Budaya: Kepelbagaian dan Persengketaan

ZULKIFLI SALLEH adalah bekas pengarah di Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka.

DBP (Cetakan Pertama, 2019)
306 halaman termasuk Bibligrafi dan Indeks

RM35.00

Only 1 left in stock

Dalam Budaya: Kepelbagaian dan Persengketaan, penulis cuba menelusuri asal usul dan perkembangan takrif atau maksud budaya. Bermula dengan Ibn Khaldun membawa kepada antaranya termasuklah E.B. Tylor, Ruth Benedict, A.L. Kroeber, Cylde Kluckhohn, T.S. Eliot, Fernand Braudel, Cliford Geertz, Samuel Huntington, Immanuel Wallerstein dan Michael Denning, wujud pelbagai takrif budaya. Daripada begitu banyak takrif budaya yang juga mencerminkan kedinamikan dan kerumitan atau kekompleksan budaya, maka lahirlah “giliran budaya” dan kajian budaya. Kemunculan gerakan pengetahuan baharu, iaitu kajian budaya, mendorong penulis untuk mengetengahkan pemikiran antaranya termasuklah Antonio Gramsci dan Edward Said.

Budaya: Kepelbagaian dan Persengketaan ditulis bukan oleh sarjana budaya dan budayawan, semata-mata berdasarkan pengamatan atau pemerhatian terhadap fenomena budaya yang jelas menunjukkan bahawa budaya bukan sahaja sesuatu yang luhur dan murni, tetapi budaya juga merupakan punca persengketaan atau konflik, baik dalam sesebuah masyarakat atau negara, mahupun di arena antarabangsa. Berdasarkan pengamatan, penulis juga menunjukkan bahawa berlaku penolakan secara terang-terangan yang mungkin tidak menyenangkan terhadap fahaman pelbagai budaya.

Meskipun buku ini merupakan himpunan esei atau makalah dan tidak mengemukakan perdebatan teori budaya secara khusus, penulis sebenarnya cuba mengesyorkan agar diberikan tafsiran dan kefahaman baharu tentang budaya sejajar dengan kedinamikan dan kekompleksannya.

Walau bagaimanapun, dalam beberapa esei tertentu, konsep pertembungan peradaban Huntington, jati diri nasional Huntington dan Fukuyama, dan rasisme Wallerstein dan Étienne Balibar, seorang ahli falsafah Perancis, diketengahkan. Dalam esei tentang pembinaan bangsa, konsep pembinaan bangsa dan pembinaan negara (state-building), penulisan berlandaskan pemikiran Fukuyama.

Para pembaca mungkin mendapati bahawa sesetengah esei memberikan tumpuan terhadap perkembangan di peringkat global sezaman. Sememangnya, perkara ini tidak dapat dielakkan kerana faktor budaya, termasuk agama dan bahasa, mula melakarkan peta dunia. Tatkala pertembungan peradaban dan perang budaya yang semakin meruncing, kebangkitan fahaman kabilah pula semakin menjadi-jadi. Orde liberal global, yang kononnya tidak ada tolok bandingnya, kini runtuh atau sekurangkurangnya berundur. Orde liberal global yang diisytiharkan menang oleh Fukuyama, selain kelemahannya sendiri, dihimpit dari segenap penjuru, antaranya oleh kebangkitan fahaman kabilah. Di beberapa buah negara, orang ramai dan pemimpin mereka selalunya pemimpin populis, mula melihat ke dalam diri mereka dan bertanya: Siapakah kita? Orang ramai mula meninggalkan globalisme dan kembali semula kepada negara bangsa yang pada beberapa dekad lalu dianggap tidak penting.

Di Eropah misalnya, pungutan suara di Scotland menyaksikan kebangkitan fahaman kabilah, manakala “Brexit” di United Kingdom dikaitkan dengan jati diri nasional. Di Eropah juga, antaranya kerana kebangkitan puak kanan jauh, maka berlaku xenofobia dan penolakan terang-terangan, kalaupun tidak secara mutlak, terhadap fahaman pelbagai budaya.

Weight0.399 kg
Dimensions21.5 × 13.8 × 1.7 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.