Naratif Wabak Dunia: Dari Athens ke Wuhan

ZULKIFLI SALLEH memulakan kerjaya penerbitannya sebagai editor di Bahagian Buku Pelajaran dan kemudiannya di Bahagian Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka.

DBP (Cetakan pertama, 2023)
417 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM60.00

In stock

ISBN: 9789834938741 Product ID: 38750 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Naratif Wabak Dunia: Dari Athens ke Wuhan bertujuan untuk pendokumentasian sejarah, memandangkan COVID-19 melanda pada zaman kita; meskipun beberapa wabak lain meletus pada awal abad ini, keterukan wabak itu tidak setanding COVID-19. Oleh sebab dunia sering dilanda wabak yang banyak membawa kemusnahan, tetapi mudah dilupakan oleh manusia, buku ini juga memberikan tumpuan terhadap sejarah wabak. Sehubungan dengan itu, buku ini meninjau dan mengkaji wabak yang berlaku sejak zaman dan zaman awal Masihi, Zaman Pertengahan, abad ke-20, dan seterusnya pada abad kini. Selain meninjau dan mengkaji sejarah wabak, tumpuan turut diberikan terhadap hubung kait wabak dengan negara, kota dan peradaban, di samping penyakit yang berlaku ketika peperangan, seperti Wabak Athens.

Sesetengah wabak itu dibincangkan dan dibahaskan dalam bab khusus, misalnya tiga pandemik wabak, iaitu Wabak Justinian (Plague of Justinian), Maut Hitam (Black Death) dan wabak moden. Demikian juga wabak yang melanda Dunia Baharu yang memusnahkan suku kaum peribumi dan meruntuhkan peradaban Aztec, terkandung dalam satu bab khusus. Wabak Athens merujuk karya Thucydides dan Wabak Besar London merujuk karya Daniel Defoe—masing-masing dibincangkan dan dibahaskan dalam bab berasingan. Buku ini juga meninjau semula novel The Plague atau Sampar dalam bahasa Indonesia, karya Albert Camus. Banyak yang dapat dipelajari daripada tiga buah karya tersebut tatkala kita menghadapi serangan COVID-19. Memang wajar, keunggulan dan kewibawaan karya tersebut diakui oleh para penulis dan pengkaji sezaman.

Dengan mengkaji dan meneliti karya sastera, penulisan buku ini cuba mengelakkan daripada terjebak dalam pemisahan “dua budaya”—istilah yang diperkenalkan oleh C.P. Snow. Dalam syarahannya pada 7 Mei 1959, Snow, seorang novelis, ahli sains dan ahli politik, membangkitkan intelektual yang terputus antara sains dengan ilmu kemanusiaan. Beliau meratapi apa yang diistilahkan sebagai dua budaya dalam masyarakat moden, iaitu sastera dan sains. Dalam syarahan yang terkenal dan bersifat ingin tahu itu, “The Two Cultures and Scientific Revolution”, beliau mendedahkan bahaya jurang yang luas antara ahli sains dengan “intelektual sastera”.

Sains di satu pihak dan ilmu kemanusiaan dan sains sosial di satu pihak yang lain, tidak seharusnya dipisahkan. Sebaliknya, ketiga-tiganya perlu saling melengkapi antara satu sama lain. Dalam penciptaan novelnya itu, Camus menunjukkan kefahamannya yang mendalam tentang tiga bidang ilmu itu. Ketiga-tiganya disulam dan dipersembahkan dengan cara yang menarik dan meyakinkan para pembaca. Setelah meninjau beberapa wabak yang pernah berlaku dan malapetaka yang dicetuskan oleh setiap wabak berkenaan, iaitu sejak zaman purba lagi, tiga bab akhir buku ini memberikan tumpuan pada COVID-19. Beberapa bahagian dalam Bab Tujuh, iaitu ‘Pasaran Runtuh,’ ‘Pelancongan Lumpuh,’ ‘Berubah Turun,” dan ‘Politik dan Geopolitik’ merupakan pengolahan semula dan ringkasan makalah penulis yang pernah diterbitkan dalam Dewan Ekonomi dan Dewan Masyarakat pada tahun 2020.

Prakata
Pendahuluan
Penghargaan

1. Sejarah Wabak
2. Kota Epidemik
3. Pandemik Wabak
4. Dunia Baharu Dunia Wabak
5. Naratif Panjang
6. Fiksyen dan Fakta
7. COVID-19 Menggoncang Dunia
8. Disfungsi Global
9. Sains, Negara, dan Masyarakat

Bibliografi
Indeks

Weight0.575 kg
Dimensions22.8 × 15.4 × 2.1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Warung Kopi: Sejarah dan Budaya

    Warung Kopi: Sejarah dan Budaya

    RM40.00
  • Budaya: Kepelbagaian dan Persengketaan

    Budaya: Kepelbagaian dan Persengketaan

    RM35.00