Intersectionality dan Naratif Politik Wanita Cina di Semenanjung Malaysia

Penulisan bersama NURUL ASMAA RAMLI dan KARTINI ABOO TALIB@KHALID

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2023)
310 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM50.00

In stock

ISBN: 9789672519881 Product ID: 36536 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Intersectionality dan Naratif Politik Wanita Cina di Semenanjung Malaysia membincangkan budaya politik wanita Cina di Semenanjung Malaysia kerana perbincangan budaya politik wanita Cina di Semenanjung Malaysia, masih lagi terhad dan belum ada yang mengaitkan usaha menilai impak multidimensi dengan menggunakan kerangka agen sosialisasi politik melalui proses sosialisasi politik dan cabaran politik ke atas budaya politik wanita Cina di Semenanjung Malaysia. Budaya politik wanita Cina tidak boleh diabaikan kerana mereka turut memainkan peranan penting bukan sahaja kepada keluarga dan komuniti malahan terhadap pembangunan sosioekonomi serta kepada kestabilan politik negara.

Penulisan mengenai wanita dan politik di Malaysia yang dibincangkan melalui kerangka multidimensi ini masih lagi terhad. Faktor multidimensi seperti etnik, sejarah, budaya serta agama sudah pasti memberikan pengalaman yang berbeza-beza kepada kehidupan wanita termasuklah dalam bidang politik. Ini kerana identiti politik wanita adalah berbeza bergantung kepada pengalaman wanita. Malahan melalui sorotan karya lepas, kebanyakan penulisan wanita dan politik telah digeneralisasikan, kepada seluruh wanita di Malaysia tanpa mengambil kira aspek multidimensi. Malahan penulisan mengenai wanita dan politik banyak memberikan tumpuan dan perbincangan kepada wanita dari etnik Melayu. Ketandusan kajian serta penulisan turut menjadi salah satu faktor yang telah menyukarkan proses pemerkasaan wanita selain daripada etnik Melayu di Malaysia. Justeru, penulisan ini meneroka dan mengkaji impak multidimensi dengan menggunakan teori intersectionality serta pengaruhnya ke atas budaya politik wanita Cina di Semenanjung Malaysia,

Teori intersectionality merupakan teori yang mengandaikan bahawa tingkah laku terhadap sesuatu keputusan atau tindakan adalah disebabkan oleh pelbagai faktor yang saling bertindan, berkait dan bersilang dan bukannya terpisah-pisah atau berdiri secara sendiri. Misalnya keputusan untuk berpindah kerja adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang saling bersilang dan berkait. Antara faktor yang menyumbang antaranya adalah peluang kerja baharu, kemudahan pengangkutan, keinginan peribadi, dorongan keluarga serta gaji yang lebih baik.

Malaysia adalah negara yang mengamalkan sistem demokrasi serta mendokong nilai-nilai demokrasi, maka seharusny2 memberikan kebebasan kepada rakyat termasuk wanita untuk berjuang dalam memperkasa, mengarus perdana usaha dan sumbangan mereka2 terhadap masyarakat, institusi dan negara. Oleh itu, isu diskriminasi terhadap wanita rentetan faktor biologi dar fizikal adalah sesuatu yang melanggar prinsip demokrasi yang berasaskan kebebasan dan keadilan. Sebarang penindasan dan usaha mengehadkan kebebasan individu dalam lapangan kehidupan yang dipengaruhi oleh faktor gender, etnik, agama mahupun warna kulit adalah menyimpang daripada amalan sistem demokrasi.

Senarai Jadual & Rajah
Prakata

1. Landskap Politik Wanita Cina di Malaysia
2. Gender, Etnik, Politik dan Intersectionality
3. Intersectionality, Konsep dan Aplikasi
4. Sejarah Migrasi dan Budaya Politik Wanita Cina
5. Proses Sosialisasi Politik Melalui Dimensi Intersectionality
6. Cabaran Politik Wanita Cina Melalui Dimensi Intersectionality
7. Usaha Memperkasa Wanita Cina di Malaysia
8. Budaya Politik Wanita Cina di Semenanjung Malaysia

Rujukan
Indeks

Weight0.458 kg
Dimensions22.7 × 15.2 × 1.5 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.