Out of stock

Hubungan Budaya dalam Sejarah Dunia Melayu

Suntingan oleh DANIEL PERRET dan PUTERI RASHIDAH MEGAT RAMLI

Diterjemah oleh HENRI CHAMBERT-LOIR, FARIDA SOEMARGONO, RUHANAS HARUN, DANY WONG TZE-KEN dan DANIEL PERRET

DBP (Cetakan Kedua, 2001)
299 halaman termasuk Indeks

RM25.00

Out of stock

ISBN: 9789836261700 Product ID: 400 Subjects: , , Sub-subjects: , , , , ,

Hubungan Budaya Dalam Sejarah Dunia Melayu merupakan terjemahan daripada tujuh buah artikel pilihan daripada majalah Archipel, yang diterbitkan oleh Association Archipel, Paris. Penerbitan buku ini adalah hasil usahasama di antara Dewan Bahasa dan Pustaka, École Française D’Extrême-Orient dengan Kedutaan Besar Perancis di Malaysia. Majalah ilmiah Perancis Archipel adalah antara majalah yang terkemuka mengenai kajian Sejarah dan Budaya di Dunia Melayu. Ia diterbitkan dua kali setahun semenjak ditubuhkan pada tahun 1971, serta memuatkan artikel-artikel dalam bahasa Perancis, Inggeris, Melayu dan Indonesia oleh pengkaji dari seluruh dunia.

Buku ini bertujuan memperkenalkan hasil kajian beberapa orang pengkaji terkemuka Perancis bagi pembaca yang kurang fasih dalam bahasa Perancis. Oleh itu tujuh buah artikel yang bertemakan “Hubungan Budaya Dalam Sejarah Dunia Melayu” telah dipilih dar majalah tersebut dan diterjemahkan untuk dimuatkan ke dalam buku ini. Seramai lima orang pengkaji telah menyumbangkan artikel mereka, iaitu Henri Chambert-Loir pengkaji l’École française d’Extrême-Orient (EFEO); Claude Guillot, Pengarah Penyelidikan di Le Centre national de la recherche scientifique (CNRS); Pierre Labrousse, Profesor di Institut national des langues et civilisations orientales (INALCO); Denys Lombard, bekas Pengarah Penyelidikan di École des Hautes Études en Sciences Sociales (EHESS) dan bekas Pengarah EFEO; Claudine Salmon, Pengarah Penyelidikan di CNRS.

Prakata

1. Kepulauan Melayu dan kepentingannya dalam memahami Islam secara global
Denys Lombard

2. Dato’ ri Bandang. Legenda pengislaman daerah Sulawesi Selatan
Henri Chambert-Loir

3. Pengembara Perancis di Nusantara pada abad ke-17, ke-18 dan ke-19
Denys Lombard

4. Seorang pedagang Perancis di Pulau Jawa pada abad ke-17: Jean-Baptiste de Guilhen, 1634-1709
Claude Guillot

5. Sejarah kamus Melayu dan Indonesia
Pierre Labrousse

6. Pencetakan dan penerbitan Cina di Nusantara (dari akhbar abad ke-19 hingga awal abad ke-20)
Claudine Salmon

7. Golongan nasional Indonesia di mata novelis Shamsuddin Saleh
Henri Chambert-Loir

Indeks

Weight0.360 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.7 cm
Author(s)

, , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.