Sastera, Politik dan Masyarakat

ABDUL RAHMAN EMBONG adalah Profesor Emeritus di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia.

DBP (cetakan Kedua, 2015)
317 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM25.00

In stock

Sastera, Politik dan Masyarakat terdiri daripada himpunan esei yang dihasilkan oleh Abdul Rahman Embong pada tahun 1960-an, 1990-an dan pada tahun 2000 yang tersiar dalam majalah Dewan Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, dan Dewan Budaya. Kesemua esei tersebut membahaskan persoalan yang menarik pada zaman masing-masing. Antaranya termasuklah persoalan sastera dan masyarakat, mahasiswa Malaysia di luar negara, khususnya di Britain, ketidaksamarataan dalam sistem pelajaran, isu kelas dan kaum, dan perkembangan politik serantau dan antarabangsa serta kaitannya dengan Malaysia dan umat Islam.

Turut dibincangkan persoalan tentang pemikiran, ideologi politik dan budaya masyarakat Melayu serta perlunya budaya persaingan dalam menghadapi cabaran globalisasi. Pelbagai idea yang digarap dalam esei tersebut mencetuskan pemikiran dan renungan tentang perkembangan dalam bidang sastera, pemikiran sosial dan politik tanah air serta perkembangan serantau yang bermanfaat untuk mahasiswa, penulis dan masyarakat umum hari ini.

Dalam tempoh setengah abad lebih ini, semenjak kemerdekaan pada tahun 1957, iaitu zaman pascamerdeka sehingga awal abad ke-21, pelbagai wacana telah diungkapkan berkaitan pelbagai isu yang telah mencorakkan landskap intelektual tanah air kita. Kandungan, orientasi dan pendirian mereka yang terlibat dalam wacana itu berbeza-beza dari satu zaman ke zaman yang lain, terpengaruh antara lain oleh perubahan keadaan di dalam dan luar negara serta agenda pemerintah dan pelbagai kekuatan dalam masyarakat. Namun yang penting dari segi ilmu ialah wacana ini sedikit banyak mempengaruhi dan membentuk pemikiran pelbagai generasi, khususnya para pelajar dan intelektual yang turut memberi tanggapan terhadap perkembangan situasi dan juga wacana semasa.

Mengimbas kembali zaman awal kemerdekaan, kita dapati salah satu wacana yang berpengaruh pada masa itu ialah persoalan bahasa, sastera dan kebudayaan, serta bagaimana ahi bahasa, sastera dan budaya melati karya masing-masing dapat mempengaruhi masyarakat dan menyumbang kepada gerakan kemerdekaan serta pengisian kemerdekaan. Bahasa dan sastera dianggap begitu penting dalam peruangan kemerdekaan sehingga ada sarjana terkemuka yang menghujahkan bahawa nasionalisme Melayu ialah “nasionalisme linguistik” yang persoalan bahasa dianggap sebagai teras perjuangan nasionalisme. Namun, pandangan ini tidaklah dikongsi sepenuhnya oleh pihak lain seperti dapat dilihat dalam perdebatan pada masa itu.

Selain soal bahasa, sastera dan kebudayaan, terdapat isu-isu penting lain dalam pembinaan negara-bangsa yang didebatkan dengan rancak. Antaranya termasukkah isu pendidikan, khususnya pembentukan sistem pendidikan kebangsaan serta penubuhan sebuah universiti kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, persoalan politik dan perpaduan nasional serta isu pembangunan ekonomi dan sosial, khususnya persoalan pembanterasan kemiskinan dan kemunduran masyarakat, terutama masyarakat desa. Selain itu, demi mengikis saki-baki penjajahan ke atas minda rakyat bekas tanah jajahan, satu usaha melakukan tafsiran semula sejarah serta pelbagai bidang ilmu lain juga menjadi agenda penting.

Mengimbas kembali zaman awal kemerdekaan, kita dapati tokoh-tokoh penggerak bahasa, sastera dan budaya serta mereka yang mengungkapkan isu pembangunan memang dipandang tinggi sebagai mereka yang mewakili hati nurani masyarakat, sebagai jurubicara mereka seria sebagai pemegang obor nasional. Institusi-institusi penting seperti Dewan Bahasa dark Pustaka, Universiti Malaya (UM), pertubuhan mahasiswa seperti Pertubuhan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM), serta pertubuhan yang lain, khususnya Persatuan Penulis Nasional (PENA) bersama-sama dengan Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) cukup berpengaruh dan dipandang dengan penuh hormat. Ruang perdebatan seperti auditorium dan dewan kuliah Fakulti Sastera Universiti Malaya, satu-satunya universiti ketika itu serta Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur sering menjadi pentas diadakan perdebatan dalam kalangan intelektual dan mahasiswa pada masa itu.

Dalam pada itu, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya juga merupakan pentas penting bagi perdebatan ekonomi dan pembangunan sosial. Ahli-ahli ekonomi dan juga pengkaji pembangunan pada masa itu telah mencetuskan Debat Agung Ekonomi yang diadakan sebagai acara tahunan yang cukup berpengaruh dan menarik minat orang ramai. Setelah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan pada 18 Mei 1970, UKM pula turut bersama-sama UM dan DBP menjadi gelanggang perdebatan yang rancak tentang pelbagai isu masyarakat, nasional dan antarabangsa.

Prakata
Pendahuluan

BAHAGIAN I – SASTERA, MASYARAKAT DAN NASIONALISME

1. Hubungan Gejala Masyarakat dengan Ciptaan dan Perkembangan Sastera
2. Watak, Sasterawan dan Masyarakat
3. Inteligensia Melayu Sebelum Perang dalam Hubungan dengan Perkembangan Sastera Melayu Moden
4. Kecenderungan yang Berat Sebelah: Kita Terlalu Banyak Bersastera
5. Pembinaan Teori Tempatan: Antara Teori Sosial dengan Bidang Sastera
6. Mahasiswa Malaysia di Britain (I)
7. Mahasiswa Malaysia di Britain (II)
8. Tinjauan tentang “Kebekuan” Perkembangan Pemikiran dalam Masyarakat Melayu
9. Tidak Sama Rata dalam Sistem Pelajaran: Britain sebagai Contoh (I)
10. Sistem Pelajaran dan Akibat Tidak Sama Rata: Britain sebagai Contoh (II)
11. Kelas atau Perkauman? Konsep Kelas
12. Orang Melayu Mengikut Kaca Mata Kerajaan Kolonial
13. Tugas Nasionalisme Kita Sekarang

BAHAGIAN II – POLITIK, PERKEMBANGAN SERANTAU DAN IMPERIALISME BAHARU

14. Faktor Ideologi Politik dan Budaya dalam Penutupan Minda Melayu Islam
15. Di Sebalik Kemenangan Besar Barisan Nasional pada 2004
16. Bangsa Malaysia dan Isu Pendidikan
17. Masa Depan Orang Melayu dan Tuntutan Persaingan
18. 47 Tahun Merdeka: Malaysia dan Keselamatan Serantau
19. Kebangkitan Golongan Neokonservatif dan Imperialisme Baharu
20. Ke Arah Kosmopolitanisme atau Meningkatnya Minda “Berkubu”?
21. Bangsa Eropah atau Imperialisme Baharu?
22. Nahdah Asia dan Masyarakat Madani
23. Nilai Asia: Kesatuan dalam Kepelbagaian?
24. Umat Islam Selepas Peristiwa 7 Julai

Bibliografi
Indeks

Weight0.419 kg
Dimensions21.5 × 14 × 2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.