Penamaan Premis Perniagaan Cina: Bahasa, Budaya dan Terjemahan

GOH SANG SEONG merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Bahasa Literasi & Terjemahan, Universiti Sains Malaysia.

DBP (Cetakan Pertama, 2016)
115 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM20.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789834904234 Product ID: 36302 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Penamaan Premis Perniagaan Cina: Bahasa, Budaya dan Terjemahan membincangkan dapatan kajian tentang isu budaya, bahasa dan terjemahan dalam penterjemahan nama perniagaan daripada bahasa Cina kepada bahasa Melayu. Masyarakat Cina amat mementingkan penamaan baik nama manusia mahupun nama bukan manusia. Bagi orang Cina, nama yang baik dari segi makna mendatangkan kemajuan dan kebahagiaan kepada empunya nama. Oleh hal yang demikian, premis perniagaan Cina yang lazimnya dalam bahasa Cina mengandungi pelbagai mesej budaya. Namun begitu, mesej budaya ini amat sukar sekali untuk diungkapkan kembali melalui terjemahan bahasa Melayunya. Oleh itu, buku ini menggarap mesej budaya yang tersirat pada versi terjemahan nama perniagaan Cina.

Kesalahan bahasa yang kerap berlaku dalam terjemahan nama perniagaan sehingga wujudnya fenomena pencemaran bahasa turut dicerakin dalam buku ini. Bagi menentukan kualiti terjemahan yang dihasilkan adalah baik, buku ini juga menghuraikan kaedah penterjemahan nama perniagaan Cina daripada bahasa Cina kepada bahasa Melayu. Perbincangan dalam buku ini berdasarkan 1000 nama perniagaan Cina yang dikumpul di sekitar utara Semenanjung Malaysia: iaitu utara Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Data yang dikumpul secara manual daripada pelbagai jenis perniagaan ini dianalisis dari segi makna, tatabahasa dan kaedah penterjemahannya secara kualitatif, Perbandingan makna antara teks sumber dengan teks sasaran dijalankan untuk meneliti fenomena kehilangan makna yang berkemungkinan berlaku. Hukum tatabahasa bahasa Melayu yang menjadi pegangan dalam perbincangan buku ini adalah berlandaskan hukum tatabahasa dalam Tatabahasa Dewan (2004) dan Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu (2000).

Hal ini demikian supaya penilaian tatabahasa dengan berpandukan satu piawaian standard lebih mudah dan lebih berkesan untuk dimanfaatkan oleh pengguna bahasa daripada segenap lapisan masyarakat. Dari segi kaedah penterjemahan pula, prosedur terjemahan oleh Peter Newmark dimanfaatkan sebagai kerangka analisis. Contoh yang dikemukakan merupakan contoh sebenar dan bukan contoh rekaan. Segala fakta yang dibincangkan dalam buku ini juga merupakan kenyataan yang dirumuskan berasaskan data yang dikaji. Oleh hal yang demikian, contoh yang diperturunkan dalam buku ini merupakan data yang menunjukkan pola yang berbeza. Data yang polanya adalah sama tidak dikemukakan kesemuanya. Hanya beberapa contoh yang dibincangkan untuk setiap satu pola.

Senarai Rajah
Senarai Foto
Prakata
Pendahuluan

1. PENAMAAN DALAM BAHASA CINA
Panduan Penamaan
Pantang Larang dalam Penamaan Premis Perniagaan
Prinsip Penamaan Perniagaan
Panduan Penamaan Perniagaan
Kaedah Penamaan Perniagaan
Kaedah Penamaan Individu

2. BUDAYA CINA DALAM NAMA PERNIAGAAN
Kepercayaan Nasib
Kemanusiaan
Mengenang Jasa
Mengagung-agungkan Nama Tempat Asing
Asal Usul Keluarga
Keagamaan
Perlambangan

3. KAEDAH MENTERJEMAH
Ciri-ciri Nama Perniagaan dalam Bahasa Cina
Kaedah Menterjemah Nama Perniagaan Cina

4. KESALAHAN BAHASA
Ejaan
Imbuhan
Hukum D-M
Kata Singkatan
Pemilihan Kata
Frasa Penerang
Bahasa Campur Aduk
Lewah
Struktur Ayat

5. PENUTUP

Bibliografi
Indeks

Weight0.166 kg
Dimensions21.5 × 13.9 × 0.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.