Pemikiran dan Gaya Mengarang Raja Ali Haji

KARTINI ANWAR adalah pensyarah di National Institute of Education – Asian Languages & Cultures, Nanyang Technological University.

DBP (Cetakan pertama, 2017)
158 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM15.00

In stock

Pemikiran dan Gaya Mengarang Raja Ali Haji memberi tumpuan kepada karya Raja Ali Haji daripada tahun 1808 sehingga ke 1872, yang ditelusuri menerusi tiga elemen penting iaitu pengarang, teks dan khalayak. Raja Ali Haji merupakan seorang cendekiawan dan tokoh Ranting kerajaan Johor-Riau yang telah menghasilkan karya sastera, sama ada berbentuk prosa atau puisi. Antaranya termasuklah Gurindam Dua Belas, Bustanul Katibin, Thamarat al-Muhimmah, Salasilah Melayu dan Bugis dan Sekelian Rajanya, Tuhfat al-Nafis, Syair Sultan Abdul Muluk, Syair Suluh Pegawai, dan Syair Siti Sianah.

Selain cenderung terhadap teks agama dan kebahasaan, beliau juga gigih menghasilkan karya yang bersifat historikal. Sumbangan beliau telah menambahkan jumlah khazanah kesusasteraan Melayu tradisional. Dengan demikian, penulis percaya perbincangan terhadap karya Raja Ali Haji patut dipergiatkan, lebih-lebih lagi beliau mempunyai pelbagai pengalaman hidup menarik dalam era transisi kemasukan kuasa kolonial di rantau ini.

Dalam setiap karyanya tertuang pemikiran dan gaya kepengarangan yang berbeza. Buku ini menemukan pemikiran dan kepengarangan tersebut dalam lima karyanya, iaitu Tuhfat al-Nafis, Gurindam Dua Belas, Syair Suluh Pegawai, Syair Siti Sianah, dan Syair Sultan Abdul Muluk. Penulis sengaja memilih kelima-lima teks tersebut, iaitu sebuah berbentuk prosa dan empat lagi berbentuk puisi sebagai bahan penelitian kerana masing-masing menggambarkan konteks serta persoalan yang berlainan, tetapi dapat menyokong gagasan pemikiran yang cuba diketengahkan oleh Raja Ali Haji. Penulis membuat penelitian secara tekstual dan kontekstual serta mengaplikasikan pendekatan historikal dan moral.

Prakata
Penghargaan
Pendahuluan

1. Kepengarangan, Teks, Latar dan Khalayak
2. Latar
3. Raja Ali Haji dan Latar Masyarakat Sezaman Dengannya
4. Gurindam Dua Belas: Pedoman Insan
5. Syair Sultan Abdul Muluk: Pedoman Keluarga
6. Syair Suluh Pegawai: Pedoman Lelaki
7. Syair Siti Sianah: Pedoman Wanita
8. Tuhfat al-Nafis: Pedoman Masyarakat
9. Pemikiran yang Terbentuk

Lampiran 1
Lampiran 2
Lampiran 3
Bibliografi
Indeks

Weight0.213 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.