Out of stock

Hubungan Melayu-Cina Selepas Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1945-1955): Konflik dan Kompromi

MOHAMED ALI HANIFFA adalah pensyarah kanan di Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun & Falsafah, Universiti Utara Malaysia.

Penerbit UUM (Cetakan pertama, 2022)
492 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM50.00

Out of stock

ISBN: 9789672486763 Product ID: 37620 Subjects: , Sub-subjects: , , , , ,

Hubungan Melayu-Cina Selepas Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1945-1955): Konflik dan Kompromi merungkai konflik perkauman Melayu-Cina yang tercetus berikutan pengunduran tentera Jepun dari Tanah Melayu pada 15 Ogos 1945 dan kezaliman komunis. Pergaduhan Melayu-Cina yang meletus selepas pendudukan Jepun berpunca daripada pelbagai faktor, termasuklah dasar British, dasar perkauman Jepun dan prasangka ras yang sukar dibendung yang telahpun berakar umbi dalam kalangan pelbagai golongan etnik. Dasar pemerintahan Jepun mencetuskan ketegangan hubungan Melayu-Cina. Komuniti Melayu dianggap oleh Jepun berguna dari segi politik tetapi kurang bermanfaat dari segi ekonomi. Pendudukan Jepun telah memberikan kesedaran kepada orang Melayu mengenai kehilangan hak dalam politik, ekonomi dan sosial.

Polarisasi kaum yang telah dimulakan sejak pendudukan Jepun telah merenggangkan hubungan masyarakat Melayu dan Cina. Ini dapat dibuktikan dengan jelas apabila Bintang Tiga mengambil alih pemerintahan selama 14 hari dan melakukan kekejaman terhadap orang Melayu’. Orang Cina yang terjejas akibat daripada dasar Jepun telah melakukan serangan balas terhadap orang Melayu. Komunis telah membalas dendam, memanipulasi ekonomi dan menceroboh kesucian agama Islam hampir di semua lokasi yang didominasi oleh orang Melayu. Orang Melayu diperlakukan dengan kejam hampir di semua lokasi Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, antara lokasi yang amat terjejas ialah di Batu Pahat Johor, Sungai Manik Perak, Bekor di Kuala Kangsar dan kawasan lain di perkampungan terpencil. Orang Cina yang terjejas akibat dasar Jepun melakukan serangan balas apabila orang Melayu bertindak balas mempertahankan survival bangsa mereka.

Orang Melayu bergantung harapan kepada golongan agamawan dalam usaha mempertahankan survival bangsa. Golongan agamawan turut membawa bersama ilmu mempertahankan diri seperti persilatan dan ilmu kebal dalam usaha memastikan kewujudan mereka. Kemuncak kepada hubungan ini diterjemahkan dalam bentuk pergaduhan kaum berikutan pengunduran tentera Jepun dari Tanah Melayu. Berikutan kekejaman komunis, orang Melayu yang dizalimi membentuk Kumpulan Parang Panjang bagi mempertahankan survival agama dan bangsa. Pergaduhan Melayu-Cina yang merebak dengan cepat, menyebabkan British merangka pelan pemulihan sekembalinya mereka ke Tanah Melayu melalui pengasasan British Military CC Administration (BMA). Beberapa usaha drastik dilaksanakan oleh British dari aspek politik, perundangan, ekonomi dan sosial bagi mengembalikan semula keharmonian kaum di Tanah Melayu.

Senarai Singkatan
Kata Pengantar
Prakata

1. Pengenalan
Sejarah Kemajmukan Kaum di Malaysia
Definisi Konsep dan Teori Kemajmukan Kaum
Teori Kemajmukan Kaum

2. Hubungan Kaum Sebelum Zaman Pendudukan Jepun
Masyarakat Majmuk Sebelum Pendudukan Jepun
Orang Melayu dan Pembentukan Masyarakat Majmuk
Orang Cina dan Pembentukan Masyarakat Majmuk
Orang India dan Pembentukan Masyarakat Majmuk

3. Hubungan Kaum Semasa Zaman Pendudukan Jepun
Komunisme dan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
Implikasi Pendudukan Jepun Terhadap Orang Melayu
Implikasi Pendudukan Jepun Terhadap Orang Cina
Implikasi Pendudukan Jepun Terhadap Orang India

4. Pendudukan Jepun dan Ketegangan Hubungan Melayu-Cina
Faktor Berlakunya Ketegangan Hubungan Kaum
Tarekat dan Kesedaran Masyarakat Melayu-Islam
Peranan Agamawan Memperjuangkan Survival Bangsa

5. Membalas Dendam dalam Pergaduhan Melayu-Cina
Kebencian Berteraskan Etnik
Pembunuhan Berteraskan Etnik
Prasangka Berteraskan Sentimen

6. Ekonomi dan Pergaduhan Melayu-Cina
Isu Pemilikan Tanah
Perebutan Hak Ekonomi
Mempertahankan Sumber Kehidupan

7. Agama dan Pergaduhan Melayu-Cina
Isu Pencerobohan Kesucian Agama Islam
Isu Mempertahankan Maruah
Penghinaan ke Atas Agama Islam

8. Kompromi Kaum
Perundingan dan Persefahaman
Penguatkuasaan Undang-undang
Permuafakatan Ekonomi
Kerjasama Sosial

9. Membina Keharmonian Kaum
Asal Mula Konflik
Penyelesaian Konflik

Nota Hujung
Bibliografi
Indeks

Weight0.771 kg
Dimensions22.7 × 15.2 × 2.7 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.