Memalangi Penindasan

W.N. KHUZAIREY merupakan seorang penulis yang berkelulusan Sejarah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kini bergiat aktif dalam lapangan kajian yang terkait dengan literasi kritis, sejarah rakyat, sosiologi ilmu pengetahuan dan kemiskinan.

Gerakbudaya (Cetakan pertama, 2023)
244 halaman

RM25.00

In stock

ISBN: 9789670076195 Product ID: 37887 Subject: Sub-subjects: ,

Memalangi Penindasan merupakan kumpulan tulisan W.N. Khuzairey berkisar kepada soal kemiskinan yang disebabkan oleh penindasan, diadun menerusi pembacaan, pengamatan dan hasil kuliah yang dihadiri penulis. Penindasan memang berlaku di mana-mana. Bercakap soal penindasan bukanlah mudah lebih-lebih lagi sehingga menekan kelompok-kelompok lemah dan diasingkan. Ia umpama akar pepohon yang berselirat di sana-sini sehingga memakan masa kita untuk mencari puncanya. Dua kemungkinan akan berlaku; pertamanya kita akan terus mencari, dan seterusnya kita berputus asa.

Dunia hari ini semakin berkecamuk. Jurang antara kaya miskin semakin melebar. Manusia pula bertindak seakan binatang ekonomi, objektifnya harus mendatangkan keuntungan. Disebabkan itu bagi penulis, kita perlu kembali mempersoalkan bagaimana nasib kaum miskin? Siapa yang perlu membela mereka? Adakah mereka harus dibiarkan terbujur kaku akibat kelaparan dan kedinginan kerana tiada tempat tinggal atau keselamatan yang selalu diancam. Apakah alternatif yang mereka punyai?

Menerusi kumpulan tulisan ini, penulis memecahkan hambatan bagi memalangi kemiskinan kepada tujuh cabang: (i) sudut pandang masyarakat mengenai isu kemiskinan, (ii) agama yang membela kaum tertindas, (iii) sejarah yang membebaskan manusia daripada belenggu penindasan, (iv) pendidikan yang mencerahkan dan membebaskan, (v) korupsi yang secara senyap menjadi pembunuh kaum miskin melarat (vi) Sastera dan cerminan realiti, dan (vii) kelompok intelektual yang berfungsi. Keseluruhan hambatan ini memperlihatkan bagaimana agama, sejarah, pendidikan, sastera dan nilai berfungsi untuk masyarakat.

Kata Pengantar oleh Dr Azhar Ibrahim
Pendahuluan

Darihal Kemiskinan
1. Menghiburkan Kemiskinan
2. “Miskin Malas” Menenggelamkan Kesedaran Kritis
3. Wanita dalam Persimpangan Penindasan
4. Keadilan sebagai Kehormatan Manusia
5. Neo-Liberalisme sebagai Pencengkam Kemiskinan
6. Manusia dan Pemikiran yang Berpihak

Agama Transformatif
7. Usah Takut Wacana Kritis dalam Beragama
8. Kiyai Ahmad Dahlan: Berdakwah dengan Al-Maun
9. Tumbuh Tidak Berbuah: Alatas Membicara Agama
10. Moneyteism atau Monoteisme?
11. Agama untuk Kekuasaan
12. Nasihat untuk Menjadi Miskin

Sejarah Alternatif
13. Menggugah Idea Sejarah Leopard Von Ranke melalui E.H. Carr
14. Sejarah dari Bawah: Kaitan Kolonialisme dengan Kemiskinan
15. Syarah Howard Zinn: Sejarah Ada Moral
16. Minda Terjajah dalam Merdeka
17. Lapan Ciri Sejarah Semberono yang Anda Harus Tahu
18. Kawan, Bebaskanlah Sejarah!

Pendidikan Kritis
19. Sekolah Itu Apa Ya?
20. 10 Idea Pendidikan Buruk bagi Paulo Freire
21. Guru Sebagai Intelektual: Ke Mana Kita Sekarang
22. Masanya untuk Pendidikan Kritis
23. Bahasa Melayu sebagai Alat Pendidikan Kritis
24. Sastera Klasik: Perlu Penilaian Kritis dalam Pembacaan Korupsi Dan Elit
25. Mari Bercerita Soal Rasuah
26. Elit yang Merompak
27. Ketuanan Rasuah
28. Negara Gila
29. Ke Mana Hilangnya Ayam?
30. Memaknakan Kuasa

Sastera: Membicara Realiti Masyarakat
31. Azizi dan Bendera Mustadafin
32. Teriakan Jeha: Laungan dari Ranjau Sepanjang Jalan
33. Modenisasi Songsang: Bacaan dari “Salah Pimpin”
34. Wanita Baharu: Gagasan Adibah Amin
35. Dari Penjara yang Membebaskan Said Zahari

Intelektual Emansipatif
36. Kemungkaran Intelektual
37. Pandir di Menara Gading
38. Belajar Tinggi- Tinggi Sampai Jiwa Hamba
39. Kaum Muda yang Ternoda
40. Masyarakat yang Menjahanamkan Intelektualisme

Penutup

Weight0.288 kg
Dimensions19 × 13 × 1.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Merdeka Belum Berjiwa

    Merdeka Belum Berjiwa

    RM25.00