Out of stock

Sains dari Perspektif al-Quran

MOHD YUSOF OTHMAN merupakan Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2016)
68 halaman

RM25.00

Out of stock

ISBN: 9789674123352 Product ID: 1993 Subjects: , Sub-subjects: ,

Sains dari Perspektif al-Quran membincangkan sains dari perspektif al-Quran dan tuntutan membangunkan sains dan teknologi yang tidak terlepas daripada tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT di bumi ini. Kita perlu mengetengahkan isu ini kerana pembangunan sains tanpa agama adalah buta, sehingga matlamat pembangunan untuk menghasilkan insan yang bahagia dan sejahtera tidak tercapai. Manakala agama tanpa sains adalah tempang, sehingga tuntutan agama tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa pembangunan sains dan teknologi sewajarnya.

Tiada pembangunan peradaban tanpa sains dan teknologi. Dalam peradaban Barat, ilmu wahyu tidak berperanan dalam pembangunan sains dan teknologi. Malah kehadiran ilmu wahyu akan mengganggu kelancaran pembangunan sains dan teknologi itu sendiri. Bagi sarjana Barat, ilmu wahyu perlu diabai atau dikesampingkan. Natijahnya, pembangunan menjadi tempang kerana penekanan keterlaluan diberikan kepada pengetahuan objektif dan mengabaikan pengetahuan subjektif. Inilah yang menyebabkan tiada penyelesaian tuntas kepada isu alam sekitar dan pemanasan global, isu eksploitasi dan manipulasi sumber alam sehingga menjejaskan sistem ekonomi dan kewangan dunia; dan isu sosial yang amat menjelekkan yang melahirkan insan yang tidak bermoral, keruntuhan institusi rumah tangga dan mempromosi gaya hidup Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT).

Weight0.484 kg
Dimensions22.7 × 15 × 0.4 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.