Fatwa Berkenaan Tuduhan Kafir-Mengkafir: Pada Menyatakan Ciri-Ciri Orang Kafir yang Boleh Diundi dalam Pilihanraya

SAYYID YUSUF ALI AZ-ZAWAWI ialah Mufti Kerajaan Terengganu yang ke-10, berkhidmat antara tahun 1953 sehingga 1975.

Diperumikan oleh ARSYAD MOKHTAR

Baytul Hikma (Cetakan pertama, 2018)
28 halaman termasuk Lampiran

RM20.00

Only 1 left in stock

ISBN: 4365016810006 Product ID: 38790 Subject: Sub-subjects: , , ,

Fatwa Berkenaan Tuduhan Kafir-Mengkafir: Pada Menyatakan Ciri-Ciri Orang Kafir yang Boleh Diundi dalam Pilihanraya merupakan sebuah risalah kecil tulisan Mufti Kerajaan Terengganu pada tahun 1963 yang menjelaskan hukum sekitar isu kafir-mengkafir dalam pilihanraya. Ringkasnya, Islam mengharamkan seseorang yang beragama Islam menuduh kafir terhadap seseorang Islam yang lain. Telah menjadi ijma’, atau kesepakatan sekalian para ulama pada mengatakan perbuatan tersebut adalah suatu dosa yang besar, kerana menyebabkan orang yang membuat tuduhan itu sendiri menjadi kafir akibat daripada tuduhan yang tidak benar itu.

Manakala, orang Islam yang terkena tuduhan kafir, tidaklah terjatuh ke atasnya sesuatu hukum daripada hukum-hukum Syara’, kecuali jika dia telah dihukumkan sebegitu, yakni menjadi kafir, oleh seorang Hakim Syar’ie, setelah sabit tuduhan kafir ke atasnya. Maka wajiblah di atas tiap-tiap orang yang suka mempermain-mainkan perkataan “kafir-mengkafir” ini menginsafi akan dosa yang dia lakukan itu, dan wajiblah dia bertaubat dengan serta-merta, supaya tidaklah dia berkekalan dalam dosa yang besar itu yang akan membawa ke neraka. Jika ia masih kekal membuat tuduhan itu, maka wajiblah ke atas pemerintah ta’zirkan dia dengan apa cara yang difikirkan patut dan munasabah.

1. Fatwa Berkenaan Tuduhan Kafir-Mengkafir
Seruan Mufti Terengganu
Ulasan dan Penerangan

2. Lampiran: Manuskrip Jawi “Fatwa Berkenaan Tuduhan Kafir-Mengkafir”

Weight0.073 kg
Dimensions21 × 14.7 × 0.4 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Nurul Azman (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.