Out of stock

Kesedaran Diri dan Kekeldaian

ALI SHARIATI (1933-1977) adalah sosok pemikir besar Iran, ahli sosiologi dan falsafah.

Terjemahan daripada judul Khud Oghohi va Istihmar oleh SHEIKH AL-SAGGAF

Lestari Hikmah (Cetakan pertama, 2023)
xxxix + 75 halaman

RM30.00

Out of stock

ISBN: 9789672672043 Product ID: 40354 Subject: Sub-subjects: , , ,

Kesedaran Diri dan Kekeldaian merupakan terjemahan daripada syarahan Ali Shariati berjudul Khud Oghohi va Istihmar, yang memperkenalkan istilah estehmār’ (kekeldaian atau pembodohan) sebagai salah satu bentuk penindasan yang bergerak seiring dengan esteţmār (eksploitasi ekonomi) dan estebdād (kekerasan politik). Ketiga-tiganya membentuk struktur cengkaman penindasan tiga penjuru; iaitu dalam ranah budaya, ekonomi, dan politik. Istilah-istilah ini diterokai dan diperdalam melalui pemerhatian tajam Shariati terhadap perilaku bangsanya, terutamanya golongan elit dan agamawan yang aktif mengawal naratif kebudayaan Iran ketika itu. Tidak sedikit masalah-masalah yang menimpa umat manusia hari ini akibat daripada tindak-tanduk orang-orang “bodoh” di pundak kekuasaan. Kepimpinan yang bodoh, lantas sombong pula dengan kebodohannya, tidak sahaja mendatangkan bala dalam agenda pembangunan, bahkan mereka juga memacu proses pembodohan terhadap masyarakat yang dipimpin mereka.

Hal-hal seperti ini begitu berleluasa di negara-negara membangun sehinggakan Syed Hussein Alatas, pemikir besar dari alam Melayu, mengungkapnya sebagai suatu fenomena sosial, diistilahkan sebagai gejala Bebalisme dan kepimpinan Jadong (singkatan ‘jahat, bodoh dan sombong’). Gejala inilah yang akhirnya merencatkan agenda pembangunan negara sekaligus membantutkan proses pembebasan masyarakat dari belenggu-belenggu yang mengikat mereka. Pemerhatian Syed Hussein Alatas ini sebenarnya berakar daripada tradisi panjang pemikir-pemikir masyarakat dunia yang berusaha melawan agenda pembodohan yang dipaksakan terhadap masyarakatnya. Sebelumnya, seperti yang terungkap dalam karya terjemahan ini, wujud sosok seperti Ali Shariati yang lantang melondeh nalar-nalar gerakan pembodohan dalam masyarakat Iran.

Membandingkan faham kejadongan dengan faham kekeldaian, yang dahulu merujuk kepada kebodohan yang dikatakan penjadong. Pada pihak lain, kekeldaian merujuk kepada ahli masyarakat, kepada khalayak ramai yang menjadi mangsa pemimpin mereka dalam erti bahawa mereka diperbodoh atau diperjadong. Pemimpin-pemimpin itu sendiri tidak semestinya pembodoh, tetapi masyarakatlah yang dijadikan bodoh. Faham kekeldaian telah dipelopori oleh Ali Shariati. Menurut beliau, proses pengeldaian masyarakat yang dilakukan oleh sesetengah pemimpin memang memperbodoh masyarakat, walaupun pemimpin-pemimpin itu sendiri tidak seumpama keldai dan sebenarnya mampu mengukuhkan kuasa mereka dengan menghancurkan kesedaran orang ramai terhadap isu-isu semasa. Kekeldaian merupakan suatu unsur dalam ideologi yang berkuasa dalam sebuah masyarakat yang berfungsi menutupi kenyataan sebenarnya daripada orang ramai. Ini menunjukkan bahawa ada banyak persamaan, tetap! juga ada perbezaan antara faham kekeldaian dan kejadongan.

Prakata Penerbit
Kata Pengantar Penterjemah
Kata Pengantar Dr. Alimuddin Hassan Palawa, M.Ag.
Kata Pengantar Prof. Dr. Syed Farid Alatas
Pendahuluan
Biografi Ringkas Dr. Ali Shariati
Nota Penerbit

PENGENALAN

1. TIPU DAYA TERBESAR
Sesuatu Yang Hilang
Ilmu Melawan Pemikiran
Memilih Jalan

2. KELEBIHAN INSAN
Lingkaran Syaitan
Satu Goncangan
Tidak Bernilai
Hidup Bermandi Kemewahan

3. KESEDARAN DIRI DAN KEKELDAIAN
Kerdil dan Terus Mengerdil
Simbol Kelas

4. KESEDARAN MASYARAKAT
Kriteria Pemisah
Boneka
Faktor Kegelapan
Masyarakat Peka Politik

5. JENIS-JENIS KEKELDAIAN
Kekeldaian Keagamaan
Zuhud
Syair
Kaum
Taasub Sejarah Bangsa
Syukur

6. METODE PENGELDAIAN
Peperangan Palsu
Lalai

7. KEKELDAIAN BARU
Kepakaran
Ilmu
Kekuatan Material Dan Fizikal
Tamadun
Kebebasan Individu
Kebebasan Seksual
Kebebasan Wanita
Taklid

KESIMPULAN

Weight0.165 kg
Dimensions21.5 × 14 × 0.7 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • On the Sociology of Islam: Lectures by Ali Shari'ati
    Out of stock

    On the Sociology of Islam: Lectures by Ali Shari’ati

    RM35.00
  • Out of stock

    Agama Lawan Agama: Syarahan oleh Ali Shari’ati

    RM35.00