Sains di Alam Melayu

Disunting oleh ABDUL LATIF SAMIAN dan NAZRI MUSLIM

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2017)
305 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

Only 1 left in stock

Sains di Alam Melayu diterbitkan atas kesedaran untuk menyemarakkan lagi diskusi ilmiah mengenai sains di Alam Melayu. Orang Melayu mampu mengkategori, menyusun dan mengkelaskan khazanah herba yang dihasilkan oleh hutan tropika di sekitarnya. Mereka kenal beberapa tumbuhan, mereka tahu khasiat dan fungsi akar kayu, kulit kayu, teras kayu, daun kayu, buah kayu dan pucuk kayu. Mereka juga faham akan ikan di air, binatang di hutan, unggas dan serangga yang berterbangan di udara, kokok ayam dan kicau burung, mereka tahu bila hari akan siang dan bila pula bertukar malam.

Segala sumber alam adalah ilmu kepada mereka, malah sesuatu yang menarik tentang sains Alam Melayu adalah perkaitannya yang rapat dengan pandangan alam Islam. Walaupun telah melalui pelbagai zaman Melayu kuno hinggalah kepada animisme, zaman Hindu/Buddha, zaman penjajahan, namun kedatangan agama Islam telah memberikan impak yang paling besar kepada kehidupan orang Melayu. Pengaruh tersebut juga akhirnya tergambar dalam sain Alam Melayu. Oleh itu dalam membangunkan barangan atau mewujudkan hasil sains Melayu, pengaruh Agama Islam jelas tergambar pada setiap tamadun yang lengkap lagi bersepadu sewajarnya mempunyai sains. Ini kerana sains merupakan salah satu bahagian terpenting dalam mana-mana tamadun. Diharapkan buku ini terus memperkembangkan lagi korpus ilmu mengenai sains di Alam Melayu.

Prakata
Pendahuluan

1. Inti Pati Falsafah dan Pandangan Semesta Melayu dalam Karya Abdullah bin Muhammad (Nakula) Berjudul “Bentak Alam yang Mengagumkan”
Amini Amir Abdullah

2. Ilmu Falak Alam Melayu daripada Sains Rakyat kepada Sains Bermatematik
Baharrudin Zainal

3. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Penerbitan Buku Sains di Malaysia
Jamaluddin Mohd Sulong

4. Tenaga Al-Quran Satu Mukjizat Al-Quran Pelengkap Tenaga Kejiriman: Implikasi terhadap Sains Kontemporari
Khalijah Mohd Salleh

5. Peta Minat Masyarakat terhadap Sains di Malaysia
Mohd Arip Kasmo

6. Bahasa dan Sastera dalam Sains di Alam Melayu
Mohd. Yusof Hj. Othman

7. Kompleks Falak Al-Khawarizmi: Peranan dan Sumbangannya dalam Menyebarkan Ilmu Falak dalam Alam Melayu
Nazri Muslim, Kassim Bahali & Wan Zulkifli Wan Hassan

8. Persepsi Masyarakat Islam terhadap Aspek Etika Bioteknologi Moden
Noor Ayuni Ahmad Azlan, Latifah Amin, Jamil Ahmad, Abdul Latif Samian & Mohamad Sabri Haron

9. Acuan Sains Melayu dalam MSS 1292 Kitab Tib
Roziah Sidik @ Mat Sidek, Azizan Baharuddin & Rahimin Affandi Abdul Rahim

10. Pembudayaan Sams Melayu dalam Konteks Etika Pengamal dan Pengguna Perubatan Berdasarkan MSS 1292 Kitab Tib
Roziah Sidik @ Mat Sidek, Azizan Baharuddin & Rahimin Affandi Abdul Rahim

11. Pengaruh Hukum Islam terhadap Kod Etika Islam dalam Bioteknologi Moden
Siti Faizah Sujak, Latifah Amin, Abdul Latif Samian, Mohamad Sabri Haron, Mohamad Nasran Mohamad & Mohd Yusof Othman

12. Kebesaran Allah SWT dengan Angka Wahid: Surah Makkiyyah Menerusi Dimensi Alam Melayu
Siti Faizah Md Azhari & Abdul Latif Samian

13. Kimera Inter-Spesies: Kesannya terhadap Hukum dan Kemuliaan Manusia
Siti Nur Shazwanie Ramlee, Mohd Izhar Ariff Mohd Kassim, Latifah Amin, Abdul Latif Samian, Mohamad Nasran Mohamad & Mohamad Sabri Haron

14. Sains Penjagaan Kesihatan Menurut Imam Shafi’i di Alam Melayu: Suatu Pendedahan Awal
Wan Zulkifli Wan Hassan & Nazri Muslim

Rujukan
Senarai Penyumbang
Indeks

Weight0.36 kg
Dimensions22 × 15 × 1.2 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

  1. MOHD SHAHRULNIZAM (verified owner)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.