Fatwa Berkenaan Tuduhan Kafir-Mengkafir: Pada Menyatakan Ciri-Ciri Orang Kafir yang Boleh Diundi dalam Pilihanraya merupakan sebuah risalah kecil tulisan Mufti Kerajaan Terengganu pada tahun 1963 yang menjelaskan hukum sekitar isu kafir-mengkafir dalam pilihanraya. Ringkasnya, Islam mengharamkan seseorang yang beragama Islam menuduh kafir terhadap seseorang Islam yang lain. Telah menjadi ijma’, atau kesepakatan sekalian para ulama pada mengatakan perbuatan tersebut adalah suatu dosa yang besar, kerana menyebabkan orang yang membuat tuduhan itu sendiri menjadi kafir akibat daripada tuduhan yang tidak benar itu.
Manakala, orang Islam yang terkena tuduhan kafir, tidaklah terjatuh ke atasnya sesuatu hukum daripada hukum-hukum Syara’, kecuali jika dia telah dihukumkan sebegitu, yakni menjadi kafir, oleh seorang Hakim Syar’ie, setelah sabit tuduhan kafir ke atasnya. Maka wajiblah di atas tiap-tiap orang yang suka mempermain-mainkan perkataan “kafir-mengkafir” ini menginsafi akan dosa yang dia lakukan itu, dan wajiblah dia bertaubat dengan serta-merta, supaya tidaklah dia berkekalan dalam dosa yang besar itu yang akan membawa ke neraka. Jika ia masih kekal membuat tuduhan itu, maka wajiblah ke atas pemerintah ta’zirkan dia dengan apa cara yang difikirkan patut dan munasabah.
Nurul Azman (Verified Reader) –