Kitab Tib MSS 2515 Perpustakaan Negara Malaysia: Kajian Teks dan Suntingan

Penulisan bersama HARUN MAT PIAH dan ZAWIYAH BABA

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2014)
521 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM60.00

In stock

Kitab Tib MSS 2515 Perpustakaan Negara Malaysia: Kajian Teks dan Suntingan merupakan kajian ilmiah dalam ilmu perubatan Melayu tradisional berdasarkan naskhah Kitab TIB MSS 2515 dalam koleksi Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia. Terdapat sekitar 100 naskhah Kitab TIB dalam koleksi Dunia, termasuk di Jakarta, Leiden dan London; lebih 40 naskhah di Perpustakaan Negara Malaysia.

Pembinaan edisi ini adalah berdasarkan disiplin filologi dengan maksud menyajikan edisi yang asli, lengkap dan berwibawa. Menepati konsep penulisan buku Kitab TIB (ilmu perubatan Melayu Tradisional) dengan mengandungi pembicaraan tentang pengenalan ilmu tabib, petua untuk kesihatan diri, penyakit yang berhubungan dengan kuasa-kuasa ghaib dan penyakit umum yang memerlukan rawatan farmakologi.

Dapat digunakan untuk kajian yang berhubungan, termasuk budaya dan linguistik, sains perubatan, kimia, botani dan pemakanan. Ilmu perubatan tradisional adalah cerminan ilmu sains Melayu yang membanggakan. Buku ini merupakan terbitan yang memfokus kepada penyelidikan manuskrip Melayu berunsur sains dan teknologi.

Kajian ini merupakan kesinambungan usaha penyelidikan dalam bidang yang dikenali sebagai ilmu Sastera Sains dan Teknologi Tradisional, khususnya bidang perubatan tradisional. Walaupun hasil penyelidikan perubatan tradisional oleh Harun Mat Piah pernah di terbitkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2006, kajian khusus ke atas Manuskrip kitab tib MSS 2515 kali ini merupakan kajian yang komprehensif dan lebih mendalam. Namun begitu, dalam korpus ilmu epistemologi tradisional, kajian ini boleh dianggap masih di peringkat permulaan, kerana banyak lagi naskhah ilmu perubatan yang masih perlu dikaji dan didedahkan kepada penyelidik manuskrip dan masyarakat umum.

Masih banyak persoalan yang belum diselesaikan yang memerlukan kajian, sebaiknya dari penyelidikan bersepadu yang dijalankan oleh pakar-pakar dalam bidang berkenaan, termasuk ahli-ahli, sains perubatan, kimia, biologi, psikologi, farmakologi etnobotani, pemakanan dan kesihatan sosial. Sehubungan itu cadangan ATMA untuk merealisasikan gagasan itu demi kepentingan akademik dan pemuliharaan warisan budaya dan ketamadunan Melayu sangat dialu-alukan.

Penerbitan buku ini diharapkan akan dapat memperluaskan lagi ilmu perubatan Melayu yang masih relevan dalam zaman serba moden ini. Masyarakat tempatan masih mencari perubatan tradisional sebagai alternatif dan kadang kala sebagai pilihan di samping cara perubatan moden. Perubatan tradisional yang diwarisi turun temurun dikalangan masyarakat Melayu bukan sahaja masih bertahan malah terus berkembang.

Prakata
Pendahuluan

1. Mukadimah: Persoalan Bidang dan Bahan Kajian
2. Teks dan Kaedah Transliterasi
3. Pengenalan Ilmu Tabib
4. Nama Segala Syaitan dan Jin
5. Penyakit Kepialu
6. Pelbagai Jenis Penyakit yang Lain

ANALISIS DAN HURAIAN TEKS

7. Pengenalan Ilmu Tabib
8. Penyakit yang berhubungan dengan Alam Ghaib
9. Penyakit Demam Kepialu dan lain-lain yang berhubungan
10. Pelbagai Jenis Penyakit yang Lain
11. Kesimpulan

Lampiran
Glosari
Rujukan
Indeks

Weight0.775 kg
Dimensions22.7 × 15.2 × 2.7 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
Showing 1 of 1 review (5 star). See all 1 review
  1. Fahdzlina Ayob (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.