Lu Po-Yeh: Daripada Etnik kepada Bangsa

NG WEE NEE telah dianugerahi Bacelor Sastera di Universiti Putra Malaysia pada 2003. Selepas itu, beliau memperoleh Diploma Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak pada tahun 2004. Pada tahun 2020, beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaya dan telah berjaya dianugerahi Sarjana Sastera pada tahun 2022.

SIRD (Cetakan pertama, 2023)
171 halaman termasuk Rujukan

RM38.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789672464938 Product ID: 37895 Subject: Sub-subjects: , , ,

Lu Po-Yeh: Daripada Etnik kepada Bangsa memerihal dan menganalisis identiti Lu Po-yeh, seorang sasterawan Mahua yang telah menghadapi proses penyesuaian dan perubahan dalam perjalanan mencari identiti budaya dan nasionalnya, sebagai generasi kedua keturunan Cina di Malaya. Lu Po-yeh dengan nama asalnya Lee Hock Min adalah seorang penulis sastera Mahua yang dilahirkan di Malaya di bawah pentadbiran British Malaya. Lu Po-yeh dikatakan sebagai penulis Mahua pertama menulis tentang sejarah moden Malaya dari sudut pandang ‘Nanyang’-nya. Lu Po-yeh adalah seorang yang tegar dengan keperibadian Han dalam meletakkannya dirinya dalam budaya, bahasa serta pemikiran Cina, tetapi pada masa yang sama adalah seorang yang paling berusaha untuk menjambatani kaum Cina di Malaya dengan budaya tempatan khususnya bangsa Melayu. Lu Po-yeh bukan sahaja menulis tentang budaya tempatan di Malaya tetapi juga giat menterjemahkan hasil sastera tempatan seperti pantun ke bahasa Cina.

Peringkat pertama penulisan Lu Po-yeh iaitu waktu sebelum Perang Dunia Kedua menyaksikan perhatian serta tema dan persoalan dalam tulisannya tertumpu kepada apa yang berlaku dalam medan kesusasteraan di China. Namun pada masa yang sama Lu Po-yeh mula mendekatkan diri kepada latar dan budaya tempatan, sekali gus perlahan-lahan membawa masuk gagasannya tentang sebuah sastera Cina yang berdiri sendiri di Malaya. Pada masa ini terlihat pertembungan antara identiti bayangan yang menghidupkan gambaran di China dan identiti nyata yang menyedarkan tentang realiti kehidupan di Malaya.

Peringkat kedua penulisan Lu Po-yeh yang berlaku selepas Perang Dunia Kedua menyaksikan beliau memutuskan identiti bayangannya dan meletakkan diri sepenuhnya dalam identiti nyata iaitu membina sebuah sastera yang mandiri dan terpisah daripada China, iaitu sastera Mahua yang beridentitikan Malaya dan kemudiannya Tanah Melayu/Malaysia (Persekutuan Tanah Melayu dari 1957 dan Malaysia dari 1963). Pada peringkat kedua ini, Lu Po-yeh mula membangunkan penulisan yang mengangkat wajah dan ciri-ciri tempatan. Tidak hairanlah kerana Lu Po-yeh mempunyai hubungan yang kukuh dengan bahasa dan sastera Melayu dalam waktu pelariannya ke Indonesia pada masa penjajahan tentera Jepun.

Sekembalinya ke Malaya yang kemudian diisytiharkan sebagai Persekutuan Tanah Melayu setelah mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, Lu Po-yeh mula mengukuhkan kemandirian sastera Mahua yang bermain dalam medan persekitaran tempatan sepenuhnya. Beliau melakukan kerja penterjemahan kesusasteraan Melayu ke bahasa Cina, menerbitkan Majallah Bahasa Kebangsaan dan menyusun kamus bahasa Melayu untuk masyarakat Cina mempelajari bahasa Melayu. Apa yang dilakukan oleh Lu Po-yeh adalah untuk mengintegrasikan masyarakat khususnya masyarakat Cina dalam sebuah negara baharu yang didiami oleh masyarakat majmuk.

Secara tidak langsung Lu Po-yeh mendokong bahasa Kebangsaan yang menjadi teras dalam mencapai cita-cita kebangsaan, tanpa menghilangkan keperibadian asal yang dipunyai oleh setiap kelompok dalam masyarakat majmuk tersebut. Tidak hairanlah memandangkan Lu Po-yeh yang fasih dan mahir dalam bahasa Melayu telah mendampingi dua orang tokoh besar sastera alam Melayu iaitu Chairil Anwar dan Abdullah Hussain. Dalam kata lain, Lu Po-yeh telah terlebih dahulu mengintegrasikan dirinya dalam medan sastera tempatan, iaitu sastera Melayu sebelum membawa gagasan integrasinya yang besar. Malah Lu Po-yeh sendiri pernah menyertai angkatan tentera Indonesia pada tahun 1945 yang berjuang untuk memerdekakan Indonesia daripada penjajah Barat.

Kata Pengantar oleh SM Zakir
Kata Pengantar oleh Florence Kuek
Prakata

1. Pengenalan

2. Penyemarakan Sastera Moden di Malaya
Kesusasteraan dan Kesenian Mahua di Bawah Suasana Kemerdekaan

3. Latar Belakang Lu Po-Yeh
Jejak Kehidupan Lu Po-Yeh (Wei Pe Hua)
Dari Kanak-kanak Hingga Remaja
Hidup Sebagai Pelarian di Indonesia
Kembali ke Malaya

4. Genre Sastera dan Keunikan Penulisan Lu Po-Yeh
Penguasaan Kebudayaan dan Sejarah
Unsur Lirik, Realistik dan Tempatan
Penulisan Jenis Autobiografi
Antara Sastera dan Sejarah
Kesenian yang Ringkas dan Sederhana
Perspektif Orang Cina
Romantis Sentimental dan Optimis Naif

5. Identiti Budaya Lu Po-Yeh
Identiti Budaya
Pandangan Kebudayaan Cina
Pandangan Kebudayaan Melayu
Pengaruh dan Ilham Kepelbagaian Budaya
Akulturasi

6. Identiti Nasional Lu Po-Yeh
Identiti Nasional
Perkembangan Malaya Selepas Perang Dunia Kedua
Orang Cina Malaya dan Identiti Nasional
Identiti ‘Maya
Identiti ‘Nyata

7. Membina Negara dan Jambatan
Wawasan Membina Negara
Jambatan Bahasa: Bahasa Melayu
Jambatan Budaya: Majallah Bahasa Kebangsaan

8. Kesimpulan
Perubahan Identiti Budaya
Perubahan Identiti Nasional
Wawasan Pembinaan Negara

Rujukan

Weight0.296 kg
Dimensions22.9 × 15.2 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.