Out of stock

Fatamorgana: Kembara dari Nusantara ke Eropah

KALAM HAMIDI adalah penulis skrip drama dan pengarah drama.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2003)
376 halaman termasuk Glosari dan Indeks

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM45.00

Out of stock

Fatamorgana: Kembara dari Nusantara ke Eropah mengisahkan suka duka pengembaraan Kalam Hamidi dari Singapura ke London dan kemudian ke seluruh pelosok Nusantara, bermula dari Acheh hingga ke Irian Jaya. Kembara beliau menemukannya dengan erti kemerdekaan sebenar kemanusiaan dan makna persahabatan sejati. Pada tarikh 23 Mac 1963, Abdul Malik Abdul Hamid belayar dari pelabuhan Singapura ke Madras. Pelayaran dalam kapal Rajula London pagi itu memulakan pengembaraannya ke London jalan darat melalui India, Pakistan, Afghanistan, Iran, Turki, Itali, Greece dan Perancis sebelum tiba ke London. Perjalanan yang jauh itu tanpa wang yang cukup di saku, tiada cek kembara, apa lagi kad kredit ataupun telefon bimbit. Abdul Malik atau nama penanya Kalam Hamidi bersama Osman dan Leong dengan hati yang cekal mencari pengalaman di negara orang dalam serba kekurangan.

Mereka kelaparan dan kehausan, mengalami panas dan dingin yang melampau, merayu makan dan minum, menggunakan muslihat dan pelbagai helah untuk melepaskan diri ketika di sempadan atau untuk dapat menaiki kereta api atau lori secara percuma ke sesuatu destinasi. Ketiga-tiga mereka tidur di mana sahaja termasuk di kaki lima, hentian bas, masjid, bangsal, di atas lori atau di bawah pokok, berbumbungkan langit, berlampukan bulan dan bintang. Ada ketikanya, mereka bernasib baik apabila disediakan hotel yang selesa. Apabila kenderaan tidak muat untuk mereka bertiga, terpaksalah berpecah. Ada waktunya mereka bertiga berpisah untuk waktu yang lama. Pengalaman mereka menemui manusia pelbagai ragam, bermacam rupa, adat resam dan bahasa.

Tidak ramai yang mengenali Malaya, Tanah Melayu dan Malaysia yang tidak hanya terbentuk pada September 1963, lama selepas meninggalkan tanah air. Apabila melintasi negara-negara Islam, modal yang ada pada Kalam hanyalah kebolehan berbahasa Arab dan memberi salam serta mengucap dua kalimah syahadah tanda dirinya seorang Islam. Itulah yang menjadi umpan bagi meraih simpati penduduk setempat. Pada ketika lain, beliau menggunakan bahasa Inggeris atau isyarat tangan. Jika nasib menyebelahinya, modal ini berhasil pula memberikannya pelbagai kemudahan bertaraf VIP.

Senarai Gambar
Prakata

BAHAGIAN I: DARI SINGAPURA KE LONDON
Belayar dengan Kapal “Rajula London” ke Madras
Sampai ke Madras, Bombay dan Delhi
Tipu Helah di Pakistan
Iran yang Indah
Dari Bazargan ke Istanbul
Menjual Darah di Greece
Di Itali dan Perancis
Di Kota London

BAHAGIAN II: DARI ACEH KE IRIAN JAYA
Pengembara Bukan Pelancong
Aceh Bukan Sekadar Serambi Mekah
Seminar “Hang Tuah” di Pekan Baru, Riau
Dari Dumai ke Nusa Tenggara, Madura dan Kalimantan Selatan Bersama Isteri
Legenda Candi Borobudur
Dari Surabaya ke Pulau Bali
Demak, Tanah Para Wali
Dengan Kapal “Kerinchi” ke Ujung Pandang
Dari Toraja ke Manado
Ternate, Halmahera, Ambon dan Irian Jaya
Dari Pelabuhan Gersik ke Pelabuhan Pulau Bawean
Pulau Bawean yang Saya Ziarahi
Dari Lampung ke Minangkabau

Glosari
Indeks

Weight0.724 kg
Dimensions22.8 × 15.4 × 2.7 cm
Language

Publisher

Year Published

4.0
Based on 1 review
5 star
0%
4 star
100
100%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Abdul Razak Bin Mohamed (Verified Reader)

    I read the first version of this book about 50 years ago, and was looking for a copy. Getting the book now, albeit a newer version, is exhilirating. And Kawah Buku is efficient…

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.