Cerita Puteri Dewi Murni merupakan salah satu daripada cerita lisan Melayu yang dikategorikan sebagai cerita lipur lara yang disampaikan oleh Ismail bin Hassan dalam loghat Perlis dan dirakam oleh Encik Rejab bin Ismail (Rejab F. I.) pada tahun 1979. Struktur yang membangunkan cerita lipur lara Puteri. Puteri Dewi Murni juga mempunyai perbezaannya daripada struktur cerita lipur lara yang lain, terutama dari segi latar tempatnya. Latar tempatnya berpusat di alam nyata yang terdapat di negeri Perlis dan berhubungan pula dengan latar beberapa buah tempat yang terdapat di selatan Thailand. Cerita lipur lara ini mengisahkan usaha seorang putera raja, iaitu Balang Kesakti yang ingin menuntut bela atas penganiayaan terhadap bondanya, Puteri Dewi Murni. Mereka berpisah sejak dia dilahirkan. Akhirnya, Balang Kesakti bertemu dengan bondanya setelah melalui pengembaraan yang penuh cabaran.
Puteri Dewi Murni
Disunting oleh MOHAMAD SHAHIDAN dan MUSAZLIZA MUSTAN SHIR
DBP (Cetakan pertama, 2023)
66 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks
RM13.00
In stock
Prakata
Pendahuluan
1. Penutur Cerita
2. Transkripsi Cerita Puteri Dewi Murni
Glosari
Bibliografi
Indeks
Weight | 0.11 kg |
---|---|
Dimensions | 21.6 × 13.9 × 0.5 cm |
Author(s) | |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Series | |
Year Published |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet