempat dikaji.

Sebuah lagi tapak sebenar arkeologi di Dungun gagal dikesan penyelidik disebabkan oleh gelang batu Zaman Neolitik yang ditemui di tepi Sungai Kerai itu mungkin berasal dari tempat lain dan telah dihanyutkan oleh arus banjir dari tempat asalnya.

Tidak ada kajian lanjut yang dibuat untuk mengesan tapak tersebut. Penyelidik percaya masih banyak lagi artifak purba yang ditemui oleh penduduk kampung tetapi penemuan berkenaan tidak dilaporkan kepada pihak berwajib. Hal ini mungkin disebabkan oleh kurangnya pengetahuan masyarakat tentang kepentingan artifak tersebut dari segi sejarah dan budaya. Banyak alat batu, seperti kapak batu yang dicanai dijadikan batu permata dan dibuat cincin.

Weight0.287 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.2 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 2 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
Showing 2 of 2 reviews (5 star). See all 2 reviews
  1. Anonymous (Verified Reader)

    (0) (0)
  2. Azman Sahlan (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.