Out of stock

Kitab Pusaka Hang Tuah 1957: Rujukan Kajian Bahasa, Budaya dan Ketabiban Alam Melayu

A. MUHAMMAD HASSAN RIAU merupakan tabib dari Kuala Terengganu yang mahir merawat pelbagai penyakit zahir dan batin.

Transliterasi Jawi ke Rumi oleh MOHD HARIZ ANWAR

Pustaka Buku Warisan (Cetakan Pertama, 2023)
238 halaman termasuk Rujukan

RM45.00

Out of stock

Kitab Pusaka Hang Tuah 1957: Rujukan Kajian Bahasa, Budaya dan Ketabiban Alam Melayu merupakan sebuah karya alih-aksara, kepada sebuah manuskrip kitab Tib Melayu yang mempunyai jejak koleksi pengetahuannya sehingga abad ke-16. Barangkali jauh lebih awal, seiring dengan perjalanan perubahan dan perkembangan ilmu pengetahuan setelah kedatangan Islam ke Nusantara. Pengetahuan penggunaan herba di Nusantara dikatakan berusia lebih seribu tahun (Medang Mataram, abad ke 8 hingga ke 10). Menurut seorang pengarang dari Eropah pula, ia berusia lebih 2000 tahun.

Secara umum, pengetahuan tib Melayu dalam Pusaka Hang Tuah boleh dikategorikan kepada 5 jenis; ayat-ayat suci (doa, teknik dan medium dari Al Quran, hadis dan riwayat, falsafah keagamaan), teknik perubatan (perubatan Melayu tradisional, anatomi elemental, teknik dan kriteria diagnosis, prognosis), jampi dan mantera, ubatan (herba dan ramuan tradisi dalam perubatan, dosej), dan astrologi. Kesemuanya ini disusun dalam bentuk dan lenggok bahasa dari pantai timur, Terengganu, seabad ke belakang. Namun, linguistik yang menjadi asas kepada buku Pusaka Hang Tuah ini tidak banyak berubah sejak abad ke 16. Malah kami dapati ada persamaan dengan kitab Tib Melayu yang dikarang dan disusun pada abad ke 18 (kompilasi transliterasi Serat Centhini, Buku Jampi dan Kitab Tibb, POM Indonesia 2016,); juga persamaan dalam Kitab Tib – Ilmu Perubatan Melayu oleh Dr Harun Mat Piah yang merupakan kajian dan suntingan daripada 10 naskhah manuskrip Melayu yang. terdapat di Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia.

Pusaka Hang Tuah memperlihatkan saduran istilah dan perkataan pinjaman dari bahasa Arab apabila muncul teks dan perkataan dari riwayat hadis dan falsafah keagamaan digunakan sebagai sandaran mahupun sekadar ucapan selingan dan respon. Sangat mengujakan apabila melihat adunan sinteks yang terdiri dari pelbagai bahasa, menjangkaui seputar Alam Melayu, namun serasi.

Sejambak Kasih — Penerbit
Prakata (I) – Syed Omar Syed Husain
Prakata (II) -Dina Zaman
Pengantar — Mohd Hariz Anwar
Nota Buat Pembaca

Transliterasi Kitab Pusaka Hang Tuah
1. Sepatah Kata Dari Penerbitnya (Asal)
2. Dua Kalimah Syahadah
3. Syarah Ayat Lima Belas
4. Ayat Lima Belas
5. Ayat Al-Haras
6. Ayat Tujuh
7. Ayat Enam
8. Menyatakan Asalnya Isim
9. Cetera Daripada Abdullah Ibnu Aban Asy-Syaqafi
10. Ini Suatu Isim Yang Besar Faedahnya
11. Ini Hijab Yang Amat Besar
12. Ismullahi Ta’ala
13. Penggentar
14. Waqaf Kalimat Salamun
15. Firman-Firman Allah Ta’ala
16. Berhenti Pada Suatu Tempat
17. Apabila Hendak Bepergian
18. Makbul Hajat
19. Ayat Melangkah
20. Seteru Dan Kejahatan
21. Pendinding Dan Pemelihara 1
22. Pendinding Dan Pemelihara 2
23. Kelebihan Surah Yasin
24. Hijab Mubaarak
25. Isim Harz Mubaarak
26. Dipelihara Dari Senjata Besi
27. Agar Ditakuti Orang Zalim
28. Doa Malam Nisfu Syaaban
29. Doa Nabi Allah Daud
30. Jampi Halau Hantu Raya
i. Jampi Orang Dirasuk Hantu Raya
31. Jampi Halau Pelesit
32. Jampi Terkena Perbuatan
33. Penawar Segala Bisa
34. Penawar Bisa Hantu Syaitan
35. Tawar Perbuatan Orang
36. Jampi Dirasuk Polong
37. Tangkal Jangan Bentan
38. Jampi Tawar Bisa
39. Pagar Kampung Atau Dusun
40. Pengasih Lelaki Dan Perempuan
41. Pengasih Kepada Suami
42. Ramuan Ubat Sakit Angin
i. Peramu-Peramu Sebab Bengkak Angin
ii. Peramu-Peramu Angin
43. Apabila Hendak Berhutang
44. Penerang Hati
45. Kota Tauhid
46. Kota Tauhid Pelangkah
47. Pengasih Mujarab
48. Pengasih Guna Sekampung
49. Kebal Sehari
i. Penimbul Tahan Tumbuk Jadi Kebal Sehari
50. Agar Tak Bentan
51. Takut Jadi Berani
52. Penguat Zakar
i. Ubat Kuat Zakar Bagi Kunyit Dengan Kapur
ii. Ubat Penyakit Mani Dan Kuat Zakar
iii. Ubat Mani Bagus Dan Banyak
iv. Mengeraskan Zakar
53. Penahan Darah
54. Langkah Berjalan
55. Doa Penangkal Haiwan
56. Makanan Yang Baik
57. Menjauhkan Wabak
58. Menghilangkan Sakit Kepala
59. Kuat Zakar
60. Menyurat Azimat
61. Syarat Menyurat Azimat
62. Di Mana Celaka Seseorang
63. Membuang Celaka
64. Makan Garam
65. Tawar Racun
i. Tawar Racun – Ubat Racun
ii. Penawar Menahan Daripada Kena Bisa Racun
iii. Tawar Racun
iv. Tawar Racun Atau Sekalian Yang Mabuk
v. Penawar Mabuk Buntal
66. Melawaskan Kencing
67. Membuang Darah Gemuruh Dan Penakut
68. Jampi Lekat Uri
69. Pada Menyatakan Ilmu Tabib
i. Pada Bicara Perjalanan Nadi
ii. Merasa Nadi
iii. Fasal Jenis-Jenis Nadi
iv. Tempat Pegang Nadi
70. Penawar Demam Kepialu
71. Ubat Sebarang Penyakit Demam
72. Ubat Rebus Penyakit Angin
73. Ubat Muta Merah Perit
74. Ubat Pening Siang Malam
75. Ubat Membaiki Darah Perempuan
76. Ubat Penyakit Berdebar-Debar
77. Ubat Hati Hiba
78. Ubat Membaikkan Suami Isteri
79. Ubat Pelbagai Penyakit
80. Jampi Sawan Dan Pelbagai Penyakit
81. Ubat Selusuh
82. Ubat Tidak Sedap Badan
83. Ubat Cacing Kerawit
84. Ubat Tiada Membawa Adat
85. Ramuan Meroyan Kepala
86. Ubat Susu Ibu
87. Ubat Semput Beranak
88. Ubat Barut
89. Bedak Berubat Wanita Bersalin
90. Ubat Tambah Darah
91. Jenis-Jenis Penyakit Meroyan
92. Pedoman Hari Yang Tujuh
93. Kepialu Dan Lain-Lain Penyakit

Contoh Teks Ijazah Amalan
Daftar Istilah Herba dan Bahan
Pusaka Hang Tuah Versi Jawi
Rujukan
Latar Belakang Pentransliterasi

Weight0.314 kg
Dimensions21 × 14.7 × 1.7 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Script

Jawi, Roman

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.