Out of stock

Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu

RAMLAH ADAM merupakan bekas profesor di Universiti Malaya. Kemudian dilantik menjadi Rektor Kolej Yayasan Melaka (2006-2009). Kini beliau bertugas sebagai profesor di UniMAP.

Penerbit UM (Cetakan Kedua, 2004)
318 halaman termasuk Indeks dan Bibliografi

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM25.00

Out of stock

ISBN: 9789831000434 Product ID: 21858 Subjects: , , Sub-subjects: , , , ,

Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu membincangkan persoalan politik yang berlaku di seluruh Semenanjung Tanah Melayu di antara tahun 1946-1957. Ia memperlihatkan satu perebutan status quo politik yang sangat dinamik di antara orang Melayu dan orang dagang. Di pihak orang Melayu usaha untuk mengekalkan status quo politik tradisional telah mendorong mereka mengadakan satu gerakan besar-besaran menentang rancangan Malayan Union. Di pihak orang dagang dan British pula, usaha untuk mendapatkan kedudukan sama rata dalam politik Tanah Melayu, yang menjadi begitu penting sekali kerana pelaburan ekonomi mereka, telah menggalakkan beberapa strategi yang secara tetap dilaksanakan dengan berbagai-bagai pendekatan. Niat dan cita-cita ini sentiasa diajukan kepada orang Melayu melalui parti PKMM atau UMNO, sehingga akhirnya UMNO dapat digalakkan untuk berbuat begitu. Penubuhan Perikatan adalah hasil yang jelas dari tolak ansur dan penyesuaian politik Melayu-bukan Melayu sehingga membolehkan kemerdekaan dicapai pada tahun 1957. Kemelut politik Semenanjung Tanah Melayu dalan tempoh ini nyata sekali memperlihatkan bukan sahaja permasalahan politik untuk mencapai kemerdekaan negara, tetapi juga korban-korban politik (pemimpin dan parti) yang menjadi sesuatu yang lumrah dalam sesuatu peraturan dan permainan politik.

Tidak dapat dinafikan kepimpinan ketiga-tiga tokoh iaitu Dato’ Onn, Ahmad Boestamam, dan Dr. Burhanuddin al-Helmy serta para penyokong mereka telah memberi satu bentuk kepimpinan yang sangat dinamik kepada sejarah nasionalisme dan politik orang Melayu sendiri dan Tanah Melayu umumnya. Ketiga-tiga mereka menggunakan Melayu sebagai dasarnya; Dato’ Onn dengan Melayu Semenanjung manakala Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin dengan Melayu Rayanya. Dato’ Onn menolak orang dagang di peringkat awal kepemimpinannya dalam UMNO, sedangkan kedua-dua tokoh radikal menerima bukan Melayu sebagai kawan-kawannya Penerimaan Dato’ Onn kepada orang bukan Melayu hanya pada tahun 1949 setelah menegakkan kedudukan orang Melayu, namun penerimaannya tidak begitu sepenuhnya walaupun menubuhkan IMP. Tunku Abdul Rahman sebaliknya telah menjadi lebih terbuka dengan bekerjasama menubuhkan sebuah parti politik yang besar seperti anjuran British demi untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Kepentingan orang Melayu seperti tahun 1946 atau 1952 tidak lagi diutamakan; kerakyatan disamaratakan, kedudukan istimewa Melayu hanya untuk 15 tahun selepas merdeka dan bahasa Melayu hanya didaulatkan 10 tahun selepas merdeka. Kesemuanya ini berlaku kerana konsep kebangsaan Tanah Melayu bukan lagi berteraskan Melayu tetapi berkonsepkan Malayan. Inilah pegangan UMNO dan Perikatan sehingga membolehkan British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.

Prakata

1. Penentangan Orang Melayu Terhadap Malayan Union, 1946-1948
2. Kepentingan Selangor dalam Gerakan Orang Melayu Menentang Malayan Union, 1946-1948
3. Kemelut Politik Johor, 1946-1948
4. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Parti Komunis Malaya (PKM), 1946-1948
5. Nasionalisme Tanah Melayu 1941-1957: Satu Analisis terhadap Corak Kegiatannya
6. Kepimpinan Politik Melayu 1945-1957: Satu Rujukan kepada Dato’ Onn, Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ahmad Boestamam
7. Kongres Melayu 1957: Satu Penentangan kepada Kehilangan Kuasa Politik Melayu di Ambang Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
8. Pembentukan Kerakyatan Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, 1946-1957 dan Kesannya kepada Kedudukan Orang Melayu
9. Pendaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan: Peranan Nasionalis di antara Tahun 1930-an sehingga 1957
10. Gerakan Menuntut Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1948-1957
11. Institusi Raja di Malaysia dan Brunei: Satu Perbandingan

Bibliografi
Indeks

Weight0.428 kg
Dimensions21.4 × 13.9 × 1.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Pahlawan Tegar Merdeka

    Pahlawan Tegar Merdeka

    RM90.00
  • Dato’ Onn Ja’afar: Pengasas Kemerdekaan

    RM50.00
  • Ahmad Boestamam: Satu Biografi Politik

    Ahmad Boestamam: Satu Biografi Politik

    RM30.00